Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Tuesday, November 08, 2011

Hi semua, terimakasih kerana menyokong boboi selama ini dan kami berharap sokongan anda akan berterusan. biar saya sedikit penjelasan mengenai konsep kumpulan boboi dan apa yang saya dan abg harun sedang cuba lakukan. Sebelum itu, pertama sekali, saya nak cakap yg antara peserta favourite saya (afdlin) dalam MLM adalah Adlin, BP dan kumpulan Hiro... Diorang semua memang lawak dan idea diorang semua best-best. Kita semua berkawan dan memang saling menyokong antara satu sama lain... jadi tak guna org melaga-lagakan kami, pasal kami dah berkawan lama dan kalis laga. Tujuan utama saya dan harun memasuki Maharaja Lawak Mega adalah untuk menghiburkan peminat-peminat kami yang dah lama tak dapat menyaksikan kami berlawak secara live di kaca tv. Awalnya, kami takde niat nak menang pun!... tapi kalau kami dah melakukan yang terbaik dan peminat semua menyokong ... alhamdulillahlah... syukur, rezeki takkan kami tolak, tapi itu bukan niat utama kami.... kami nak happy-happy dan buat peminat kami happy. Baiklah, ramai yg bertanya kepada kami samaada kami akan mengekalkan konsep budak-budak untuk maharaja lawak mega ini. Jawapannya ialah... YA! ini adalah kerana kami memasuki maharaja lawak mega bukan sebagai afdlin dan harun, akan tetapi sebagai boboi. BOBOI adalah brand yang ingin kami kembangkan supaya lepas ini boleh kita buat siri animasi BOBOI, filem BOBOI dan bermacam-macam lagi BOBOI. Bayangkanlah untuk 10 minggu MLM ni anda menyaksikan sitcom BOBOI. Kami tetap akan mengubah cerita-cerita kami untuk menghiburkan anda semua tetapi boboi mesti akan ada. Dan bila ada minggu ada tugasan, seorang akan menjadi org dewasa seorang akan menjadi boboi... contohnya Boboywa membantu CSI Malaysia menyelesaikan misteri kehilangan Boboyot, Boboyot menaiki kapal terbang kos rendah bersendirian dan di jaga stewardess. Boboi pergi tengok konsert Wings, Pokoknya semua sketsa akan ada Boboi!!... tetapi cerita berlainan. Ramai kawan-kawan lain yg akan mempersembahkan lawak-lawak mereka tersendiri dan kalau bagus, kita sokong!! Yang penting hiduplah komedi di Malaysia ini!! Teruskan sokong menyokong pengkarya-pengkarya Malaysia. Saya dan Harun dah lebih daripada 20 tahun di dalam industri ni, kami rasa kami dah tak perlu membuktikan versatiliti kami lagi, kalau nak tengok versatiliti kami tontonlah filem-filem dan rancangan-rancangan tv yg kami dah buat ok. Kami sayang anda semua, tapi percayalah dgn jalan yang telah kami pilih, kami bukan baru mencari tapak, tapi tapak kami yang orang jejak, jadi sebagai OTAI, kami akan terus menghibur anda semua dgn cara kami. Terima Kasih Semua. Assalammualaikum! HIRO, ADLIN, BAWAL POWER... I LOVE YOU ALL, KORANG MEMANG STAILO!! hahaha....