
Susah betul rasanya nak mula blogging tahun ini. berat jariku nak menaip abjad-abjad di laptop powerbook g4 aku ni.
Jiwa kacau. Banyak benda bermain di minda. Aku fikirkan semula apa niat aku adakan blog ini sebenarnya. Aku pertimbangkan apa yang penting bagi hidup aku. Adakah sekadar mahu berkongsi informasi ataupun mahu meransang perbincangan sihat. Pada usia aku yang meningkat ni, sanggupkah lagi aku nak melayankan karenah orang-orang yang sengal dan selalunya anonymous.

Aku bukan seorang yang senang marah but i know i have a mean streak in me bila i am pushed into a corner. Saya tak suka berdendam atau menyimpan benci di dalam hati, kerana 'Benci' itu membuat kita jadi orang yang kecil dan tidak dapat maju di dalam hidup kita. Tak memberi reaksi emosi bukan bermakna aku tak kisah. Aku cuma lebih suka memikirkan jalan penyelesaian daripada memberi fokus kepada masaalah atau cemuhan itu sendiri.

Apa dah jadi dengan negara aku. Aku cinta negaraku. Tapi aku rasa dah makin tak selamat, terutama sekali bagi anak-anak kita. Aku ingat dulu, mak bapak aku benarkan aku explore dunia ni... dengan bermain di padang tanpa kawalan mereka, jalan-jalan di pasar malam itu salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kami sebagai kanak-kanak.

Tahun baru disambut dengan berita yang mengacau ketenteraman jiwa, benazir bhutto dibunuh, satu lagi anak kecil 'Sharlinie' hilang, hindraf dan ancaman rusuhan, menteri kesihatan kena skodeng, Lingam dan handphonenya, faizal tahir bukak baju (ini pun boleh jadi hal) dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang aku berfikir adakah semakin maju negara kita ni, semakin jahanam perangai penduduknya ataupun memang selama ni dah jahanam cuma sekarang ni baru keluar media dan baru sampai kat telinga kita, ATAUPUN kita telah menjadi orang yang suka mencari keburukan orang lain dan lupa untuk menggunakan masa kita dengan bersyukur kepada tuhan kerana pemberiannya.
Kalau kita asyik fokus pada benda buruk aje memang dah takde maknalah usaha kita didunia ni. Jadi, walaupun masih peka pada apa yang berlaku, aku akan memberi fokus kepada benda-benda yang positif dan insya'allah aku akan dapat menyebar keceriaan kepada sesiapa yang mencarinya.
Selamat tahun baru kawan-kawanku, cekalkan hatimu untuk menghadapi tahun yang baru. Terimakasih kerana terus menyokong perjuangan seni aku. masih banyak yang aku nak capai dalam hidup ini, masih banyak benda perlu aku pelajari. Dan aku akan terus maju dan tidak membuang masa dengan komplen aje tentang apa benda yang aku tak puas hati tapi sebaliknya melakukan sesuatu tentangnya. Kita kena buat sesuatu.

Janga lupa tengok filem arahan kawan aku 'CUCI' januari 24 ini. Satu percubaan yang bagus untuk kali pertama.
Susah betul rasa nak mula blogging tahun ni. Tapi sekarang aku dah mula. Aku akan terus .....
POWER TO THE PEOPLE
AFDLIN