Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Sunday, October 09, 2005

Isu-isu kuih bangkit!

Satu isu menarik yang hebat diperdebatkan di dalam comment for blogger section ialah mengenai kehadiran logo syarikat arak yang ada pada poster WHY YOU STILL FAT saya. Poster ini telah dibuat oleh Actor's Studio dan di dalam setiap persembahan yang diterbitkan oleh atau diterbitkan bersama Actor's Studio, mereka akan meletakkan logo syarikat arak itu kerana mereka adalah salah satu penaja utama actor's studio. Jadi walaupun mereka bukanlah penaja WHY YOU STILL FAT?, Actor's studio masih lagi memasukkan logo itu ke dalam poster.

Tetapi sesuatu yang ingin saya tahu pendapat anda ialah (terutama sekali kepada anonymous - CAYALAH! LU TETAP ANONYMOUS!)... maklumlah saya ni masih belajar..

Adakah ini bermakna yang saya menyokong syarikat arak itu?.... Adakah niat saya begitu? Walaupun saya tiada niat pun untuk mencari sponsor syarikat arak dan NIAT saya adalah untuk mengumpul wang untuk kebajikan dengan menggunakan bakat saya.

Adakah awak teruja untuk membeli arak bila terlihat logo arak itu pada poster saya?

Jadi anonymous, saja nak tanya lagi pasal kuang paham,

NIAT kita tak memainkan peranan lansung ke dalam equation ni? Jadi kalau macam tu kira kalau saya sokong LIVERPOOL pun kira haramlah pasal mereka disokong oleh Syarikat ARAK tu juga?. Tengok wayang pun haram ke? pasal iklan arak ada ditayangkan sebelum wayang bermula kan? dan jika awak faham advertising, revenue dari iklan itu yang juga membantu pawagam-pawagam memberi perkerjaan kepada beribu rakyat malaysia muslim tu pun haram ke?

Ada kawan cina pun haram ke?pasal ada di antara mereka minum arak dan makan babi. Oleh itu, dengan berkawan dengan mereka kita macam meredhakan perbuatan mereka dan berkata pada khalayak ramai contohilah aku yang mempunyai kawan yang makan babi dan mnum arak, kan?

Bekerja di Actor's studio, sebagai seorang kerani atau pun pengarah teater tu haram pasal , actor's studio teater tu di beri dana oleh syarikat arak, pasal takde badan lain yang mahu memberi wang untuk menyokong perkembangan teater negara.

Bagi kondom kepada orang berisiko tinggi untuk mengelakkan jangkitan aids tu pun haram kan. Pasal memberi tu maknanya menggalakkan kan? Walaupun niat untuk mengurangkan jangkitaan dan penderitaan dari penyakit menjadi niat utama.

Tidakkah NIAT kita memainkan apa-apa peranan penting dalam perjalanan hidup kita?

Hisap rokok yang memudaratkan badan pun haramkan?, pasal alkohol, babi, anjing ni semua dicategorikan dlm benda2 haram kerana ianya juga memudaratkan diri anda.

Sila bantu saya dengan penjelasan atau pendapat anda agar lebih terang nur dihati saya ....

Just something for all of us to ponder.

AFDLIN

85 comments:

StimGam said...

yang penting hati ihlas beb!

encikmasen said...

kalau nawaitu kita btul, kira ok laa..

kekadang kita tgk dari satu sudut yg sempit sangat..kalau tamau syarikat arak sponsor actor's studio, tmpt kt mane cip kodok buat show, carikla kompeni lain yg sanggup sponsor..kalo dh kompeni arak tu je yg sanggup sponsor nk buat camne..kita masing masing nk idup..tp kalo xde semangat tolong menolong buatpe..

kalo sikap kondem mengondem ni terus wujud..industrti kita takkan maju..baik islam hadhari mahupun tak hadhari..btul ak cip??

just my 2 cent la

einhyatt said...

saye terpanggil utk bg komen (sbb dh terbace, dh jd tgjawab la pulak utk sampaikn ape yg sy tau).
kes 1-logo iklan sykt arak di poster. spt yg dijelaskn oleh encik afdlin, bukanlah sykt arak 2 yg menaja teater die. so, jelas kot di sini, x timbul isu teater itu haram sbb ditaja sykt arak.(sy x layak jatuhkn apa2 hukum sbb bkn org yg layak)
kes 2-logo iklan sykt arak di poster (againn).isu yg timbul adlh krn dgn adanya logo itu di situ, ia dikira sbg iklan aka promotion kpd sykt arak itu,dan scr x langsung, tak disedari, tanpa rela,sesiapa shj yg terlibat dlm mbuatkan poster itu terpampang telah mbantu pengiklanan itu. dan sbg org islam, kita sbnanrnya diharamkan dr terlibat dgn apa2 shj bentuk penjualan arak.x kire la hatta sbg tukang bawak lori arak ke,waiter serve arak tu ke, cashier di kedai arak 2 ke..apa2 sekalipun. (harap terjawab persoalan)

isu-isu kuih bangkit yg selebihnya yg encik afdlin timbulkan, mungkin sy x perlu jwb...

perlu juga sy tegaskn di sini, bahawa niat x menghalalkan cara. robbin hood yg mencuri utk membantu org miskin itu, kiranya dia islam,dia tetap berdosa krn mencuri. (cara lain kan banyak..jgn la amek harta org..org lain pon usaha gak nak idop)

mungkin kadangkala teguran yg kita dpt tu membingitkan telinga (sbb caranya kdg2 x berhikmah), tp bersyukur lah, sbb at 1 point in our life, Allah bg ruang utk kita ditegur, dan dpt tgk balik kesalahan kita yg mungkin kita ter'overlooked'.

wallahualam.salah silap harap dimaafkan

Cipkodok said...

kalau u ingat, harta yang diambil oleh robin hood tu adalah harta yang dia ambil adalah harta rakyat yang telah dirampas oleh kerajaan sheriff tu, dan setelah dia mengambil wang itu dia memulangkannya kepada rakyat yang hidup merana menderita kelaparan so .... Awak tetap fikir tuhan kita tak tahu apa sebenarnya niat hati robin hood tu ke?

hmm....dari rakyat yang miskin

Cipkodok said...

macammana boleh debat pasal robin hood pulak ni heehee.

Songs aBout JESSie said...

owh..just ignore those who don't know what the meaning and purpose of niat is.. Selamat Berpuasa!

Anonymous said...

it's very clear..niat tidak boleh menghalalkan cara...i agree with einhyatt.

itu je, that's the basic of islam

Anonymous said...

Brader Afdlin,
terpanggil aku nak bagi pendapat aku pasal issues Poster nih...but first of all, apologized coz pakai nick "Anonymous". Aku setuju ngan pendapat Encik Einhyatt,,
1) Adalah terang benar logo Arak tu terpampang kat poster tu..Even niat kita baik, cari makan untuk anak bini tapi situasi yg tidak betul di situ...Aku paham conflict of interest here,,tapi as we as a muslim,,,secara tak langsung kita dah terhalal,,apa yg haram.... So,,,atas sebab saudara seagama,,aku rasa ada baik lah,,,(tu pun kalau ada cara lah)..Please remove or slow talk skit ngan Penaja tu,,,,mesti diaorang paham akan situasi ini.. Lagipun ...the way you dress, pakai songkok,,,baju melayu,,tu kan gaya lelaki Islam yg hensem,,,tak rock lee terselit Iklan tu kan,,kan...May be ada hikmah di sebaliknyerr..
...Sekadar nasihat...Dari Hamba Allah....

Anonymous said...

oddly, benda yang haram(so to say) jugalah yg berbesar hati nak sponsor for a good cause. just because it's not allowed for some, doesn't mean it's completely bad now is it? everything comes with a price.

Anonymous said...

Mamat Anonymous tu fobia tgk logo tu kot. ala ala vampire takut cross la kot. weh afdlin aku gi ultimate toys ou selalu tak nampak pun ko.
-aku ada baju black metal gambar kepala kambing tapi aku tau wajib haram ku.

Anonymous said...

i aggree with most of what u said, although not all...sebab kita masih belajar, kena betul2 paham, baru boleh pilih mana2 side.what i agree is:

1. most of all, ROKOK IS HARAM!gajah dan paus tak ada ciri2 binatang yg haram di makan, tapi dikira haram sebab memudaratkan. malangnya ramai antara ulama2 yang membincangkan isu ini adalah PEROKOK. mereka menganggap diri mereka perokok sihat, sebab mengamalkan budaya idup sihat dan beribadat walaupun merokok.

2. pasal liverpool, kalaupun orang kata haram sokong liverpool, menda tu tetap akan dibangkang dan menjadi halal.cuba ingat balik berapa kali kita lihat peminat liverpool memakai jersi masa smayang.me too a liverpool fan,but to the extend of menghalalkan logo tersebut secara direct, not me.

3. although i agreed with most of what u said in ur blog, i don't agree with putting that logo. kalau dia nak sponsor actor's studio, let them be.but u urself should have fought to omit that particular logo from ur poster and anything directly related to you.macam org keja cashier kat supermarket, kalu dah depa beli menda tu, nak tak nak kena bayar kat dia.

4. lanjutan dari no.3, macam mana pulak dengan ekonomi negara yang juga dijana dari penjualan dan cukai menda haram tuh?tu belum masuk cukai hiburan (utk judi) dan ...well... rokok!kena tuka negara la ek?En. anonymous, sila beri penerangan.kalu bidang tu menarik balik segala sumbangannya kepada ekonomi negara, maka bersedia lah untuk membayar petrol 3.80, caj internet 2x-4x caj skrg, dan byk lagi subsidi ditarik utk mengimbangkan semula ekonomi negara.en. anonymous atau sapa2 yang ada idea, silalah beri jawapan utk menda ni.kalau betul haram, apa langkah utk mengatasi hal ni?

Anonymous said...

brahder afdlin,

alhamdulillah brahder telah jelaskan niat brahder yg sebenar. at least kita semua tau, sbg org islam, brahder tidak mendekati benda haram itu. akan tetapi, bila org terpandang aje iklan tu di poster brahder, as human, kita tak leh lari dari having the first impression. bila tengok aje iklan tu kat poster brahder, dah jadi lain lak kita punye impression.

kalau boleh di'remove' kan from the poster, cuba-cuba lah remove.

apa kata brahder buat vote kat sini, sapa sokong iklan tu di'remove'kan.

Anonymous said...

aku terase nk mengomen plak.

firstly, niat is important in islam bcz it actually differentiates between seseorang itu melakukan ibadah atau tidak. for example, ada beza between org yg dok kat masjid sbb berteduh dr hujan n org yg dok kt masjid dgn niat mendekatkan diri dgn Allah..

secondly, niat tidak menghalalkan cara.

thirdly, halal atau haram itu juga depends on the situation. cthnye, tak bertegur sapa selama 3 hari itu haram, tp kalau dh dok jauh, sorang kat klantan sorang kt kl, jatuh haram ke? mestilah tak.

so things like this i would like to put it in the gray area of life. not everything's black n white. all of us r learning. it's good dat mr anonymous wanted to remind us. he's got a point. n of course, like wat our selamberkodok said, juz sthing for all of us to ponder on.

huish.. pjg lebor aku tulih.. juz sharing whut i think might b useful.. adiosss...

Anonymous said...

Cerita balik soal halal dan haram.. hmm.. ok la.. senang cerita aku cakap camni je, kalau nak pastikan apa yang kita makan, minum, buat, kerja etc etc dalam dunia sekarang ni betul betul halal 100%, kita kena duduk kat satu tempat (tak kira la dimana) di mana kita dirikan rumah dari kayu-kayu yang kita potong sendiri (even kapak pun buat sendiri yer) atau kita buat sendiri batu bata dari tanah liat or whatever lah we see fit but it must be DIY stuff takde nak beli beli - nak buat tingkap kaca tu, pegi bakar pasir sampai jadi kaca, berkebun la kita, bersawah la kita, berladang la kita - tanam padi dan jagung (untuk ayam), dan berternak la kita segala binatang yang halal untuk di makan dan binatang yang kita ternak ni pulak mesti makan makanan yang kita tanam sendiri or tebas sendiri dari sumber alam macam rumput. And soal penjagaan kebun, ladang, ternakan sebagainya tak boleh guna teknologi terkini sebab teknologi terkini ada unsur indirectly datang dari sumber yang mungkin tidak boleh dikira halal. Pendek kata satu benda hape pun jangan kita beli, sebab duit yang kita pegang, kalau nak ikutkan sangat soal halal dan haram ni, memang ada sumber haramnya, samada direct or indirect, samada banyak atau sikit percentage yang tercampur dalam nilai duit yang kita pegang tu. Even baju kita pun kena buat dari sumber sumber asli macam daun daun, kulit kayu, kapas yang kita tenun dari pokok kapas yang kita tanam, jangan beli langsung. Why do I say this? Because I don't think there's any single thing in this world that we consume which has no relation at all to non-halal resources. If you know any, please share it with me and the rest.

And lagi satu, aku tak berani langsung nak kata benda ni haram ke halal ke, macam nadya-r cakap, I put it in the gray area until I get the reliable facts to put it either on the halal or haram side.

Why should we debate such a trivial thing? Aku nampak logo tu dari first time aku tengok gambar poster tu, tapi aku tak terfikir sekreatif korang.. Put it in another way - kita kerja dengan syarikat besar, konglomerat, then one day, the sports club organize satu bowling tournament. Kita pun join la sekali sebab nak enjoy and nak menang (kan! kan!) and each participant kena bayar certain amount of money (macam registration fee yang minimal), then normally organizer akan beri t-shirt (normally on the registration day itself), or maybe cap, and food during the tournament. Tengok tengok t-shirt tu ada lambang Tiger... so korang akan withdraw ke jam jam tu jugak ke? And bagi malu the rest of the team and maybe your superiors? You tell me.. Do we demand there and then that the Tiger logo to be removed from the T-shirt?

And lagi satu perkara, scientifically it is proven that tapai pulut or ubi kayu ada contain alcohol sebab pulut/ubi kayu tu fermented with yeast, so is it halal or haram dimakan?

Anonymous said...

two wrong does not make one right.
Mencuri dari seorang pencuri. tetap salah.
heh heh heh ;-)

Moe Masri said...

sabar abg afdlin..bulan posa ni kena control jiwa sikit, jangan menimbulkan kemarahan dan merahi orang lain..semoga tuhan saja yang akan mencucuri rahmat ke atas hamba anonymous ini..

lagi satu gua tak puas hati, gua pun peminat LIVERPOOL! jadi gua kalau pakai jersey nak kena sertu ke gua punya badan? jersey tu najis sangat ker?

Slamat berposa :)

Fadzli said...

Akum...heheh..that's why u guys have to switch to Man U..Sokonglah Man U kerana mereka ada pemain Asia pertama di EPL. Mesia bile lagik?

Erk,Bro Afdlin pedulikkan org camtu.Not worth wasting our neurons.
Cheers...
www.mohdfadzli.blogspot.com

dJ phuturecybersonique said...

cuba bayangkan situasi ini: anda ingin ke masjid untuk menunaikan solat jumaat tetapi kenaikan yang terdapat hanyalah bas atau teksi. kebetulan pada waktu tersebut, bas atau teksi yang ada terdapat iklan arak di dalam kenderaan tersebut. adakah anda akan menaikinya untuk pergi ke masjid yang terletaknya agak jauh atau tidak? ataupun anda akan terasa teruja untuk pergi minum arak dan mengisytiharkan 'happy hours' yang awal ditengahari jumaat?

Anonymous said...

Ape hal yg jadi bende besar sgt nie?????? logo pon jadi hal ker????? ape masalahnyer???

keadaan Afdlin skang cam keadaan GSC atau TGV
let say:

Afdlin buat cite, lepas tuh nak tayang kat GSC. so dlm poster ader logo arak. lepas tuh, time nak tgk cite die, ader iklan.. diulang IKLAN bukan logo IKLAN time nak tayang cite tuh, SO korang kate AFDLIN nie kene buat slow talk ngan GSC supaya takyah buh IKLAN arak tuh... come on... ygla jadi bangang sgt... sensitif tak kene tempat... masalah malaysian nie, sume bende nak sensitif, bende kecik pon jadi isu... so sampai bila nak maju?????

Anonymous said...

teruja juga nak bg komen...

memula pasal iklan tu..
yelah abg afdlin, poster tu abg afdlin pakai baju melayu..hensem..tapi ada lak iklan arak kat situ, nampak tak manis dipandang mata la jugak. Iklan tu jugak secara tak langsung berupaya membantu jualan arak. Dalam Islam, mempromosi arak dalam apa jua cara secara langsung atau tak, kepada yg Islam dan bukan Islam, hukumnya tetap haram. http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/2011833.html

jadi kalau boleh elak, elakkan.

ok, seterusnya tentang robin hood.
robin hood tu walaupun dia mencuri duit rakyat yg dirampas oleh sherrif utk tolong org susah, masih tetap berdosa. sebabnya, dalam Islam, tujuan atau niat tidak menghalalkan cara. Konsep Machiavelisme yang menghalalkan segala cara demi tercapainya tujuan merupakan konsep yang bercanggah dengan konsep Islam.

wallahu'alam...

Anonymous said...

I think I botched my earlier posting, so if it comes up, this would be a repetition, but anyway...

1
The Actors Studio became what it is today (successful and a significant driving force in our creative industry) through its business smarts and strategic partnerships. They created a commercial industry for theatre and are basically the people you wana train with if you are serious about theatre production and acting for plays, etc.

Carlsberg is one of their strategic alliances. (It's called marketing, and we shouldn't confuse business with our personal morals or religion.) There is no way we could do a joint production with The Actors Studio and not have their main sponsors credited on the flyer - they probably paid for the poster anyway!

2
Did anyone notice the logo for the Ministry for Culture, Arts and Heritage in the middle, right next to alcohol-serving La Bodega?

3
Oh, and in the main lobby of the Actors Studio is a large engraved logo of Carlsberg. What about all those hundreds of muslims who unwittingly entered the haram zone when they walked past on their way to the toilet? Oh no, we are all going to hell!!!

4
Does the logo itself incite alcohol consumption? That's like saying the symbol is more powerful than the real thing. So if I lose my wedding ring, does that mean I have lost my husband? If I scratch the logo off my car, does it change the model or make? ( You know arsenic comes from apple seeds, and people use arsenic to kill, I think I should get rid of my Mac before people start thinking I am a murderer ) Puh-lease!

Let's not forget that the poster is just an image, and the only purpose for this image is to get people to be aware of the show.

Let's also remember that, even though the show has a real person performing, it doesn't mean that the show is real life. Nobody sits in a large auditorium talking into a mic every day of their life. It's entertainment, it's a show, that is all it is. It may reflect a part of real life, but because it is deliberately rehearsed, planned and put on for the audience, the reality is heightened, amplified - that's theatre.

Surely none of us believe that Leonard Nimoy from Star Trek goes around in pointy ears, tight short pants and sleeps with his eyes open because he played Mr Spock?

Lighten up, people!

Onwards and Upwards!

christina

Anonymous said...

afdlin...

bagi saya, cakap byk pon tak guna. so, saya try cakap sikit je.

NIAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA.

p/s:anjing bukan haram tapi NAJIS BERAT. sebab tu tidak berdosa org islam sentuh anjing cuma perlu disertu sesudah itu. sbb selagi najis ada (tak suci)...betapa baik niat & betapa byk solat, tetap tak diterima...eh, sori. termasuk citer anjing plak.

balik pada soalan...usahalah agar mencari sumber yang halal sbb nak dijadikan darah daging. (ya, ramai yg tahu pasal hubungan baik tauke actor's studio dgn sykt minuman keras. mr big actor's studio tu pernah jadik director untuk iklan tv minuman keras tu pun..!)

ni..pesanan ikhlas sbb saya sayangkan anda. NIAT TETAP TAK BOLEH MENGHALALKAN CARA.

dan lagi...kalau kita tak begitu arif tentang isu agama...janganlah nak diperdebatkan sangat. bukan kerana bimbang menegakkan benang yang basah tapi bimbang kita menyebarkan dakyah. sia-sia dapat saham pulak.(pesanan ini untuk saya juga)

~ikhlas tapi jauh~

Anonymous said...

hello everyone esp afdlin..

this topic.. i just couldnt help myself but to write my point of view..

i agree ngan the things yasminjazilla said.. biler bab2 nak diikutkan sgt pasal haram/halal ni.. sy pun bukannya handal bab haram/halal, tapi apa la yg sibuk nak kecoh pasal logo atas poster? sapa la yg start isu nih? ishh ishh...

mmg betul, malaysian ni kalau bab nak sensitip, sampai sekecil kuman pun dia cari.. nak mengecilkan org atau nak menjatuhkan org..

come on la.. kita hidup dlm era yg ker berapa? motif arak yg patut kita jauhi ni kenapa? anda suma faham tak? just jgn minum dah ler.. dlm poster tu afdlin promote kerja dier, bukan logo tu..

suma dah besar panjang.. didikan agama rasanya dah cukup.. so pandai2 la menilaikan sendiri dgn otak yg bleh dipakai tu supaya ambil yg jernih, buang yg keruh...

tak kuat ker iman korang kalau nampak logo atas poster tu, terus nak gi beli satu and minum.. pastu nanti salahkan poster afdlin? ishh!

byk lagi cara lain atau menda2 lain yg ada depan mata suma org yg bleh buat kita tersesat atau menyimpang ke menda haram, kita sendiri yg kena kawal diri sendiri drpd buat kan? jd kuatkan lah iman di dada drpd nak salahkan org lain yg kononnya menonjolkan menda2 yg kecik seperti ni yg korang terlampau sgtlah 'extreme' mengikut kepercayaan yg kamu sendiri tak baper nak paham..

pasal tapai tu pulak... cuma proses dia saja.. drpd takde alkohol kpd ada alkohol kpd takde alkohol balik.. so ianya tak haram utk dimakan.. again tau ker korang naper alkohol ni haram? allah bukan saja2 la nak haramkan..

itu sajalah rasanya.. haha sampai robin hood pun bleh nak didebatkan..

bro afdlin.. i wish u good luck in everything u do, and bersabar ler byk2, semoga ramadhan nih dpt beribadah dgn sempurna :)

selamat berpuasa to all

Nisha Azureen Firdaus

Cipkodok said...

Saya mengucapkan bebanyak terimakasih kepada semua, Pada saya saya seronok yang banyak orang teruja untuk menjadi proaktive dalam perbualan sesuatu isu tu.

Jika kita boleh begini di dalam semua hal, mungkin kuranglah perperangan dan hasad dengki di dalam dunia ini.

Saya memang minat melihat perbualan kita semua dan saya bersetuju yang...

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA.... dan akan cuba apa yang saya boleh untuk mengelakkan daripada ianya berlaku. Semampu saya untuk mencari nafkah yang halal..... jadi belilah album saya banyak2!!! heehee

SAya juga bersetuju dengan sahabat yang mengatakan bahawa kalau kita bukan betul-betul ariff dlm bab agama ni, jgnlah kita perdebatkan sangat. Akan tetapi seperti blog yg saya tulis tu, niat saya hanya nak mengundang perbincangan dan perbincangan itu bagus untuk segala permasaalahan.

Tetapi mungkin kita mesti renungi juga apa dia didalam hidup kita yang kita betul-betul menegakkan kebenaran agama kita dan apa bahagian lain, jika ada, kita tak endahkan pulak. Saya rasa kalau kita mengikuti ajaran kita biarlah secara total. Islam is about moderation and balance isn't it?

Banyak juga video Ahmad Deedat yang gua dah belasah tengok and he always puts the point across that Islam is beautiful and i believe that.

Jgn bab nak kahwin 4 guna agama tetapi pukul bini separuh mati tak pulak mengikuti ajarannya.

GOD IS GREAT AND ALL KNOWING. Wallah hualam.
Yang buruk semua dari saya.

Afdlin

Anonymous said...

guys ...

first of all ... bile saya review balik saya punye post ... saya tak tahu la bab mana yang bulih buat hati menggelegak bile membaca. Although i did feel my replied to "swan" was more than the "usual".

And swan ... geleng kepala dok baca posting swan. Saya tak pasti apa msg yang swan cuba nak sampaikan kat saya ... tapi whatever it is ... saya tak pernah nak mengangkat diri saya lebih tinggi dari swan.

Second of all ... i thought the explanation of christina orow was more than enough (the first post, not the second one).

And third of all ... saya bukan remain anonymous, tapi saya takde blog, jadik takde username ngan password, jadik takde la terpikir nak bubuh nama ke apa. I can let you know my name or any kind of identity if you give me your email. Of course, i'd let afdlin know my name thru his email if he feels the need to.

Okay ... now back to the question. Macam orang lain dah comment, niat doesnt fully justify your action. Since everybody dah comment on robin hood, i'll use a different example.

Contoh, kita solat 8 rakaat for any solat fardu. Eventhough niat kita nak buat sehabis baik ... and maybe do more than what Rasul SAW did ... it is still unacceptable, no matter how we go around it. Kalau solat fardu tu dah dihukumkan 2,3 dan 4 rakaat, kita buat banyak mana pun or sikit mana pun tetap takkan diterima ... even kalau kita niat baik.

so to answer the question whether or not out niat plays any function in our life ... i would have to say yes, ada peranan. Especially kalau kita berniat utk buat sesuatu yang baik ... tapi tak dapat melakukannye dalam perbuatan, we still get pahala for it. And vice versa, kalau kita berniat utk buat jahat ... tapi tak dapat melakukannye (bukan atas sebab di halang, tapi atas sebab menukar fikiran), kita tak dapat dosa.

ohhh and before i go on further, saya ingatkan poster ni datang dari adflin sendiri. So that's how the comment came along. Since kalau poster tu datang dari afdlin sendiri, im assuming he's in control la of what is going to be on the poster, so i would advice him to not put the logo on there. Advice is advice ... nothing to cause confusion or riot in this blog. If i knew the poster came from the actor's studio ... saya mungkin tak cakap anything ... maybe. And my intention bukan nak menuding jari. I mean kalau nasihat pun dah dilihat sebagai menuding jari ... adulaaa ...

back to the question again ... "adakah saya menyokong syarikat itu?" ... well ... i would assume no. I dont think there is a need to elaborate on this ... takut nanti, mengundang more fitnah from orang yang saje nak make more issue out of this.

pasal baju liverpool tu ... i would say ... nak sokong boleh ... tapi tak de sebab nak pakai baju yang ada carlsberg. Something which you have control over, or have options on, then of course la you are your own decider.

Pasal movie tu semua ... i can't answer that question becoz i dont know. I have my answer, tapi saya tak leh nak tulis kat sini becoz i have no confirmation and i didnt consult anybody on my opinion (im referring to the ads in the movies and nothing else). That's also a good question since the malay mail or the Sun or maybe NST has alcoholic ads in them, and i happen to buy them once in a while.

This question ni bulih mendatangkan marah bak kata yazer. I never said in anywhere in my post yang kawan dengan cina tu haram nor did i ever imply that in any way (you can pusing my word any way you want). In fact, digalakkan kawan ngan cina atas alasan nak kembangkan agama. And still i never said anything about kawan ngan cina is haram. Saya cuma cakap yang kalau kita beli arak utk orang bukan Islam tu haram. I didnt use the example of buying arak for another muslim just becoz ... it's a given, of course la beli arak utk orang Islam tu haram. That's why la saya guna contoh beli arak utk orang bukan Islam.

What the chinese do, minum arak and makan babi, itu dia punye choice. Berkawan dengan chinese tak bermakna you redha ngan makan minum ... same goes with their belief jugak. You kawan ngan chinese, tak semestinye you redha ngan their belief. A little side note, ive heard of hadith about not joining those yang tengah minum arak (this is especially hard for me also, since my most of my frens here are non muslim, and they minum arak almost all the time).

"Bekerja di actor's studio tu haram ke?" soalan yang ni pun i cannot answer.

Bab bagi condom ni ... kalau tanya my personal opinion, im against it. Tapi kalau nak cakap haram or halal ... Allah knows best. I have no answer for this too.

rokok, alcohol, babi, anjing ... ni semua bergantung kepada how you use them. Of course, all of these are haram ... with the exception of rokok. As pointed out before, sebilangan ulama besar menjatuh hukum yang rokok ni haram. But i also have heard that from a friend who ask Ustad Harun Din for my behalf (since saya dah tak menetap jauh dari malaysia) yang rokok ni makruh yang jatuh mendekati hukum haram. He didnt say it's haram per say, tapi makruh yang lebih dekat ngan haram. Of course, kalau kita dah merokok sejak umur 15 tahun ... buat makruh tiap tiap hari pun bulih jatuh haram.

I think i got all your question. Kalau tak tu ... sila kemukakan kembali. Tapi of course, mana yang saya tak leh jawab tu, saya tak jawab. But tu pun, doesnt mean i dont have opinion about it. Cuma saya takde pengesahan on my opinion, so i keep it to myself agar tak mengundang more fitnah.

Comment saya bukan nak membincangkan samada manusia ni tak pandai buat judgement sendiri sampai terasa nak beli arak bile tengok iklan. Nor am i to discuss about the power of advertising sehingga the logo is more powerful than the real thing. Naik bas ada iklan arak pun ... adulaaa ... ive never seen one nor am i going to comment on it.

My intention ... kalau poster tu memang afdlin has total control over, i would advice him supaya tak yah la letak logo arak tu. But now i know he has no control of the design ... i rasa ada elok jugak dia tanya orang yang berkenaan kot kot kalau dia bulih take it out becoz of his personal and religious belief. Kalau bulih ... bulih, kalau tak bulih ... tak leh. My opinion only ... nothing to do with hukum.

And in my honest opinion ... takde intention nak sakitkan hati sesape ... if kita nak conquer the world, surely we will be able to stand for what we believe ...

Just something for all of us to ponder ...

p/s: baru nak write comments on what i think of your CD ... nampak gayanye, kena cancel la niat ...

Anonymous said...

hah, masih ada lagi yang baca Qardawi!! (pergi baca sejarah dia sebelum ambil fatwa2nya!!) hah, enuf said.... org islam sekarang, kena belajar, dalam hukum Islam, bukan hanya Halal & Haram saja, tapi mubah, wajib, harus, makruh dan baru haram....berhenti tengok hitam putih, tapi tgk warna-warna antara hitam ke putih.

Anonymous said...

fadz ... i dont know if your comment is aim at me ... tapi kalau ye, i suggest you let the ulama' figure that one out.

I myself ... cukup susah nak terima fatwa dari Qardawi. Tapi all i know, im quite sure Ustad Harun Din knows what he's talking about, eventhough kalau dia quote Qardawi, saya tak berapa berkenan. Tapi Ustad Harun Din, contrary to popular belief, has far more ilmu that the rest of us. He knows hukum hakam, not just from one particular mazhab ... but most of all the mazhab.

If this guy yang tau most of the mazhab can quote Qardawi and make his judgement on certain ruling, I myself pun tak berani nak kata otherwise.

Percaya lah ... kita yang kalau setakat baru baca 2-3 buku pun dah bulih nak claim kita tau sejarah ... dan bulih claim we all know more than the average ppl ... bayangkan la Ustad Harun Din yang bukan saje dah baca buku ... tulis buku pun ye ... ikut kelas pun ye, bagi kelas pun ye.

but fadz, kalau your last comment wasnt for me ... forget what i said ye :) ...

-bba- said...

...as long as we know our limits... Cheer up people!!!

Anonymous said...

1. adakah ramai orang islam malaysia minum arak sebab tgk jersi liverpool ?

2. adakah ramai remaja islam minum arak sebab logo-logo arak yang banyak di mana-mana ?

3. adakah gaji kakitangan kerajaan (termasuk ahli parlimen semua parti, semua ustaz n ustazah, semua mufti dan alim ulama dsb) di bayar mengikut akaun berasingan (staff kafir dari akaun campur-campur, staff muslim dari akaun yang hanya melibatkan transaksi halal) ?

halah n haram ni susah nak cakap, especially kalau kita masukkan unsur logik dalam perbincangan agama, kerana bagi saya perbincangan agama perlu ilmu. walau apa sekalipun, bagi saya... kita sebagai Islam lebih mengetahui suruhan dan larangan terhadap kita.

dalam isu afdlin ni.... saya rasa kalau kita dah berusaha tak nak terbabit secara langsung atau tak, tapi tak boleh gak (nak elak subahat, since subahat ni terlalu subjektif) nak buat macam mana ?

sekadar menampakkan keindahan hukum Islam...

"pekerja yang tidak dibayar gaji secara sengaja oleh majikan mencuri untuk makan dan ditangkap." siapakah yang dihukum dalam Islam ?

memang niat sahaja tak menghalalkan cara, tapi niat campur usaha insyaAllah boleh menghalalkan cara.

yang buruk hanya dariku

~mayat_harimau@yahoo.com.au~

Anonymous said...

wow! panassssssss!!!!

Anonymous said...

emm ada ke orang baca lagi tread ni?? ...kita ni hanya kena jawab @ dipertangungjawabkan kepada benda/perkara yang kita ada kuasa atasnya... ok? ...lain pada tu tak ...so memasing ada akal dan ilmu... guna la... tak sampai la perlu pergi ke tempat/negeri lain... takkan la tokey babi nak beli nasi lemak yang ko jual ko tak kasi?? ishh... kena tau bezakan haram pada benda ke haram pada perbuatan... Islam tu mudah... cuma jangan dipermudah-mudahkan... tu jeee...

kookabooras said...

Qa la Rasulullah... " innama a'malu bin niat". sesungguhnya setiap amalan disertai dgn niat.. kalau niat kita baik, baik lah. hanya kita dan Allah S.W.T sahaja yg mengetahui niat kita...

Anonymous said...

setelah membaca bberape comment i would like to post a scenario. and if possible chif kodok nye pendapat gak. what if a guy main loteri tak kira dia penah main b4 this or not. he won 1 million buckeroos and uses the money to perform haji? sedekah dan menggunakan duit utk pd jalan yg Allah benarkan?

so what u guys think?

p/s i so agree with what cif kodok said about the advert on movie.

Anonymous said...

Better diam je kalau tau salah or tak sure. Bukan apa, takut keluar fatwa sendiri.

Contoh.. wanita tak bertudung. Tak bertudung tu dah salah. Tapi perempuan tak bertudung mesti nak cakap pasal tak semestinya tak pakai tudung hati tak baik, ramai orang pakai tudung hati busuk etc. BUT still tak pakai tudung salah. Kita bukan cakap pasal hati baik ke hati busuk ke. Kalau ada perempuan pakai tudung tapi mencuri. Yang menjadi kesalahan adalah kerana dia mencuri tapi dia segi aurat tak menjadi masaalah.

Anonymous said...

Anon, it was not meant for u, it was meant for Nur.

I respect Ustaz Harun Din as an Islamic Scholar. But to see real fiqh (and this is only pertaining the Law..) work pertaining on fatwa, checkout:
siri-siri Irsyad, fatwa-fatwa tulisan majlis ulama' Brunei
&
fatwa-fatwa majlis ulama' Indonesia dan pusat-pusat pesantren.

masa aku baca tulisan-tulisan mereka, aku boleh menangis, sebab kita di Malaysia, tiada pakar rujuk fiqh seperti ini dan senang di sentuh awam. Kita pernah ada, Ust. Baharom dan soal jawab agama masa aku kecik dulu2; jitu, tepat dan senang difahami awam, tapi hanya kerana beberapa isu, ustaz mutiara ini sudah ditiadakan rancangannya.

aku sendiri tak berani kata pada afdlin (walau secara mantiknya, ia bukan haram) tentang isu todi tu, kerana aku bukan ahl' dan scholar bersalasilah, maka kalau aku baca pun dari berjuta2 buku, aku sebenarnya belajar dari Syaitan. Jadi mmg biarlah ia difatwakan oleh pakar. Kerana aku masih boleh ingat, waktu lepas SPM, aku kerja di Cold storage, aku berlawan dgn managernya, aku tak nak angkat todi, sebab 'bersubahat' menjualnya. dia jawab: "kalau macam tu, baik ko tak yah kerja, sebab duit ko dapat tu termasuklah jual todi ni.." aku terdiam..aku tanya seorang ustaz, dan dia suruh aku guna kaedah (kalau tak dapat tegah dengan perbuatan, buat dgn kata, kalau tidak, dengan hati) itu, dan di sini, aku guna 'hati' aku, dan aku percaya, afdlin pun begitu. Inilah namanya 'kekelabuan' dalam hukum Islam dan ini biasa dlm penurunan fatwa 4 mazhab pada zaman2 dahulu.

satu lagi, aku harap, kita masih sedar, apa2pun, kita masih al sunna wa jamaah di bawah mazhab syafii. Aku harap, org macam qardhawi ni yg mengaku tidak bermazhab, tidaklah patut sangat dilihat sebagai rujukan utama.

wallahu-alam-bi-sawb.

Anonymous said...

tu la pasal..
aku sendiri pun, bukan setakat iklan arak kat wayang...
tgk logo kat poster pun..
huh, dah meleleh - leleh air liur nak minum...

itu belum kira, perasaan yg membuak buak untuk buat maksiat
yang melampau, selepas setiap kali tengok karnival TV3 sure heboh.....

dan sebab tu la..
sebagai seorang muslim yg taat, kita kena bertindak...
apabila kita rasa islam terancam dengan replika teko kat besut, kita mesti musnahkan.
walaupun, terpaksa menceroboh hak orang lain.
tapi, takpe...
dosa boleh ditebus, dengan menjadi suicide bomber, macam kat bali...

cheers....

Anonymous said...

semua yang buruk datang daripada kita semua...semua yang baik datang daripada Allah s.w.t...

Korakora said...

Aku teringat pesan orang bijaksana, "Kalau tak tahu, diam." Dan aku teringat lagi pesan orang bijaksana, "Kalau kita diam, orang tak tahu kita ni jahil atau tak. Tapi kalau kita buka mulut, orang mungkin boleh kata.. Dia ni jahil tapi ngada2 nak tunjuk pandai."

Dan aku kembalikan korang dengan ayat al-Quran, "Maka bertanyalah kepada mereka yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui."

Wallahu'alam.

Anonymous said...

hish..
mana ada duit haram...
setakat ni, sume duit yang aku pernah nampak.
takde lak logo halal dari jakim!...
bahya gak kalau ada duit haram ni..
nak kena samak ni karang.... :-D

lagipun, kan ke bagus judi ni..
boleh membantu ekonomi negara...
main judi, n kalah..
padan muka!...
sapa suruh main..

cheers...

Anonymous said...

Bukunota,

I don't mean to be rude, but who are the ones who know? Even the most learned people learn from other people, and all people are fallible, none of us perfect.

Why I ask this is because I do not believe it is so simple.Of course, we must look to the good and the wise for guidance. But the good and wise can also be misled or misinformed, through no fault of their own (and if truly good and wise would admit they were mistaken through no fault of their own)

We can only perceive the knowledge given to us through our own filters (the way we think, our beliefs, our own logical process). How do we know if we have taken things too much at face value, or if we have put too much meaning into something? Two people can have the same conversation together and yet have totally different feelings about that conversation - but the conversation is neutral, it is the two individual perceptions that cause the conflict.

To be specific to the poster, the image is neutral. It is just a mixture of ink printed on paper. So many people have had so many views on the matter, as we have all read. This means our individual perceptions are so varied, and this is the only place where conflict lies.

What if we all agree to disagree? It's not about being on the fence, but rather allowing each other choice.

I believe there is more beauty to Allah and the tenets of Islam than mere rule-following, because anyone can follow the rules, but belief? That comes from courage and faith,personal determination and character. We learn all these things from our parents and family first, then our community, then our world. But on top of that, we have the power to choose, to choose whether to follow what we have learnt, or if we learnt something wrong, to choose to follow the right way.

So we all have a say in what we want this world to be, and it starts with tolerance for others balanced with a willingness to stand up for what we believe in through our own conduct.

ciao!
Christina orow

Anonymous said...

a'kum semua...membaca komen geng kodok2 membuat hati cekodok terusik...rasanya inilah senario masyarakat dunia hari ini, setiap apa yg kodok2 taipkan menunjukkan identiti dan pemikiran kodok2 sekalian...

anonymous dgn tegurannya mungkin berharap dapat memperbetulkan apa yg dimatanya nampak jelek(iklan arak diposter)..tegur menegurlah kamu ke arah kebaikan...cuma bila kita menegur hendaklah lebih jelas dan beradap agar tidak menimbulkan kemarahan yg ditegur...

kodok2 sekalian, walaupun marah, bengang atau apa sekalipun rasa di hati, janganlah dipersendakan islam dan hukum halal haramnya..perbalahan pendapat diatas bagaikan tiada kesudahan tanpa ada pihak yg mengambil iktibar dari masalah ini..

to kodok hitmann: pernah dgr kisah pelacur di zaman rasulullah saw? seorang pelacur berjumpa baginda saw kerana risau ibadatnya tidak diterima kerana pekerjaannya sedangkan dia terpaksa menjadi pelacur untuk menyara makan anak-anaknya, dan rasulullah saw menasihatinya agar meninggalkan kerja tersebut kerana sesungguhnya rezeki itu datangnya dari allah taala dan jalanNya lah yg harus kita ikuti. rasanya kalau the 1M lottery winning guy itu menuntut ilmu agama terlebih dahulu, pastilah dia akan rasa amat menyesal menggunakan duit itu untuk mengerjakan haji dan berjudi at the first place kerana amalannya itu tidak dikira malah dilaknati Allah..

tegur-tegurlah jua rakan2 berjersi logo arak/ berbaju gambar tidak senonoh yang membawa pakaian tersebut untuk beribadat kerana tujuan ibadat tersebut sendiri adalah untuk menyembah Allah taala dan bagaimana boleh kita menyembah Allah taala dengan pakaian yang tidak sekali menghormatiNya

dalamilah ilmu agama, kenalilah diri anda dan kodok2 akan lebih positif dalam kehidupan di samping mengejar kejayaan di dunia dan akhirat

Anonymous said...

hihihihi..i pity u la afdlin...
but..u need to understand..so many close minded people in malaysia nowadays..they need to open up laa...tolongla diorg nih..boleh mati kelemasan tau tak kalau aku hidop dengan org-org macam nih...erghh...dahla afdlin..
let them be....i dun give hoots wat people say...i think u should do the same thing la... :)

Anonymous said...

satu yg kita kena faham ialah jangan ingat orang yg cuba mempertahankan agamanya itu closed minded.. kadang2 kita di zaman ini cuba menghalalkan perkara yg dilarang agama di atas nama kebebasan dan berfikiran terbuka.. percayalah, jika kita mengamalkan Islam yang sebenar, kita tetap akan berfikiran terbuka, menerima modenisasi bahkan berlapang dada dalam menerima kepelbagaian dan diversiti. zaman akhir ini penuh dengan perkara syubhat. andainya ianya dapat dielakkan, maka elakkan lah.. jgn berkira sgt dalam hal ini, bimbang nanti satu hari nanti Allah berkira dgn kita juga.. saya tetap merasakan adalah amat TERLEBIH BAIK jika iklan arak itu tidak ada di dalam poster saudara afdlin. andai kata ianya tidak dapat dielakkan juga, sekurang2 nya biarlah ada inisiatif di masa akan datang agar perkara ini dapat dihindarkan.. wassalam.

Anonymous said...


individual's opinion are very subjective.

kalau niat baik... baik lah...

kalau niat jahat... jahat lah...

yang penting... benda yang kita buat tu membahagiakan kita dan orang sekitar kita...

asal tak memudaratkan orang lain... tak pe la kan...

so bro Aflin.... I loads of respect for ya.... do watever ur doing as long as it keeps u happy.

again... individual's opinion are very subjective. so why don't we just sit back and let GOD judge everything... kan kan kan?

Anonymous said...

saya sebenarnya tak suka bercakap pjg lebar tapi kali ini saya terpaksa sbb saya tak nak berkongsi saham...

1- ada beberapa komen di sini yang cuba 'mengasingkan' pegangan agama & kepercayaan dalam kehidupan harian. percayalah, mungkin boleh utk agama lain tapi tidak boleh utk agama Islam. ISLAM ADALAH SATU CARA KEHIDUPAN. orang Islam sentiasa hidup dengan cara Islam. makan - dimulai dgn bismillah, makan hanya yang halal & diakhiri dgn alhamdulillah. mati - dimandi, dikapan, disembahyang & dikebumi mengikut cara Islam bukan kerana suka2. keluar rumah, berjalan, berhibur, buang air kecil/besar, hubungan sesama manusia, hubungan sesama makhluk walaupun haiwan (ingat bagaimana kisah seorang pelacur yang memberi seekor anjing yang kehausan minum atas dasar belas kasihan & kemudian dia dijanjikan syurga?), even sampai nak berjimak pun ada garis panduannya. jadi bagaimana ada org boleh cuba 'mengasingkan' pegangan Islam atas dasar profesionalism atau perniagaan? sedangkan wujudnya muamalat itupun utk membimbing org Islam dalam dunia perniagaan. cuma ramai yang menolaknya sbb rasa hukum yang dah disediakan itu tak cukup sempurna. (mmm...siapa sebenarnya yang lebih faham erti kesempurnaan selain Dia?) dan lagi, muslim sangat beruntung sebenarnya sebab segala kegiatan hariannya yang dilakukan dengan niat kerana Allah, mereka dianggap melakukan ibadah dan mendapat pahala. even tidur (yang menurut cara dan tidak berlebihan) pun dianggap sebagai ibadah!

2 - ada beberapa komen di sini yang diletak bukan dengan niat untuk mengetahui atau mendalami persoalan tapi lebih kepada niat untuk provokasi. beberapa senario yang diletakkan sebenarnya adalah isu lama yang pasti telah berkali-kali diperbincangkan di dunia nyata.

contoh situasi yang mudah tapi selalu dikelirukan dengan sengaja/tidak sengaja:
-oleh kerana terlalu miskin Z terpaksa mencuri selipar dan baju untuk pergi ke masjid dan sembahyang berjemaah. sembahyangnya tetap SAH (jika memenuhi segala syarat sah dan wajib) tetapi perbuatannya mencuri tetap haram.
-"ini loteri kebajikan sebab tu saya beli sebab niat nak menolong", "saya cari dot dot kat lorong belakang, kesian..tu je cara diorang cari rezeki. saya langgan seorang dot dot supaya dia ada duit nak bagi anaknya makan", "tadi saya nampak sorang mamat ni nak melanggan dot dot, saya terus bagi dia kondom untuk elakkan jangkitan. lagipun lebih baik guna kondom, tak de bersepah anak haram nanti", "tadi ada pak arab yang naik kapal terbang ni minta saya tuang arak utk dia. saya cakap tak mahulah...buat dosa je! kalau dia bukan Islam saya tuangkan juga", "saya pergi oversea...naik kapalterbang Rusia (apa2lah selain yg islam). lapar sgt. steward tu hidang makanan rupanya dia letak pork dengan kuahnya. saya tepikan daging tu dan makan sayur je. walaupun sayur tu kena kuah tu tapi saya tak makan daging tu langsung!"
-semua senario di atas sangat jelas hukumnya jadi tak perlu saya huraikan pjg lebar.

3 - kadang2 kita sangat 'memilih' bila tiba isu agama. minum arak tu haram, makan ba alif ba ya tu haram. sebab tu kita tolak jauh2 benda tu. tapi dosa yang hari2 dibuat tak pula kita peduli. berapa ramai yang tak tinggal sembahyang 5 waktu sehari semalam? berapa ramai yang tak bersentuhan dengan bukan mahram tak kira di tempat kerja atau di rumah? berapa ramai yang puasa tapi cuma dapat penat, lapar dan dahaga saja sebab hanya perut yang puasa tapi lidah, hati dan fikiran tak puasa? berapa ramai yang ponteng sekolah tapi anggap benda tu cuma kesalahan kecil?(hello adik2 pelajar, ponteng sekolah sama seperti melarikan diri dari medan perang. cuba cari apa dia perbuatan yang termasuk dalam dosa besar, tak banyak sgt tapi cubalah cari!)...dan tiba2 saya teringat pada perbualan saya dengan seorang rakan beberapa tahun yang lalu.katanya "house mate aku selalu bawak pompuan balik umah sewa kitorang. tapi satu hari tu dia kata dia betul2 jatuh hati kat awek tu sebab awek tu baik..lepas buat projek, terus mandi wajib dan sembahyang. pompuan lain yang dia bawak selama ni tak pernah macam tu." err....'baiknya'!

4 - saya selalu katakan pada diri, kalau tak pasti hukumnya...jangan nak buat hukum sendiri. tapi bila ada komen di sini yang meringankan yang berat, saya jadi takut dan rasa bertanggungjawab utk bersuara. ada yg tanya, dgn lihat poster tu...boleh terliur dan terus nak minum ke...etc? persoalannya bukan betapa kuat pengaruh pengiklanan tersebut terhadap khayalak tapi apa yg telah dilakukan. arak bukan sekadar haram pada yang minum saja tapi juga haram bagi orang yang menjual, membeli, menyebar, menuang, dan segala yang berkaitan dengannya....termasuklah mempromosi tak kira sama ada promosi itu berjaya atau tidak. dan, kalau kita ada kawan bukan islam yg nak minum arak, jangan rajin2 nak tuangkan arak utk dia....cuba seboleh mungkin utk mengelak daripada berada bersama2 dengan org yg sedang minum tu. sbb Tuhan bila nak bagi rahmat, Dia bagi pada yang terpilih tapi bila Dia nak turunkan bala, Dia boleh turunkan pada semua.

5 - ada beberapa komen yang menampakkan sikap mengutamakan kepercayaan yang lain berbanding agama kita sendiri. mengapa senario begini timbul? sepatutnya dalam apa saja situasi, Tuhan adalah keutamaan kita. Ini bermakna agama juga adalah keutamaan kita. Ingat bagaimana Nabi Ibrahim sanggup 'menyembelih' anaknya kerana Tuhan? tapi zaman sekarang, ramai yang sanggup 'disembelih' kerana anak.

fikir sejenak,

setiap seorang perempuan yang masuk ke neraka, dia akan membawa 4 saudaranya masuk bersama. setiap lelaki Islam bertanggungjawab ke atas ibunya, isterinya, adik beradik perempuannya dan anak-anak perempuannya. jika salah seorang dari perempuan ini masuk ke neraka, saudara lelakinya akan mengikutinya. saudara lelakinya itu termasuklah bapanya, suaminya, adik beradik lelakinya dan anak2 lelakinya. jadi, tak salah seorang lelaki membimbing dan menasihati ibunya, isterinya, adik beradik perempuannya dan anak2 perempuannya untuk mentaati hukum Tuhan kerana jika tidak, mereka akan menjadi beban baginya di akhirat kelak.

sebuah rancangan realiti tv. seorang peserta perempuannya yang bukan Islam diwar2kan pegangan agama dan kepercayaannya. lantas bagi menghormati pegangannya, dimaklumakan kepada semua yg dia tidak boleh memakai subang dan rantai leher. dalam masa yg sama, seorg peserta lelaki rancangan tersebut yang dipercayai agak alim berbanding peserta yg lain dan diketahui pegangan kepercayaanya tetap dipaksa menari berpimpin tangan dan sengaja disuruh penari wanita mengusap pipinya tanpa kerelaannya. dan peserta2 wanita lainnya dibiarkan melanggar ajaran agama dgn mendedah aurat (malah ketika musim pertama dulu, peserta2 perempuannya tak pula memakai pakaian tak cukup kain?) di sini, siapa yang lebih dihormati dan siapa yang dianaktiri. mengapa kepercayaan agama sendiri tidak mendapat keutamaan sepertimana kepercayaan agama lain?


6 - sila fahami bahawa Islam sangat indah dan penuh keadilan. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. islam itu mudah tapi jangan diperlekehkan. was-was itu mainan syaitan jadi bila kita was-was melakukan sesuatu kerana tak pasti ia halal atau haram, lebih baik kita tinggalkan perbuatan itu.

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Menghadirkan diri di majlis ilmu jauh lebih besar pahalanya daripada membuat sembahyang sunat. Sampaikan ilmu agama walaupun hanya sepatah.

Kalau kita dah cuba lakukan semuanya tapi masih tak dapat menghalang kemungkaran itu daripada berlaku, kita masih boleh menggunakan iman kita yang paling lemah. Jangan meredhai kemungkaran itu. Iman banyak tahapnya cuma ingatlah yang selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati!

Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan segala yang buruk datangnya dari saya sendiri. Segala pesanan di atas saya tujukan untuk diri saya juga. Wallahualam...

lawak sikit (sekadar hiburan tak de kena mengena dengan sesiapa):

X : aku nak buat dosa, aku punya pasallah....kubur lain2. yg ko sibuk apahal?
Y : memang kubur lain2 tapi kalau ko kena zasss nanti...terpekik terlolong..memekak....kacau aku jugak nanti!
X : ????

Afdlin, baik buat topik baru yang jauh dari isu ni...kalau tak blog u ni jadik blog soal jawab agama pula. ;)

~ikhlas tapi jauh~

Anonymous said...

in response to ms christina orow:

'people who know' (or 'ahla dzikr') are people who have had thorough training and education in their respective fields. In other words, if you need some advice on the economy, you don't go to an ustaz, you go to a economist. The same applies with Islam, we seek advice from those with proper education on the subject.

Partial knowledge is much more dangerous than total ignorance

Anonymous said...

Nu'man ibn Bashir reported that the Prophet said:

"The halaal (permissible) is clear, and the haraam (forbidden) is clear, but between the two are matters which are doubtful to many people. Therefore, whoever avoids these doubtful matters clears himself in regards to his religion and his honour, but he who falls into doubtful matters falls into the haram (forbidden). [He is like] a shepherd grazing his sheep at the edge of a sanctuary, about to cross over the boundary. Truly, every king has a sanctuary, and Allaah's sanctuary is His prohibitions. Truly, there is in the body a morsel of flesh, which, if it be wholesome, the entire body is wholesome, and if it is spoilt, the whole body is spoilt. Truly it is the heart."

Anonymous said...

Afdlin,
when i first buat "teguran" or comment on the first poster, saya bukan mempersoalkan whether your acting or you buat theater or masuk Actor's Studio tu haram. Nor was i saying that makan minum dari acting tu or anything in between tu haram.

I first made that "teguran" hanya lah ... specifically about the logo on the poster. Nothing to do with your pendapatan atau makan minum.

And i think, ... maybe you and other bloggers salah paham my comments.

I didnt mean to make this section tempat bersoal jawab tentang agama. Malah jauh sekali, memandangkan blog ni bukan pasal agama, and mostly entertainment. Didnt realize there are so many ustad and ustazah kat sini.

Webber

Anonymous said...

to Miss Christina Orow

yes, you're right. it's not that easy. right now i'm assuming that you're a non-muslim and you do not have the mindset that we muslims have regarding this 'halal-haram' matter.but please, correct me if i'm wrong about you, or if i misunderstood what you wrote. i am openly open to corrections and critism.

the thing is, when you said that the logo is just a matter of ink and paint. let me put it this way.why in the world would calsberg pay thousands even millions to actor's studio or in liverpool or any other parties just to have their small logo there?if 'It is just a mixture of ink printed on paper' as you've said, then the reason is calsberg have too much money and they're trying to finish it.

truth be told, that's advertising.from the classifieds to a centrefold in newspapers, to 30 seconds of ad during primetime, to ads before movies, to ads within the movie itself (cuba kira berapa banyak filem melayu ada nona roguy? just joking), marketing works. they aim at a target and their aim is true.

so even a small logo which is only visible under close scrutiny does help the calsberg's marketing strategy.THAT, is what we're no agreeing about.

so miss orow, please understand why some of us who are mad about this matter, and shose who i think have been conditioned to seeing the logo everywhere and accepting it as a norm (which is what i think calsberg's marketing strategy, just to name one, is all about). and THAT, in a self proclaimed MUSLIM COUNTRY, is unthinkable.

but then again, Malaysia might be just a country with Islam as its official religion. in that case, then go on with the logo.

dJ phuturecybersonique said...

pizzarebus: heheh! in case ya don't know yet, christina has a husband and his name is afdlin shauki ;)

OrenZ said...

mr fadz..

aku dok follow apa yg korang tulis, sampai lah bila ko tulih ko menolak qardawi sebab dia claim dia tak ikut mazhab..

well, this is my 2 cents laa, aku pon tak terer sgt, tapi dari kecik2 lagi aku dok terpikir naperla kit aberpecah menjadi mazhab2 ni.. sedangkan islam tu satu.. zaman nabi takde mazhab2 ni nyer..

sampai la aku abaca buku ni, tulisan abu ameenah bilal philip, tajuk dia the evolution of fiqh.. then baru ler ko akan paham macammana diorang boleh mencipta mazhab ni.. so pada aku, we r muslim.. satu jer, and try to go to the most authenthic source.. so takyah ler stick to one mazhab, but macam harun din jugak ler.. try to understand all rulings.. and the spirit of why certain scholars tend to make certain fatwas..

pls.. god bless us all!
(i never claim i follow mazhab shafie.. i try to follow what's practised by rasulAllah..)

Anonymous said...

thanks redz, for the info, so i am here to correct myself.

sorry MRS AFDLIN, i was not informed. please dont take this to the heart, it was a sincere mistake.

but then i still stick to the other part of that mistake, regarding the advertisement.

again i apologise deeply to you, MRS AFDLIN, and to you too, MR AFDLIN.

Anonymous said...

Hi PIzzarabus,

Don't worry, I am all into the spirit of discussion for the sake of discussion, and please don't let it make a difference to your opinions who I am anyway!

I actually agree with you about your reference to my ink on paper thing, it's just that I was referring specifically to our individual reaction to what we see everyday. On a larger scale, yes, there are the pitfalls of commercial advertising from a moral standpoint. For example, the effect of beauty products advertising, which give out the signal that to be desirable means to have whiter skin and be stick thin.

The effects of advertising are insidious - which is why I insist that our individual response to it is key. As to the Carlsberg issue, I stand by my view that every individual has control over their reaction to it. We cannot say that an image incited us to do something. The truth is that we react to stimuli and how we react is determined by the strangth of our character.

Please, please don't withold your opinions or apologise for them because of who I am married to - I'll never get an honest opinion then! Sorry, but I'm leery of that kind of behaviour, it happens so often!

I can't really speak for Afdlin but I think he doesn't believe you owe him an apology either - but we both appreciate it anyway.

Thanks,

Christina Orow

Pai said...

i like christina and anonymous comments. That's discussions!!

to others, pls put aside ur emotional part. Jgn buat 'teori2' sendiri, lebih2 lagi pasal agama.

ada 3 golongan manusia: org yg tahu dia tahu, org yg tahu dia x tahu dan org yg x tahu dia x tahu..mintak2 kita jgn tergolong dlm golongan yg ke-tiga.

Anonymous said...

...emmm betul cristina orang ni memang macam2... ada yang lemah... ada yang kuat... jadi harapnya... kalau tak de iklan yang sebegitu... maka golongan yang lemah dan atas pagar ini tak terjebak... other than that... i agree with u...

Anazam said...

just let think it in a simple way..dengan meletakkan logo tu, ia mungkin akan mengingatkan or alarmed orang yang melihatnya untuk mendapatkan barang tu walaupun dia tak berhasrat untuk mendapatkannya sebelum tu. This situation made you, the owner of the poster, reaponsible for driving him/her to consume it eventhough indirectly. And thats made the logo haram tu be put there.
and lets notice that different situation has its own hukum and status. so, jgnlah kita samakan hukum meletakkan logo tu dengan hukum menyokong kelab liverpool dlm kelas yang sama walaupun ia melibatkan isu asas yang sama. The definitions and treatment for each are different because Islam is so complete with its pengertian, hukum dan syarat. Renung-renungkanlah...

Anonymous said...

christina orow:

"Please, please don't withold your opinions or apologise for them because of who I am married to - I'll never get an honest opinion then!"

don't worry, the reason i apologised was for the assumption i made.i will respect your opinion, and if it contradicts mine, i'll say so.

but i really felt bad for the assumption i've made.its a heavy assumption, and i'm glad someone corrected me before its too late.

again, my deepest apology to you...

regards pizzarebus

Anonymous said...

orenz, im really sad... only 1 question...what is ur stand on ur nenek moyang, who are, from generations to generations (before the kaum muda activist in the 20s(?) ) are syafiis...?

to tell u the truth, i have read amina phillips books before, before i know about wahabi (she is one apperently, this is why we need to know the history of a writer before reading their works, to see their agendas and belief, i dont like qardawi futhermore, he says 'its ok' for palestenians to have suicide bombers, which is definitely wrong, read this: http://www.livingislam.org/maa/dcmm_e.html, written by my brother, a fiqh scholar in oxford), and how this 'new movement' is trying to change the usual form of islam we use to know (buat tahlil, ziarah kubur, berwirid, berselawat..if u want to see a practice of wahabism, go and pray in an UIA mosque, even a guy with a tasbih will get a 'tegur').. then i realize the mistake i've done, for learning only by reading tru books, not searching a teacher (and even Rasulullah s.a.w., his teacher was Jibril a.s. who taught him to 'read'!). Thus that is when my journey of knowing what is hak and what is batil was shown in front of me, and realized that, our 100 years of 4 mazhab has brought a lot of development in either dunya or spiritual matters (look at what our ummah acheived in those times in science, philosophy, economy, etc in contrast of this time).. only allah know best.

to check out more on this, try checking out Imam Hamza Yusof's tapes on why we need the 4 mazhabs (and this is only by fiqh, we are not even talkinig about the beautiful variants of mazhab in tauhid and tasawuf of classical islam) and why we need to stick on only one (but it doesnt stop us to learn of other mazhabs to, so that we know and understand other ppl better, and have some respect on others).

its ok..i leave it to u on ur journey to seek the truth, as what i have gone trough..

to read real good 'classical'
islam text btw, u can check out:

http://anakalam.blogsome.com/
http://www.livingislam.org/

shamaine said...

aiyo people..why you all so narrow minded??? so sad la...

Anonymous said...

fadz ... you mentioned "she" ... i thought amina phillips (or bilal philips as he is known here in US) is a "he" ...

i tak tau la you punye experience with wahabis macamana ... tapi kalau you tanya diorang ... sorang pun tak ngaku diorang wahabi. They would prefer the term salafis. Becoz wahabi is actually an oxymoron but im sure you already know the history of wahabi/salafi.

But my reason on commenting is ... susah nak label someone if he's a wahabi, salafi, shafie or etc becoz even in wahabi mazhab itself, the ppl might not consider bilal philip wahabis. So i think selagi dia tak profess himself on his creed ... i dont think we should. But then again ... kalau you have evidence of him professing that he's a wahabi ... then forget everything i said.

Ustad Harun Din pun ada quote Qardawi on suicide bombing (i was there in his class, bukan buat cerita or khabar angin), tapi dia mentioned only for specific syarat (though he didnt mention what those syarat are). I myself, against suicide bombing, tapi i tak discredit Qardawi altogether.

My masjid is filled with all these salafis/wahabis. So im very much aware of them. Pendek kata ... setakat tasbih tu ... memang bulih buat gadoh lah. Tapi i respect them becoz they do it for a reason. They might be strict/harsh on certain issues, tapi most of them always have a reason on why they do a certain action, even if we view it as wrong.

Tapi from my experience, selalunye orang orang macam kita yang 4 mazhab ni yang selalu naik angin ngan wahabis/salafis ni. Kengkadang i tengok, bile diorang tegur ... orang yang ditegur tu selalu naik angin. Tapi takde pulak nak come up with reason why you dont agree. Lepas tu, pegi belakang all these so called wahabis/salafis, lepas tu kata si wahabi tu terpesong lah, itu salah lah, ini salah lah. Ive seen these ppl berdebat ... bile one say something, the other balas balik ngan dia punye reasoning. Tapi kalau amik sorang wahabi ... lepas tu panggil la sorang shafiee ke, hanbali ke ... jadik macam anjing ngan kucing. (this story bukan intended for you fadz, just sharing my experience).

so next time somebody tegur you on tasbih or prayer beads, have an open mind and reason with him on why you insisted on using it. Ni baru kita panggil open mind, bukan baru voice one's opinion, dah kena cap narrow minded.

anazam ... nobody ever said anything pasal menyamakan logo arak ngan menyokong liverpool. Pakai baju liverpool takde logo carlsberg takde salahnye. Read up!

webber

Anonymous said...

assalamualaikum bro chif kodok.. eheh...
pada pendapat saya...kalau kite sokong liverpool takde la kira bersubahat... tapi kalau pakai jersey liverpool dah kira bersubahat, walaupun kita sokong manchester united...maaf kalau salah tafsir.hanya 2sen aku...apa pon.. man utd ngan liverpool tak best.. mukkekekeke...

ikanblues said...

Chief,

Yang Halal itu jelas, dan yang Haram itu jelas. Ada perkara yang duduk diantara kedua-duanya; Yang Subahat.

Hitam; Putih; Kelabu.

Disini ingin saya berkongsi apa sedikit yang saya tahu.

Surah At-Talak ayat 1 -2:
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka (Allah) akan menunjukkan kepadanya jalan.."

Soal apa dan bagaimana taqwa (melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya) itu mungkin Encik sendiri harus mencari agar lebih afdhal.

Bukan mudah. Memang.

Tapi percayalah, bagi setiap apa kesenangan yang kamu tinggalkan atas jalan Allah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

***
Niat.

Apa-apa sahaja yang kita lakukan, niatkan kerana Allah.

Firman Allah "Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembahKu"

Dalam doa iftitah pun kita ada membaca " ..sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah Lillahi Taala"

Seluruh aktiviti kehidupan adalah ibadah. Bukan Solat sahaja. Jadi, sebenarnya tidak ada pemisahan dalam soal agama dan dunia.

***

Walau bagaimanapun, Kalau tak dapat dibuat kesemuanya, jangan ditinggalkan semua.

***

Niatkan kerana Allah. Insyaallah seluruh hidup akan jadi ibadah.

Wallahu'alam

encik_roy said...

cam ni jek la abangkodok..gua bukan terrer pun bab agama tp gua tahu ada 4 golongan yang berdosa jika disabitkan ngan arak...1 - Org minum arak. 2 - Orang hidang arak 3 walau x minum arak. 3 - Org bekerja dgn arak walau x minum arak. 4 - Pembuat arak...So, pepandai la lu kategorikan diri lu samada termasuk atau tak. Gua pun sama kena peringat diri gua ni

Anonymous said...

ok webber, ill take ur advise..yes, there ia a pondok somewhere in selangor, a picture perfect pondok, because in that pondok, the 4 mazhabs (including ppl outside malaysia comes and study there) and the wahabis can be together, learn together even though their 'beliefs' are different.. i myself will never be converted to wahabis even though, subhanallah, i have been 'dekat' by them, so let it be 'my thoughts are my thoughts, and ur thoughts urs'..im still a syafii and i still love other ppl (even an atheist, if u check my blog..)..to the other syafiis and hanbalis in ur mosque, i hope they become cool guys, and not fanatic enuf like what we see in iraq today (sunnis fighting syiahs)..it is very hurting, living in times right now..ok webber, be in peace, and love u.

Suzie said...

Abang Kodok,

By logic, if it is within your ability to control, than you should be liable. If not, nak buat camana kan. Allah lebih mengetahui. And best to pray and ask forgiveness as he is Merciful.

I'm sure Allah do not wish to make things complicated. Islam is meant to be simple and practical.

Dulu Uztaz kat sekolah agama ada cakap that untuk perkara yang buruk. We need to hindir through three means. Action, words, & intentions. If you cannot hinder through the first two means, than maka cukup dengan membencinya dalam hati.

But, I'm one of the people yang tak bertudung. Who am I to preach? Call Jabatan Agama Islam & tanya. Pening tengok advice macam-macam. Silap-silap ada yang sesat kang.

Anazam said...

Anonymous,
Yang saya highlightkan kat situ sebagai contoh sahaja sebab afdlin sendiri mengemukakan beberapa soalan dalam membincangkan hukum halal haram ni. Anonymous jgnlah terlalu emosional sedangkan kita disini untuk berdiskusi. Afdlin patut bangga sebab blog ni dah jadi satu medan diskusi yang sihat cuma kalau nampaknya arah perbincangan agak terpesong, ada baiknya afdlin buat sesuatu untuk tutup topik ni supaya diskusi yang memberi ilmu membawa berkat ni tak jadi tempat menambah dosa bagi sesetengah ahli.

p/s anazam sekadar memberi pandangan bukan ahli bijak pandai membicarakan hukum hakam agama.takut nanti bertambah dosa yang dah tak tertanggung ni.

Anonymous said...

byk ilmu tak tahu jadi kene tanya. sesibuk mana cuba join dgr kuliah agama sekali sekala. jumpa ustaz tanya kemuskilan. Jangan pakai logik saja. Setiap yang kita rasa susah tu satu dugaan. Dengan keberkatan rezeki kita. mudah dunia dan akhirat. InsyaAllah.....
Mmg afdlin takde niat nak promote arak pun. Tapi dah depa yang letak kat poster tuh. tapi dia boleh ja mintak those thing to be removed. Susah ka afdlin nak buat? :-) ini ujian kecil. blom diberi ujian besar nanti. Jadi saya doakan semoga kita diberkati apa2 pekerjaan yang kita lakukan.
it's not about open-minded or closed-minded. Islam itu mudah and a muslim u should know how to hanlde the situation. 10 tahun dulu aku kene buat "sport toto" nyer result system. aku tolak baik baik kat bos aku cina tuh. aku cakap kat dia, aku mintak maaf sbb tak leh nak buat sbb aku rasa bersalah kat agama aku, dan aku asked for another job. Dia OK saja. So sebenaqnya in this case. cuba lah dulu. Jgn menyerah kalah terus and let it be. cuba lah mengelak semana yang mampu. yang penting usaha. dosa pahala tu, tadak sapa yang tau. antara org tu dgn tuhan. Tapi apa apa pun jgn sesekali menghalalkan yang haram. eh dah start samarinda inspirion la. aku nak layan haha

Anonymous said...

Hek eleh...peduliklah!

Anonymous said...

Well said, afdlin.

Anonymous said...

Salam.

Sewaktu Rasulullah SAW menghantar temannya berjuang menyebarkan Islam, Baginda berpesan, "Islam itu mudah, maka permudahkanlah."

Nak share sikit tentang mazhab & hukum tentang Qamar (arak),. Baliklah pada Hadis dan Al-Quran. Sebenarya lebih dari 4 mazhab yang wujud. Antara Mujtahid mutlak (mereka yang berkebolehan membuat hukum) iaitu - Imam Hanafi, Maliki, Syafie and Hambali, wujud perasaan hormat dan menyayangi antara satu sama lain. Malah ada yang sempat belajar antara satu sama lain. Islam sangat Indah. Kaji dan hayatilah.

Bro Afdlin,
Saya dapat merasai keadaan anda tentang logo tu. Pernah bertanya pada Ustadz dari UTM (dalam klas Sijil Pengajian Islam) tentang apa yang dilarang tentang Qamar.
Ada yang cakap tentang kerja di supermarket dan tak mahu angkat todi - Sebenarnya apa bisnes supermarket tu? Kalau hanya jual todi, memang 'haram'. Tapi jika supermarket biasa dan arak merupakan hanya segelintir kecil dari pendapatannya; serta itu memang pekerjaan anda, teruskanlah.

Jangan sempitkan fikiran kita. Biarpun niat tak menghalalkan cara, niat tetap penting.

So Bro Afdlin,
To me, the logo is not important. Your show is not using liqour nor are U promoting it. Get on with it!

Yang benar dari Allah yang salah dari saya sendiri.

Sharifah

Anonymous said...

mcm ni lah senang citer,
rebut lah 5 peluang sebelum dtg 5 yg sebaliknya
1.lapang sebelum sibuk
2.sihat sebelum sakit
3.muda sebelum tua
4.kaya sebelum miskin
5.hidup sebelum mati
ni hadis

yg extra2 dlm zaman moden nih korang tmbahlaa sendiri..

so dalam kes nih, benda2 syubhah ni toksahla beria2 sangat discuss..ketinggalan beb!!merugikan sistem saraf otak jer..sbb yg jelas haram jangan dibuat, yang jelas halal sila buat..yg terletak antara kedua halal dan haram tuh, lantak pi lah..sini lah gunanya otak yg berfungsi dan otak udang..baca lah sekian byk hadis dan quran tp otak takmo pikir, kurang berguna jugak..ok sekian!!

hqa said...

Hmm. Memang lah Poster tuh mempromosikan Company arak tuh, tapi bukannya company arak tuh dapat free free promosi tuh lah pulak kan.

Tapi aku pun bukannya pandai sangat pasal hukum. Hmm.

Anonymous said...

bro...ntah laa...gua pon kat sini(study in Japan)selalu minum ice tea yg mane brand nyer adalah KIRIN(brand arak terbesar kat sini). sblm beli n minum air tu, gua dah check dah kandungan die ade buh arak ke tak.and for sure xdela....huuuuu...ntah laa...gua rase dunia dah nak kiamat...wallahua'lam

Anonymous said...

tak tau mana ilang komen saya.

fadz,
Hamza yusuf pun tak bersetuju kalau org terlalu menolak langsung pemikiran 'scholar' muslim yang lain, (refer to his talks on 'Islam and Civilisations)He said, learn from them, don't just dismiss all their opinion coz some of them are correct. He advise us not to judge them but think about what they have said. even prominent ulama pun ada mistakes. we are only humans.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ok, saje nak igtkan semua point2 penting:

1. jangan nak buat kenyataan yg mcm mencabar agama. mcm..adeke pakai jersey/topi/ape2 saje berlogo nih bole membuat org lain teruja.....kita rasa kita tak, tapi berkesan benda tuh utk org lain. lebih baik jgn. mcm org tak menutup aurat. kita rase kita selamat, tapi kita tak pikir nafsu org lain. mcm nik aziz ckp, fikir nafsu org lain sama.

2. hujah agama berlandaskan al-quran, hadith, sumber islam yg sahih. hujah followed by source lg bagus.

3. kalo taktau, bertanya. berat hukumnya menyebarkan benda tak pasti, yg dibuat atas fikir diri masing2, kemudian digunapakai org lain. kalau benda tuh salah, masyaAllah, camner nak jwb nnt.

Akhir kalam, kita ada byk lg sumber nak bertanya. So, buat benda2 yg baik shj. Kalau tak tahu, mintak keampunan dari-Nya. Allah mengampunkan dosa org yg taktahu insyaAllah, bukan pura2 taktahu ek.

sorry takde akaun - email:otysm.outkast@gmail.com

Anonymous said...

this is one of the best soal-jawab agama i ever read. Bravo Afdlin!!!! This is good, more people are concern about their religion.

I believe rezeki ada di mana2, walaupun tak dpt sponsor haram, kita masih boleh berjaya jika Allah merestuinya. Allah boleh beri rezeki bila2 saja dan boleh ambil balik dgn sekelip mata. Bila kita diberi sakit, pokai, susah... ingatlah bahawa mungkin kita ada membuat Allah marah...

Insaflah wahai ummat dengan tujuan kita dilahirkan di dunia dgn matlamat menuju ke syurga. kalau nak syurga dunia saja, up to you.

Saya percaya Allah kurniakan rahmat pada chosen ones and turunkan bala to all (ambil iktibar dari Tsunami, taufan Katrina, earthquake...). Jika Malaysia dilanda ribut taufan, gempa bumi... bukankah the actor's studio pernah dilanda bah? (mungkin kebetulan, maafkan saya)saya juga pernah menonton teater di situ masa remaja dulu, setelah saya besar... saya cuba elakkan. saya hanya mampu menonton teater di matic, istana budaya dan tv saja. mungkin afdlin boleh buat cd dan jual di sini.

Anonymous said...

cite banyak tak guna.. nak cari salah orang mmg senang.. kita patut mulakan Ijtihad iaitu critical thinking.

sesuatu untuk kita renungkan bersama :

"Believers, conduct yourselves with justice, and bear true witness before God, even though it be against yourselves, your parents, or your kinsfolk"

- Koran 4:135

sara.aum@gmail.com

Anonymous said...

merokok mmg haram,sebab ia memudaratkan.sama spt arak dan dadah.tapi ramai muslim di msia tak tau.

Anonymous said...

bro, aktually the reason bagi kondom kat mat gian & cur tu sbb taknak diorang merebakkan penyakit hiv dorang kat orang lain. senarionya begini mudah, simple math; mat gian isap dadah tepi jalan, kongsi jarum ngan mat gian lain yg ada hiv, balik umah, jumpa bini, bersenggama, bini dapat hiv, bini pegi keje, tak sedar ada hiv.

itu baru bini, blom anak lagi. mungkin anak tu bercampur dgn anak kita. jadinya, benda2 cam ginila kenapa pemberian kondom & jarum tu aku sokon.

sebanarnya aku baru folo blog encik kodok afdlin sbb terbaca dlm paper baru2 ni. tak tau pulak komen aku ni masuk ke dak dgn topik yg terpenghabisan dickpkan kat sini. kalau tak masuk, blasah jek la.

Anonymous said...

ustaz malaysian studies saya kata kalau pakai baju liverpool maksudnyer promote carlsberg kat orang lain and unconsciously the person who looks at it will 'want' to drink beer....hmmm...entah..gue pun tak tahu..im not a liverpool fan...but i cant wait to watch 'why you still fat' arak or no arak.

Anonymous said...

tampal la logo carlsberg yg ada dekat jersey liverpool tu dengan kain perca. question is..brape ramai sangat that would do such thing?

- spanker

Anonymous said...

setahu saya ...x semua jersi liverpool ada logo calsberg pada jersi cuma font ajer nampak cam carlsberg mungkin untuk menghormati negara islam atau peminat beragama islam...so liverpool club pun tahu sensitiviti setempat ini kan kita....

Anonymous said...

giggil said...

pada saya penajaan tak haram yang haram tu perbuatan. kalu yang haram tu kita buat atau makan dan minum, haram la jadinya. abis tu kerajaan kita nie pun haram la, sebab kerajaan pungut cukai/tax dari company perjudian spt. kasino,no.ekor,arak dan penternakan/pemborong/pembekal khinzir, sikit sebanyak pun ada juga menyumbangkan kepada pembangunan negara kita beb...

Anonymous said...

wtf bising pasal ni.tolong la wei.. yang fundamental tu bagi la ruang sikit dengan yang liberal. rakyat malaysia bijak2 da semua skrg. yang asik komplen pasal logo tu cukup la tu..ada org yang komplen no 1. tapi takde sumbang apapun pada industry ni.kalau taknak logo tu kat situ, senang saja.. jadi la penaja.

Gurangak amat

Unknown said...

SALAM... NI APE NI GADOH2 NI.TAK PAYAH GADOH LA YG PNTING SEMAYANG TAK TINGL ,JAGA NAFSU N HATI DAH LA.
KLAU NAK PAKAI BJ ADE LOGO MINUMAN KERAS TAK PE JGN D MINUM DAH LA.LGPUN AL QURAN KATE JGN MINUM MINUMAN KERAS BKN JGN PAKAI LOGO MINUMAN KERAS.
TERPULANG PADA NIAT LA.U SOKONG LIVERPOOL ATAU PENAJA?
INI PENDAPAT JE.ROJOK PD USTAZ . MOHON MAAF KLAU SILAP