Hai Kengkawan yang berada di dalam dan di luar negara. Lama kita tak jumpa kat sini kan. Aku asyik sibuk aje dan kalau nak update pun aku selalu mengupdate facebook dgn twitter aku aje. Sememangnya blog aku telah aku anak-tirikan kerana aku banyak memikirkan samaada blog aku ni relevan lagi ke bagi aku untuk peminat aku mengetahui apa yang berada di dalam minda aku. Sekarang ni blogging dan bloggers sudah di naik taraf kepada status celebriti jika blog kamu tu popular.. Tapi sekarang ni jugak aku rasa blog kita juga sudah mula di awasi oleh pihak-pihak yg gua panggil THE BLOG POLICE. Freedom of speech adalah hak asasi seorang manusia. Kalau apa yang kita fikirkan juga ingin di kawal aku sangat tak bersetuju dgn itu.
Ya kita perlu responsible jika ingin meluahkan perasaan, tetapi responsible itu jangan disalah ertikan sebagai 'Don't rock the boat', Kalau ada sesuatu kesalahan yang berlaku di dunia kita ini, kenapa tak boleh kita suarakan ketidak puasan hati kita. Perbincangan adalah lebih bagus daripada perperangan.
Industri seni aku bukanlah industri yg adil ketika ini. Pihak korporat dan juga pembikin policy menindas anak-anak seni yang berkarya di TV, Filem dan dgn muzik mereka, dgn tidak mengindahkan hakcipta (Intellectual Property) mereka. Secara kesuluruhan, di sebalik glamour dan razzmataz dunia hiburan yg di cipta oleh pihak korporat ini karyawan-karyawan di Malaysia ni sama standard dgn buruh kasar kerana golongan ini boleh dikotak-katik dgn sewenang-wenangnya. Contoh paling utama adalah jika kita shooting filem, bila org yg menjadi producer adalah bukan org seni, bila waktu kena buat bajet, kalau bajet terlalu tinggi, harga pertama yang akan mereka cuba potong adalah harga pelakon, pengarah, penulis!!!...kenapa sebab harga equipment FIXED!!!.... Kos Lawyer... FIXED!!!!.... Kos Insurance FIXED!!!... Harga Lokasi FIXED!!!... I think you get my point.... Jadi orang senilah yang jadi barua... terimalah... apa saja producer cakap pasal nak cari makan... macam pengemis.
Selepas memahami industri ni barulah aku sedar kenapa P.RAMLEE mati miskin dan anak serta warisnya juga tak dapat merasa habuan hasil kerja seniman AGUNG kita. Aku memulakan hidup aku dlm keadaan susah, adakah akhir hidup aku juga akan jadi begitu?
Orang Seni KENA PERGI SEKOLAH kena berpelajaran! supaya tak boleh di perbodohkan oleh gergasi korporat.
Pada pendapat aku ramai org, tak memahami yang kerja seni ni bukanlah seperti pekerjaan lain. Ianya amat berbeza pasal ia susah dinilaikan orang dan hasi karya amatlah subjektif. Ramai org menganggap kerja seni adalah kerja main-main... ITS NOT A REAL JOB! itu yang cuba dikatakan oleh P.RAMLEE dalam filem antara dua darjat... Have we learned anything from that? A little bit... Tapi secara menyeluruhnya tidak. Sehingga karyawan sendiri merendahkan diri mereka kerana kerja aku ni taklah sebagus, akauntan ke lawyer ke. Ini menyebabkan kita senang di eksploitasi. Siapa yang salah kerana hal ini? Golongan artis sebelum ini yang tak FIGHT for their rights!! Mereka terima aje apa yang orang cakap atau beri kat mereka macam peminta sedekah. This is why we need governmental protection. A UNION or minimum wage expectancy.
This is the Era of Content ataupun pengisian. Content should be KING but it is not. Ramai kawan-kawan aku cakap kalaulah AFDLIN SHAUKI ni duduk HOLLYWOOD dah KAYO-RAYO dah EKAU ni HA...(saya ada banyak kawan dari Negeri Sembilan.) Sekarang ni aku masih lagi kais pagi makan pagi. Kalau aku tak kerja, family akau takkan dapat makan , takkan dapat pergi sekolah. Out of all the films i made, i only own the rights to three films. Yang lainnya termasuk PAPADOM semua menjadi hakmilik korporat. My fault? Maybe...TAPI KENAPA? mungkin ada yang bertanya. This is how the business is at the moment . The corporat giants can afford to say TAKE IT OR LEAVE IT! Kalau aku cakap take it or Leave it, konfirm anak-anak aku makan pasir. Sekarang ni the people yang boleh manipulate the content for their benefit is king. Pihak Telco, Stesyen Televisiyen pihak Panggung Wayang adalah dalang utama masaalah industri seni ini. Pada pendapat aku, tidak ada apa yang seniman kita tak boleh buatla kat dunia ni. Kita ada great thinkers among our midst, karyawan-karyawan hebat yang boleh bersaing di taraf dunia, maknanya tidak menjadi masaalah untuk mereka create content yg terbaik.... masaalahnya siapa yang untung dari hasil kerja mereka itu? Di Negara-negara yang sudah membangun orang yang mencipta kontentlah yang akan meraih hasil tertinggi sementara aggregatornya (samaada Telco, Stesyen TV atau Panggung Wayang) mendapat habuan daripada volume jualan hasil seni itu.
The point of sale is our industry's major problem. Saya akan bincangkan hal itu di posting yang lain. Di mana saya akan dedahkan cara permainan gergasi-gergasi korporat ini menekan masyarakat seni kita.
In Short because there is no protection provided for in any act in parliament to protect the artistes in this industry.... Something needs to be done before we lose more of our karyawan, seniman.... dan juga semua karyawan-karyawan muda yang telah di beri kebolehan oleh ALLAH SWT untuk berkarya. Dia tak bagi kat semua orang kebolehan tu, dan bukan saya minta mereka ini diangkat tinggi, tapi bagi mereka peluang untuk berdiri sama tinggi dgn semua vokasi lain dan berdiri tegak dgn bangganya sambil menyatakan kepada semua..."Ya, Saya ni Pemuzik/Pelakon/Penulis/Pengarah/komposer/Penyanyi dari Malaysia!"
Kepada semua peminat dan juga rakan-rakan saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terkasar bicara dan apa saja yang tak menyenangkan, sesungguhnya saya hanya insan biasa. Saya juga secara ikhlasnya memaafkan mereka-mereka yang pernah berbuat salah kepada saya. Harapan saya bulan ramadhan di hadapi dgn penuh kesabaran dan diberkati allah s.w.t. Selamat menyambut puasa semua.
POWER TO THE PEOPLE
AFDLIN SHAUKI