Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Thursday, November 01, 2007

Bismillahhirahmannirahhim.



Insya'allah pada hari sabtu 3 hb november ini akan bermulalah satu lagi perjalanan sebuah filem yang saya rasa mungkin menjadi salah sebuah filem terpenting saya, kerana topiknya amat dekat di hati saya iaitu perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak. Kisah-kisah tentang kekejaman ke atas anak-anak kita telah mendorong saya untuk melihat semula perhubungan saya dengan keluarga dan membuat saya menilai betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dalam hidup saya.

Papadom adalah kisah mengenai seorang bapa 'workoholic' yang bekerja keras untuk memberi kesenangan dunia kepada keluarganya tetapi satu hari kehilangan isterinya. Sebelum isterinya meninggal dunia beliau membuat suaminya berjanji agar beliau akan menjaga anak mereka sepertimana dia menjaga kerjanya. Dari situ bapa itu berubah dan menumpukan sepenuh masanya terhadap menjaga anaknya. Beliau menjadi seorang bapa yang terover misalinya.

Satu berita yang amat menarik dan menakjubkan juga adalah filem thai saya BRAVE ataupun BERANI telah pun mendapat penjual dari Amerika dan sekarang ini sedang di tayang di American Filem Market di Los Angeles untuk pengedar-pengedar disana. Untuk Mklumat lanjut mengenai BRAVE sila layari.

  • http://bravethemovie.com


  • Check it out! Menarik Tertarik Website ni memang the bomb. Trailernya pun dapat anda lihat.

    POWER TO THE PEOPLE

    Afdlin Shauki