Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Saturday, September 13, 2008

TRAILER LOS DAN FAUN DI 'http://www.losdanfaun.com' sekarang!!!!!!!! Filem 'LOS DAN FAUN' DECEMBER 4, 2008!!!!!

To all my friends and kodoks, a quick update. Selepas hampir setahun korang tak tengok filem afdlin shauki.... kini tibalah masanya untuk kita menghuru-harakan suasana dengan filem terbaru gua LOS dan Faun. Stetelah bertahun berungkus lumus, siaplah sudah naskah saya yang terbaru dan ianya ready to meletup macam meriam buluh !!! (bukan meriam bellina)... Kunjungilah laman web Los dan Faun dan buatlah huru-hara kat sana. Yang penting adalah anda semua beri feedback lagi apayang korang nak tengok kat sana dan macammana boleh kita improvekan website itu.... WAR-WARKANLAH YANG ANDA SEKARANG BOLEH MENONTON TRAILER 'LOS DAN FAUN' DI SANA.

LOS DAN FAUN AKAN DATANG KE PANGGUNG 4 HB DECEMBER 2008!!!!!!!!!!!

TARGET HARI BERBUKA KODOK BERAMAI-RAMAI AKAN DITETAPKAN BILA MAK KODOK DATANG BULAN........JADI TUNGGUUUU...


POWER TO THE PEOPLE
AFDLIN SHAUKI

ps next post bila gua balik dari langkawi hari isnin ni... TIGA JALAN DI BALI!!! DGN GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF DAN MENGGIURKAN HANYA SESUAI DI BACA SELEPAS BERBUKA PUASA!!!!!!!!!!

Monday, September 08, 2008

Tibalah masanya untuk kodok-kodok berjumpa kembali untuk berbuka puasa dengan cipkodok.

Kepada kodok-kodok diehard dan juga kodok-kodok baru, jika anda berminat nak berjumpa dengan saya dan berbuka puasa bersama-sama standbylah untuk bertemu untuk EVENT BUKA PUASA TERGEMPAR KODOK-KODOK seantara Malaysia. Tahun ini kita juga akan mengestablishkan 'Fellowship of the Kodoks' ataupun dengan nama skema-nya 'Afdlin Shauki fan club' dan jika anda betul-betul berminat untuk menjadi sebahagian kelab ini sila hantar email ke cipkodok@gmail.com dan segala rahsia-rahsia negara afdli shauki akan di beritahu... seperti tarikh dan lokasi acara berbuka puasa besar-besaran ini.... hahaha jadi bersedialah... untuk kodok-kodok luar negara, kita berbuka conference call ajelah ataupun on YM. heehee. so STANDBY!!!

By the way, iklan petronas itu adalah arahan iklan pertama saya, Mc Donald's 'puasa penuh' iklan kedua,
tengah direct iklan puasa penuh McD
Checking framing Mc'd commercial
talent yang agak cun.
dan saya nak mengucapkan terimakasih kepada Yasmin Ahmad dan team kat Leo Burnett serta kat Mhz kerana memberi peluang untuk saya cuba membawa sentuhan dan fahaman saya ke dunia iklan. Memang lain dan lebih stressful dengan dunia filem cereka tapi... menarik.... tertarik ... ia memang da bomb.

Thursday, September 04, 2008

Selamat berpuasa kodok-kodok ku.


Hi gang, setelah lama sibuk dengan kerja-kerja untuk mencari sesuap nasi, pada bulan ramadhan ini aku kembali bebas untuk memblog sekali lagi. Alhamdulillah. Mungkin ramai yang tertanya kemana menghilangnya gua.
Sebenarnya dalam berberapa bulan ini banyak perubahan yang berlaku dan banyak benda baru telah ku cuba. Aku akan cuba huraikan satu persatu supaya dapat kita amati bersama produktiviti aku setakat ini.
Since kita semua tengah bersemangat PUASA apa kata kita mulakan dengan dua program raya yang sempat gua hadiri lantas melepaskan tanggungjawab gua untuk muncul di kaca tv waktu raya ni. Program pertama ialah 'RAYA BERSAMA FARAH', di mana ak dapat bersama girlfriend (didalam mimpi ku) Farah Fauzana , heehee ... entah apa hal tapi aku sukakan cara dia bergurau senda dan peribadinya... A bagi term minat aku kat dia sebagai 'Professional Crush' hehehe...
Gua yang baru habis berlakon Babak empat Madu tiga sebagai watak JAMIL yang di mainkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dulu bersama dua gadis yang amat dahsyat kebolehannya, Misha Omar dan Farah Fauzana.
Gua sedang mendendangkan Farah lagu kegemarannya AKU LELAKI
Inilah semua tetamu Farah, Pak Aziz Satar, kalau tak silapgua Darling, Jinbara, dan Aku sendiri. Mantap.
Selepas itu gua dijemput pula oleh Azwan Ali dan Juga Adlin Aman Ramlie untuk 'Jangan Tidor Lagi' Raya special di mana gua digandingkan dengan dua insan top di Malaysia ini.


berbual rancak



Cuncun... alahai Datuk Siti
...........Ya Allah dah lah cantik berbudi-bahasa pulak tu untung Datuk