A new journey into the unknown. A hijrah. Nothing to lose, everything to gain. SubhanAllah.
Wednesday, February 06, 2008
Jangan lupakan beliau. Ceritakan tentang kebaikan budinya, kehebatan ilhamnya yang pernah beliau kongsi dengan kita. LOLOQ dalam memori.
Rasanya baru sahaja tahun baru bermula, tapi pada bulan januari sahaja sudah berberapa kali ku jenguktanah perkuburan orang islam sekitar bandaraya. Memberi peringatan kepada aku yang akan datang masanya yang aku pun akan meninggalkan semua benda yang kuanggap penting dalam hidup ini. Kenalan ku LOLOQ (ROSLI bin KHAMIS) adalah yang terbaru untuk meninggalkan kita. Kami sempat berbual mengenai penulisan lirik semasa beliau masih ada dan aku sempat jugak berlakon dalam filem DIVA POPULAR arahan Erma Fatima bersama beliau. Mungkin ramai yang merasai, sekumpulan mengingat dan segelintir tak ambik pot pun, tapi hakikatnya adalah salah satu tenaga kreatif terbaik negara ini sudah tiiada. Beliau menulis lirik yang menjadi nyanyian berjuta rakyat negara ini. Harapan aku adalah kita jangan biarkan legasinya pergi begitu sahaja. Mari kita sedekahkan beliau Al-fatihah dan kenang beliau dalam doa kita. Mari kita ceritakan kepada anak, cucu kita tentang kehebatannya satu hari dahulu.
"Dulu ada seorang penulis lirik hebat kat Malaysia ni, Loloq namanya. Madah didalam liriknya amat menusuk kalbu... cuba kau dengarkan lagu nyanyian semua penyanyi hebat negara ini... kesemuanya pernah bekerja dengan hamba allah ini." kata seorang bapa kepada anaknya apabila mendengar sebuah lagu dendangan M.Nasir.
Ya kita semua akan mati,tapi ini tak bermakna aku akan duduk sahaja menunggu ketika itu, aku akan terus berjuang untuk melakukan kerja-kerja terbaik agar mungkin ianya boleh memanafaatkan orang yang memerlukannya.
Aku akan mementingkan famili aku. Kerana mereka amat penting bagiku. lebih penting dari wang ringgit dan kekayaan dunia. Pabila ada di antara orang diluar memandang aku sebagai satu BENDA, mereka senentiasa memandang aku sebagai CINTA.
Korang semua boleh kata apa-apa pun. Itu hak korang berkata apa-apa, berfikir apa jua. Tapi jangan kacau hak aku. Jangan bagi susah perjalanan seni ku. Jangan mendengki ku. Berikan aku kritikan untuk aku menjadi lebih baik, aku menyukainya tapi kalau kau kurang ajar... terimalah reaksi ikhlasku.
Loloq aku tabik kau, aku hormati kau kerana sanggup hidup dan mati sebagai anak seni. jasamu pada bangsamu takkan ku lupai. Rehatlah sekarang sahabat.
Loloq is survived by wife Hariah Yaacob and 3 children - Krsty Nur, 11, Jaevn Nur, 8 dan Yasha Nur, 6.
He was buried Wednesday, 31st Januari, at the Muslim cemetery in Bandar Baru Sungai Buloh.
Power to the people
Afdlin Shauki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
mmg sedih sgt bila dpt tau loloq meninggal...satu kehilangan yag amat besar buat kita..alfatihah..
ha.. penampilan cameo kat diva popular...
~yeah.. so so so sad..
rase sangat kehilangannye..walaupun secare dasarnye tak pernh bercakap dengan beliau..tapi terasa sungguh kehilangannya..
al fatihah
semoga roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmat>>> Amin?
Hilanglah sahabat...biarlah dia berada di sisi tuhan. Al Fatihah
DJNAZIE: Bro, kehilangan arwah turut memberi kesan peribadi kepada dan warga kerja KLfm yang lain. Walaupun jarang ketemu secara personal, namun lagu beliau kerap diputarkan. Tidak hanya garapan lirik yang mempunyai roh ( qoute M Nasir)dan soul yang tersendiri, namun secara keseluruhan karya beliau memberi anjakan kepada industri muzik nusantara sebenarnya. Kolaborasi Loloq dan M.Nasir pada saya adalah paduan yang sukar dipisahkan apatah lagi diganti. Dalam industri ini, bukan semua benda boleh jalan sendiri. Partnership fren to fren, mentor/protege dsb turut membantu perjalanan seni seseorang, tmasuk bro sendiri yang pada saya kolaborasi bro,hans,awie&AC turut memberi inspirasi dan idea kepada pembikin seni visual sezaman anda dan saya. Namun, undang2 Tuhan tidak dapat diatasi oleh manusia yang hanya khalifah di muka bumi ini, kerana walaupun khalifah, kita asalnya tetap dari tanah. Justeru, dari tanah kita dijadikan, ke tanah juga kita kembali... Al fatihah.
Me,
DJ NAZIE KLFM 97.2 FM
P/S To bro:
1- Karya anda terutama filem banyak memberi impak kepada diri saya secara peribadi.
2- Ape2 lagu OST utk filem bro, hantaq la ke KLfm, pasti diputarkan!
www.nazirahklfm.blogspot.com
Al-fatihah...
Sama-sama meneruskan perjuangan anak seni.
bloggedneem.blogspot.com
lirik loloq = penuh perasaan dan juga benar
Bangga punya anak seni macam Allahyarham LoLOq..
Al-Fatihah..
Al-Fatihah ....
Buat Allahyarham Loloq......
Semoga rohnya dicucuri rahmat...
Kehilangan beliau kehilangan besar buat negara kita....
Al-fatihah to our dear Loloq!
I am deeply saddened by his sudden passing despite not knowing him personally. We will miss him and his contributions ... My deepest condolences to his family and be strong! I, too lost a loved one - my 20-year old son not too long ago!
Salam Bro Afdlin....saya antara peminat Bro...mmg filem bro ada kelas, tak macam filem orang lain yang asyik cintan-cinta....
LET'S TOGETHER WITH US FOR A BETTER MALAYSIA
Innalillah huwainnaillahiroji'uuuuuun
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
A great loss to the local music industry. We may have lost him physically, but his legacy will live on....
btw, read the comment on i wrote to tremologuy...i feel smug really...
al-fatihah,
sayang sekali tiada penganti, atau anak murid yg boleh menyambung ilmunya.
Lain kali bro kena buat buku ka..inspirasi membuat filem ka dll. Kurang2 dapat jadi rujukan penerus seni negara.
"hariamu mati meninggalkan belang...manusia?"
PAKLAN
pemergian loloq amat di rasai...
malaysia telah kehilangan antara penulis lirik terbaik dlm industri..
al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat... satu kehilangan besar. :(
Alfatihah...
rasa macam tak percaya.... Arwah Loloq.. slalu mencuri pandangan ako... Baik di kaca tv mahupun bila terserempak di luar layar... Amat sederhana... Sahabat ako malah pakcik2 ako tahu ako memang meminati karya arwah... lirik arwah... ketawa beliau.. n yang paling mudah di ingati staill rambut arwah.. namun apakan daya... ALLAH lebih sayangkan arwah.. Moga arwah tenang d sana dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang mendatang... ALFATIHAH...
walaupun dia telah pergi... jasanya adalah abadi..kekal di hati.
Takziah buat keluarga arwah loloq..smga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...AMIN
satu kehilangan yang besar dalam dunia seni tanah air..Al fatihah..
Satu demi satu kejutan ku dengari pada tahun ini...
Mula-Mula Heath Ledger lepas tu Loloq...
Belum sempai ku pulih dari kejutan, yang lain pulak datang.
Lepas nie siapa lagi?
Yang datang pasti akan pergi...
Siapalah kita untuk menghentikan segala...
Tetapi kitalah yang diperlukan untuk meratapi..
bukan kucing kucing dan yang seangkatan dengannya
"Dulu ada seorang penulis lirik hebat kat Malaysia ni, Loloq namanya. Madah didalam liriknya amat menusuk kalbu... cuba kau dengarkan lagu nyanyian semua penyanyi hebat negara ini... kesemuanya pernah bekerja dengan hamba allah ini." kata seorang bapa kepada anaknya apabila mendengar sebuah lagu dendangan M.Nasir.
-ayat ini sangat meruntun
To quote you "Aku akan mementingkan famili aku. Kerana mereka amat penting bagiku. lebih penting dari wang ringgit dan kekayaan dunia. Pabila ada di antara orang diluar memandang aku sebagai satu BENDA, mereka senentiasa memandang aku sebagai CINTA."
Yes, your family comes first because long after you're gone and forgotten by people who used to be around you, you'll always be in their hearts. My hubby's sudden passing at the age of 36 last year changed my world totally. Friends and so many peeps from his org came that day... but everyone else have moved on with their lives but we, his family will continue to bleed from the lost...
o.m.g.. loloq died already... it is a great lost...
semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi
sedih ats kehilangan beliau...beliau juga merupakan sahabat baik idolaku,ahadiat akashah....
"bila...aku sudah tiada... simpan semua laguku, jangan ditangis selalu... mungkin... itu sementara...bila jumpa penggantiku, jangan dilupakan a..ku..."
salam singgah.
waalaikumussalam.
siapa yang akan datang dapat menggantikan tempat beliau?
moga 'ala penggantinya' nanti hebat seperti beliau.
amiin.
ndizawa.blogspot.com
aku merindukan Allahyarham...
loloq masih hidup. dia ada. masih hidup. betul! dia panggil tadi. dia suruh dengar!
alFatihah wat arwah Loloq....semoga roh yea d cucuri rahmat...amin
Post a Comment