GARLIC BUTTER PRAWN

GARLIC BUTTER PRAWN
Boyband Rock Hip-hop Terbaik di Malaya ini!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa!

Hai Kengkawan yang berada di dalam dan di luar negara. Lama kita tak jumpa kat sini kan. Aku asyik sibuk aje dan kalau nak update pun aku selalu mengupdate facebook dgn twitter aku aje. Sememangnya blog aku telah aku anak-tirikan kerana aku banyak memikirkan samaada blog aku ni relevan lagi ke bagi aku untuk peminat aku mengetahui apa yang berada di dalam minda aku. Sekarang ni blogging dan bloggers sudah di naik taraf kepada status celebriti jika blog kamu tu popular.. Tapi sekarang ni jugak aku rasa blog kita juga sudah mula di awasi oleh pihak-pihak yg gua panggil THE BLOG POLICE. Freedom of speech adalah hak asasi seorang manusia. Kalau apa yang kita fikirkan juga ingin di kawal aku sangat tak bersetuju dgn itu.
Ya kita perlu responsible jika ingin meluahkan perasaan, tetapi responsible itu jangan disalah ertikan sebagai 'Don't rock the boat', Kalau ada sesuatu kesalahan yang berlaku di dunia kita ini, kenapa tak boleh kita suarakan ketidak puasan hati kita. Perbincangan adalah lebih bagus daripada perperangan.

Industri seni aku bukanlah industri yg adil ketika ini. Pihak korporat dan juga pembikin policy menindas anak-anak seni yang berkarya di TV, Filem dan dgn muzik mereka, dgn tidak mengindahkan hakcipta (Intellectual Property) mereka. Secara kesuluruhan, di sebalik glamour dan razzmataz dunia hiburan yg di cipta oleh pihak korporat ini karyawan-karyawan di Malaysia ni sama standard dgn buruh kasar kerana golongan ini boleh dikotak-katik dgn sewenang-wenangnya. Contoh paling utama adalah jika kita shooting filem, bila org yg menjadi producer adalah bukan org seni, bila waktu kena buat bajet, kalau bajet terlalu tinggi, harga pertama yang akan mereka cuba potong adalah harga pelakon, pengarah, penulis!!!...kenapa sebab harga equipment FIXED!!!.... Kos Lawyer... FIXED!!!!.... Kos Insurance FIXED!!!... Harga Lokasi FIXED!!!... I think you get my point.... Jadi orang senilah yang jadi barua... terimalah... apa saja producer cakap pasal nak cari makan... macam pengemis.
Selepas memahami industri ni barulah aku sedar kenapa P.RAMLEE mati miskin dan anak serta warisnya juga tak dapat merasa habuan hasil kerja seniman AGUNG kita. Aku memulakan hidup aku dlm keadaan susah, adakah akhir hidup aku juga akan jadi begitu?

Orang Seni KENA PERGI SEKOLAH kena berpelajaran! supaya tak boleh di perbodohkan oleh gergasi korporat.

Pada pendapat aku ramai org, tak memahami yang kerja seni ni bukanlah seperti pekerjaan lain. Ianya amat berbeza pasal ia susah dinilaikan orang dan hasi karya amatlah subjektif. Ramai org menganggap kerja seni adalah kerja main-main... ITS NOT A REAL JOB! itu yang cuba dikatakan oleh P.RAMLEE dalam filem antara dua darjat... Have we learned anything from that? A little bit... Tapi secara menyeluruhnya tidak. Sehingga karyawan sendiri merendahkan diri mereka kerana kerja aku ni taklah sebagus, akauntan ke lawyer ke. Ini menyebabkan kita senang di eksploitasi. Siapa yang salah kerana hal ini? Golongan artis sebelum ini yang tak FIGHT for their rights!! Mereka terima aje apa yang orang cakap atau beri kat mereka macam peminta sedekah. This is why we need governmental protection. A UNION or minimum wage expectancy.

This is the Era of Content ataupun pengisian. Content should be KING but it is not. Ramai kawan-kawan aku cakap kalaulah AFDLIN SHAUKI ni duduk HOLLYWOOD dah KAYO-RAYO dah EKAU ni HA...(saya ada banyak kawan dari Negeri Sembilan.) Sekarang ni aku masih lagi kais pagi makan pagi. Kalau aku tak kerja, family akau takkan dapat makan , takkan dapat pergi sekolah. Out of all the films i made, i only own the rights to three films. Yang lainnya termasuk PAPADOM semua menjadi hakmilik korporat. My fault? Maybe...TAPI KENAPA? mungkin ada yang bertanya. This is how the business is at the moment . The corporat giants can afford to say TAKE IT OR LEAVE IT! Kalau aku cakap take it or Leave it, konfirm anak-anak aku makan pasir. Sekarang ni the people yang boleh manipulate the content for their benefit is king. Pihak Telco, Stesyen Televisiyen pihak Panggung Wayang adalah dalang utama masaalah industri seni ini. Pada pendapat aku, tidak ada apa yang seniman kita tak boleh buatla kat dunia ni. Kita ada great thinkers among our midst, karyawan-karyawan hebat yang boleh bersaing di taraf dunia, maknanya tidak menjadi masaalah untuk mereka create content yg terbaik.... masaalahnya siapa yang untung dari hasil kerja mereka itu? Di Negara-negara yang sudah membangun orang yang mencipta kontentlah yang akan meraih hasil tertinggi sementara aggregatornya (samaada Telco, Stesyen TV atau Panggung Wayang) mendapat habuan daripada volume jualan hasil seni itu.

The point of sale is our industry's major problem. Saya akan bincangkan hal itu di posting yang lain. Di mana saya akan dedahkan cara permainan gergasi-gergasi korporat ini menekan masyarakat seni kita.

In Short because there is no protection provided for in any act in parliament to protect the artistes in this industry.... Something needs to be done before we lose more of our karyawan, seniman.... dan juga semua karyawan-karyawan muda yang telah di beri kebolehan oleh ALLAH SWT untuk berkarya. Dia tak bagi kat semua orang kebolehan tu, dan bukan saya minta mereka ini diangkat tinggi, tapi bagi mereka peluang untuk berdiri sama tinggi dgn semua vokasi lain dan berdiri tegak dgn bangganya sambil menyatakan kepada semua..."Ya, Saya ni Pemuzik/Pelakon/Penulis/Pengarah/komposer/Penyanyi dari Malaysia!"


Kepada semua peminat dan juga rakan-rakan saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terkasar bicara dan apa saja yang tak menyenangkan, sesungguhnya saya hanya insan biasa. Saya juga secara ikhlasnya memaafkan mereka-mereka yang pernah berbuat salah kepada saya. Harapan saya bulan ramadhan di hadapi dgn penuh kesabaran dan diberkati allah s.w.t. Selamat menyambut puasa semua.

POWER TO THE PEOPLE

AFDLIN SHAUKI

48 comments:

R.K said...

good point mate but is it only for the talk or got actions follows ?
im not an artist mate , but everyone should have the right to stand their ground .
may this ramadhan bring more happiness to ALL of us .
salam ramadhan .

armouris said...

info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

muzakir said...

3 movies yg ade rights? Boleh tahu tak which ones?

Wanita Mutalib said...

salam ramadhan abg afdlin..

:)

baybe foxx said...

lamanya menunngu entry abg afdlin! welkam bek! =)

selamat menyambut ramadan al mubarak!

hans said...

lama betul tak update blog yer bro

selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur

P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!

dill said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak, Abg Afdlin :)

mus said...

salam ramadhan big bro. really menantikan filem baru dari bro.

-http://filemwayang.com

nurulfive said...

salam ramadhan.

bro..mintak tukar layout blog. susah nih nak bace.. =)

m6hidrogen said...

selamat menyambut bulan ramadhan afdlin..haa nk buat movie orang kantoi puasa ke afdlin? hehe

jelita78 said...

thanks for blogging about this afdlin.. before this i didn't know anything about the real deal of life-as-an-artist..
i can't comment anything because i'm not feeling your pain as i'm doing desk-job.. but i do feel your worries especially part nak bagi makan anak-anak.. yeah, we as parents are working to put food on the table and get the kids better education. life is rough, everywhere to be exact.. with the retention and all..
but i believe, insyaAllah, niat mesti ada and biar baik..

happy ramadhan to you and family!
take care and keep blogging please.. coz i don't have twitter nor facebook..happy being a blogger je.. hehe..

nizakamal said...

great posting from an intelligent person..or i can say..an extra-ordinary person..tak ramai artis yg ada this piece of mind mcm u afdlin..ramai yg terarah dan asyik kepada dunia glamour..even reporters pun suka bwk cerita2 sensasi rather than credibility artist..but back to basic, they feed based on demand..klu fans pun suka disajikan dgn cerita2 mcm tu..abih camano?..who to be blame?..the feeder or those who demand?..kene bukak balik buku ekonomi nampaknya..n bukak bab permintaan vs penawaran :)...
err..got wut i mean?

Bukan Sepet said...

1st if all:

Welcome back to blogging. Miss you.

Kedua. Anda benar. Saya bukan kalangan orang seni. Saya pernah membaca rintihan penulis skrip (yang juga rakan saya) di blognya.. Saya pernah 'membaca' rintihan Mamat Khalid di blognya dalam kemelut PFM. Saya sering terusik dgn coretan blog aktivis2 filem pendek geng sol-jah, Vovin, sinaganaga toqreeemau dsb.

Kadangkala saya rasa mereka jauh lebih bebas dari bro meskipun mereka sering putus dana dan kurang publisiti...

Kesimpulan yg saya nampak, kat negara kita ni, persatuan punyalah banyak! Tapi kenapa boleh jadi macam ni?

I guess it's true what they said, Too many cooks spoils the soup. Even worst, bukan cook pun nak tunjuk pandai gunakan pengaruh dan wang... Benar jugalah istilah HAMBA SENI tu, memang secara literalnya menghambakan diri pada seni...

Tapi kami harap bro Afdlin dapat bersabar. Kami tak tahu lama mana bro boleh bertahan, tapi dalam apa cara yg kami boleh sokong, kami pasti akan sokong dalam kapasiti kami.

Tiap pengorbanan yang bro buat dalam menghasilkan seni yang KAMI peminat tak tahu, kami berterima kasih. Kerana orang macam chieflah, generasi kita dan yang akan datang akan lebih celik ilmu seni dan menghargai karyawan.

Power to the people bro!

silbi abigail said...

apa kata fixed kan harga orag seni tu sendiri. letak prcie tag bsar2. nett price! no discount!

Hairil Rizal said...

This.. I believe adalah satu luahan hati yg benar-benar kenal industri perfileman kita.

I believe politik tempat kerja ni ada di mana-mana, hatta dalam industri perfileman sendiri.

Thanks for re-opening the eyes of the readers again on the reality and the truth.

Abg Afdlin, why lah so lama nak buat entry blog baru nieh? Berbulan-bulan tunggunya.. Haha!

haziqah bt md mohpty said...

SALAM..
happy fasting month too..

hye..i'm uni stud..and i'm having presentation on a movie that what we would like to choose..and guess what..frens and me choose one of ur movie..it is papadom..hehehhe.. we choose this movie because parenting skill that you do..hehe..it's totally different from others and it was was hilarious movie..
so..and also hoping that by choosing this movie, we can share the values of the movie with my classmate..( actually the papadom also..sedap la..)
so..can i request you something..??
we are lacking pict to show in our slide..we already trying so damn hardly to find it..but still not enough..we would like to have pict that follow the chronology of the story..can we request for that...??

thanks..
(^_^)

nyOng.is.me said...

slamat berpuasa... =)

cekkeya said...

abang afdlin,

apa apa pun, perjuangan mesti diteruskan, kan? sy doakan abg semakin sukses dan berjaya.

neway, selamat puasa!!!

Irma said...

Salam Abg Afdlin,

Salam Ramadhan. Seperti ramai pengikut blog ini, saya juga bukan dalam industri seni. Saya turut bersimpati dengan org2 seni sekiranya begitu serius skali masalah sebenar industri seni di Malaysia. Mana2 pun ade politik yer. In the end.. bisnes tetap bisnes.. everything dinilai in dollars and cents walaupun tidak semua boleh dinilai dgn wang.. kan?

Rezeki ada di mana2. Usaha dan tawakallah.. insya-allah ade la rezeki utk kita dan anak2. Jangan berputus asa walau dalam apa jua skali pun kerana Allah tak suka hambaNya yang berputus asa. Chayok Abg Afdlin!!

TMBF said...

Please do keep blogging, Abg Afdlin. Kalo setakat Twitter dan Facebook je, toklehlah nak rant panjang-panjang camni. :)

BTW, content is king. This is the age of the internet and YouTube. As long as you can create content, you can find an audience. Cubalah shoot a webseries ke apa, upload kat YouTube, maybe keluar belanja skit for promo on Murai or Gua. Sure dapat sambutan. But making money is a different storylah...

Anyway, my point is, there are more opportunities than ever out there for seniman dan karyawan. You absolutely don't have to rely on the studios and the big money people anymore, and you don't have to go through any gatekeepers either. All you need is some marketing savvy, some skill at raising funds, and most importantly talent. That one you got plenty. :)

TMBF said...

And check this out:

http://www.fastcompany.com/magazine/148/one-fine-day.html

hans said...

hujung tahun nanti ada filem baru bro kan?

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!

Kayun said...

selamat berkarya & berpuasa bro afdlin!

Maizura Mohd Ederis said...

Salam perjuangan Afdlin,

Sangat-sangat setuju dengan apa Afdlin tulis ini. Jadi, saya mohon kebenaran untuk link entri ini di blog saya, ok.

Harap Afdlin teruskan "posting" mengenai isu-isu industri dan saya akan folllow dari sini, InsyaAllah.


Selamat Berpuasa.

Maizura Mohd Ederis said...

sambungan....

Blog saya yang berkaitan filem & drama :

http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

The Mangkuk Man said...

semangat orang nak tengok wayang dah semakin naik...semoga afdlin dan kawan-kawan buat banyak lagi filem yang thought provoking, dan tak sell out pada demand market filem Malaysia.

Alas, ada filem kita attack populariti. Ada filem kita attack ticket sales. But most of it, kita buat filem nak kembangkan portfolio kita jer....

by the end of the day, kita hanyalah David Teo atau Yusuf Haslam...Last-last orang seni kena pergi RTM gakkk...hahaha...baru ada pencennnn

azienmat said...

teruskan berblog dgn pengisian idea lebih berat.. facebook-twitter yang ringan-ringan

Fadzli Amir said...

Saya sokong sangat dengan apa yang Bro afdlin coretkan tu...walaupun saya ni bukanlah dari golongan "seni" yang macam Bro Afdlin tapi masih lagi dalam kategori seni...Selalunya mereka-mereka tak dapat nak menilai sesuatu hasil seni tu, nanti bila pengkarya seni tu dah mati baru le terhegeh2 nak 'berlakon' nak bagi anugerah....Tak gitu....lagi satu yang saya tengok, kerajaan lebih menganak emaskan penggiat seni luar...Contohnye, senang2 je filem atau artis luar masuk malaysia, sedangkan malaysia tak buat apa2 pun untuk memasarkan filem atau lagu kita keluar, sampaikan orang luar senang2 je dapat Datuk....Lagi satu persatuan yang banyak2 tu macam tak ada fungsi je...asyik nak bertelagah...

Mohammad Rezduan said...

i got 2 idea for new reality tv show.. its fun and funny...
plz pm me.. mana tau blh guna.. 1st idea biasa2 jer.. 2nd idea blh tarik duit dari sms penonton..

krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

Tamar Jalis said...

Ramadhan al-Mubarak. Syabas Afdlin. I think this is the most meaningful posting you had because I, for one, do not understand and realise the predicaments of you lot, the karyawan. This has somehow opened my eyes on the kind of twists you people had to endure to rollout your crafts and receive what you deserve. We all had to endure some kind of chalenges in our careers, karyawan or technologist/scientist/engineer like me; rift between the objectives of the 'adults' - who are more interested with the making money part of the industry, and us, the craftsperson, who value engenuity, knowledge and creativity of our work. I consider myself luckier than you that my elders had fought so that my generation is able to keep our rights and patents. Fight on brother and don't give up. I wish you well.

rafiuddin said...

I-network merupakan 1 aplikasi Facebook cari duit PERTAMA dalam Dunia..Ia semakin mengganas dari hari ke hari walaupon baru launching xsampai 1bulan!!pengikutnya telah melebihi 7000 org..satu angka yg mengagumkan... untuk maklumat lanjut, sila click http://i-network.us/suffy ..sambil layan internet,sambil kumpul duit raya..
enjoy..

Said Saiful Fazli said...

salam ramadahan bro~

singgah2 lar ke

www.aepull.blogspot.com

Malek Ku said...

terbaiklah blog in

Admin said...

paderi ni hina nabi muhammad dengan kutukan2 yang melampau....patut kena tangkap..sapa2 bleh buat report polis x??

Admin said...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1177473292414&ref=mf

inchEkPelukis said...

nilaa kebenaran yg para peminat mahu tahu dari seorang yg berani bersuara..~!

n sebab itulah ramai artis cari makan dengan buat kerja partime lain. masyaALLAH.. sampai begitu sekali hidup seniman.? moga rezeki kalian Allah berikan setimpal dengan usaha & keikhlasan yg dilakukan. (:

aznah said...

salam Afdlin.
u strike points there..Maybe after all, people are still not ready for creativity or creative peole to be in existence(at least kt tpt kita)..
But for how long, it's for us to see..
Keep up the good energy, bro!:o)

Pak said...

good one.. one day will meet up with you for my HOLLYWOOD PROJECT.

fadz said...

selamat hari raya.
fadz-crazygoat.blogspot.com

araaz - www.araaz-man.blogspot.com said...

Salammmm Afdlin Shauki..araaz dah usha sana, usha sini kat blog afdlin, aduhhhh sygnya tak update blog tu, dah ada 3000 ++ followers tu..ish ish. araaz punya blog mash baby lagi , baru umur 20hr..

http://araaz-man.blogspot.com

sabree hussin said...

Salam bro afdlin, nampaknya apa yang berlaku disebalik dunia senia tak seindah seperti yang dijangka.

Mungkin dengan runtuhnya isntitusi yang dibangunkan oleh badan-badan korporat ni barulah anak seni bakal berpeluang untuk bergerak lebih jauh dan menjadi lebih berdaya saing.

Korporat bukan anak seni, bukan berdarah seni, bukan cintakan seni, tapi lebih cintakan the end results... which is MONEY.

MONEY not SENI

4umyfans said...

sangat setuju dengan hujah dan pandangan kamu...
teman pun berharap sangat, yang kita akan dapat hasilkan karya yang lebih menjurus ke arah karya masterpiece...


jom usha < http://koriieleys.blogspot.com/2010/11/mungkin-lepas-ni-short-film.html

miza&tummy said...

TOTALLY AGREE....

freemediadownload said...

sertai forum terbaru dan terhangat masa kini http://www.malaysiaforum.net

ekspedisi.org said...

kereee....nnnnn....

Nurnida Nazril said...

jom click.. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=304369

Adad Syayuti said...

Infonya sungguh sangat bermanfaat sekali, makasih yah gan..
http://goo.gl/4NLscu