Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Saturday, May 02, 2009

Jangan Lupa Malam ni AIM ke 16!!!

Industri muzik adalah sesuatu yang amat dekat di hati gua. Gua di lahirkan dengan hasil muzik bapa gua yang merupakan seorang pemuzik jazz lama punya yang bermain keyboard dan piano. Penglibatan gua secara professional dalam industri muzik juga adalah sebagai Penyanyi. Menyanyi bersama Shiela Majid, Zainal Abidin, Allayarham Zubir Ali, Amir Yusoff, Azman Warren dan Prema Lucas. Di situ jugalah gua bertemu dengan member baik gua PACAI, bekas pemain bass ekamatra.

Pendek kata kalau industri muzik ini boleh menampung keluarga gua, mungkin gua tak masuk dalam bidang perfileman. Dan sebab itu juga semua filem gua, gua mengambil kesempatan untuk menulis sekurang-kurangnya satu lagu agar dapat melepaskan rindu terhadap dunia yang memang gua sayang sangat.

U-wei pernah berkata pada gua masa dia tengok gua perform at one of the clubs in KL dulu (sewaktu tu gua belum lagi terfikir pun nak jadi filmmaker), Apa you boleh capai sebagai pemuzik dalam 5 minit, aku perlukan 2 jam untuk menyampainya kepada penonton. Sekarang ni aku dah jadi macam dia.

Tapi fikirkan the POWER of a good song dan bagaimana ia boleh memberi efek kepada mood kita, keperibadian kita, serta semangat kita. Ia trbukti yang lebih ramai orang lebih minat mendengar muzik daripada ceramah. Sebab itulah kerajaan mengambil keputusan untuk ban lagu-lagu yang bersifat terlalu politikal, ekstremis serta boleh menyonsangkan .... tetapi malangnya kita punyai budaya yang tak suka menghargai apa yang kita suka, sehinggalah ianya tiada pada suatu hari nanti. Band-band seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, Estranged dan banyak lagi akan pupus kerana tidak ada sokongan sepertimana band-band baik seperti Innuendo, VE dan banyak lagi. Jadi bila0 kita dah tak ada band-band ini barulah lengkap dominasi muzik luar dalam negara ini dan syarikat-syarikat rakaman gergasi di Malaysia ini akhirnya berjaya dalam objektif mereka yaitu untuk menjual artis-artis antarabangsa sahaja.

pada ketika inilah kita patut mencontohi industri muzik indonesia dan thailand yang walaupun apa berlaku, apresiasi mereka pada industri tempatan mereka amat kuat. We can do it too.

Beli muzik tempatan yang anda suka! jangan beli cetak rompak! Jangan muat turun secara haram, kalau betul minat sokonglah member-member gua dalam industri muzik. KITA BOLEH MELAKUKANNYA DAN BANGKIT DARI KEMELUT INI.

LOVE OUR MUZIK.

One Malaysia, POWER TO THE PEOPLE!

Afdlin Shauki

47 comments:

DandelinoiD said...

yeah, be the 1st!

PARPUKARI said...

BRO, GUA SETUJU DGN LU BRO, KALAU LU MINAT ARTIS ITU SECARA GENUINE, LU MESTI BELI ORIGINAL PUNYA! AYUH, KAWAN2 SEMUA, MARI KITA NAIKKAN INDUSTRI MUZIK KITA! MEREKA PERLUKAN KITA! BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA! BRO, BUKAN MUZIK SAJA, KALA ADA TAYANGAN FILEM PUN, KITA KENA SUPPORT JUGAK! TONTONLAH DI PAWAGAM! SIAPA NAK MENAIKKAN ARTIS MALAYSIA KALAU BUKAN KITA! KIKISKAN SIKAP ANTI LAGU DAN FILEM TEMPATAN. KITA ORANG MALAYSIA, KITA PATUT BANGGA DGN PRODUK KELUARAN KITA. ALL THE BEST TO YOU BRO AFDLIN, GUA AKAN SUPPORT LU FOREVER BRO!

Your Average Mat said...

bawa music kita keluar pun rasa dah boleh dah. Macam hujan, uncle hussein bleh tahan la. best best lagu dia. Lagu tak leleh sangat. hehe..

CS @ Mama AA's said...

bro yg plg sya igt lagu bro yg dlm cite buli kat spital gile hahaha yg jalil hamid nyanyi ekeke kelakar tp best. eh yeke? lagu bro tu hehehe

CS @ Mama AA's said...

bro yg plg sya igt lagu bro yg dlm cite buli kat spital gile hahaha yg jalil hamid nyanyi ekeke kelakar tp best. eh yeke? lagu bro tu hehehe

CS @ Mama AA's said...

bro yg plg sya igt lagu bro yg dlm cite buli kat spital gile hahaha yg jalil hamid nyanyi ekeke kelakar tp best. eh yeke? lagu bro tu hehehe

MOLY said...

all the best to u bro !!
;)

RadioAtok said...

Aflin,

Waktu zaman Roslan Aziz Production muzik melayu melalui zaman perubahan yang hebat. Tapi tak kekal lama. Waktu tu gua masih di ITM Dungun/Shah Alam. Konsert dua pegi tengok kat Stadium Merdeka macam konsert orang putih, hebat Melayu. Waktu smabung degree kat UK 1993-1996, gua pegi tengok concert UB40,Eric Clapton and others. Depa bukan lah hebat sangat cuma media pandai memainkan peranan supaya depa nampak hebat. So kita kena patah balik zaman RAP untuk nampak hebat. Betul tak Aflin?
Selalu nampak u kat Wangsa Maju kat 7 Eleven sebelah NZ atau Toyota show room mail me on : ftsblog@yahoo.com or skype rustamrg

Ok chow.. blog lain version melayu http://www.radioatok.com

aRiL said...

Yup bro. Skrg..muzik kite setanding dgn muzik indonesia. M.U.H, Hujan, Sofaz, Bunkface telah membukti kan yg muzik kite kuat dan segar. Di harap, selepas ini..tiada lg perdebatan yg menyatakan "Muzik indon lg best dari muzik m'sia'. Cuma satu je prob kite skrg, 'fenomena download lagu free kat internet'. Cmne nak settle kan prob ini yer?

Pepejal said...

Tak de cakap banyak.. aku sokong apa yang kau cakap..

Berbagai masalah dalam industri muzik.. paling besar.. cetak rompak.. dah ada barang.. takde sales..

Dan di akhir2 ni.. rasanya pemuzik dapat duit dari radio.. tv yang bayar royalti termasuk pusat-pusat hiburan.. dapat le jugak dari jemputan ke konsert dan majlis2..

Zaman remaja beli kaset.. CD dah berakhir rasanya.. ramai lebih kepada download kat laman web.. dengar kat youtube.. itu pun kira haram jugak.. mana diaorang dapat lagu tu.. itu kena selidik le..

Apa pun.. aku still sokong.. dengar lagu kita.. macam yang xfresh selalu jerit2kan.. kita sokong muzik tempatan..

Malam ni kasi mantap punya bro.. You can do it.. huhuhu

RosmanPositivo said...

zaman RAP mmg terbaek :)
hail to the king roslan huhu.


for me isu download is like, nak download, takde sape boleh halang. but if lepas download dan dengar, if you like the songs, go buy the cd. kepuasan mengumpul duit (bagi students), membeli cd, selak inlet dan cover, dengar sambil bace the lyrics, kepuasan itu sgt lain drpd download illegally, or even legally!

cd masih practical dan relevant. cuma apresiasi tue yang kita kna bentuk.

power to the people!

MarkLe said...

ah ha...pe kabar bro?
gua baru dan sedang tgk AIM.Sangat2 kecewa nga AIM tahun ni.sebab?tersangat2 la busan show nya. Apa2 pun thanx a lot tuk lu,adibah n bob kerana berjaya sedikit menyelamatkan majlis tu. Spesely tuk lu bro...u r creative n so talented!i ENJOYSSS ur show!hahaha

keep it up bro..

alifstyle said...

Alhamdulillah... setakat ini, semua CD dan kaset yang pernah saya beli adalah original. Koleksi peribadi, beb!

Cuma sayang... banyak kedai CD tutup dan makin kecil. Perkara yang amat membimbangkan

alifstyle said...

ops! Lupa nak beritahu... rambut Afdlin sangat cool! Saya nak buat, tetapi kepala saya botak. Hahahahaha :(

Anonymous said...

ape2pun wa sokong lu

izzmohd said...

tapi sy sangat suke donlot lagu.. :(

97 said...

rambut lu memang cool...
tekejut beruk mak gua tgk...hahaha

serius beb...gua mmg da lama x layan lagu2 indon...sbb menyampah...lagu2 dorg hampir sumenye same jek...xde yg baru pun...kreatif lg pemuzik2 malaysia...tgk mcm mane malique 'timurkan' muzik hiphop...tgk mcm mane mamat semuda aizat boleh buat lagu yg diterima org...band2 indie yang menag juara lagu...muzik malaysia lagi best la sng crite...

p/s: gua masih rase penangan rambut lu...haha

Edzlin said...

bro afdlin. u memang best gile dalam AIM16. suka tengok abg afdlin masa jadi penyanyi dulu, so cute but with powerful vocal.

memang support industri muzik tempatan sebab saya sendiri ada artis tempatan kegemaran, sampai sekarang masih kurang meminati artis luar. love local made

2nd head prefect said...

wajib tengok aim!

Pocket said...

pocket setuju!!
pocket setuju!!
the only way for our artist to make a living would be by us (Our fan) keep on buying their cd's

Anonymous said...

dulu suka giler dgn album ikhlas tapi jauh tuh....bila nak buat album macam tuh lagi??? masa tuh i was in form 5 kot....one of my friends used to have a crush on u masa album tuh hahaha tu cerita dulu2 la...and u look goooood with that rambut burung belatok tuh kat AIM semalam huhuhu

p/s : nape senang sangat for indon/etc nyer artist nak masuk msia ni??? tapi kalau artist kita nak masuk tempat dorang ada mcm2 rules nak kena ikot...nak salahkan sape? govt ker ?? or salahkan peminat yg minat sgt dgn artist2 tu?? peminat mesti dengar apa yg dorang rasa best...it doesnt matter where u're from kan? music is universal...

adalah Dak Aup said...

Bro, gua setuju benda ni..begitu juga dalam bidang takaful. ramai orang kita tidak percayakan takaful..tapi bila dah susah, baru sedar...masa tu sebulan nak bayo sebulan RM500.00 pun dah tak bermakna langsung!

Nurhazwani Mohd Zakki said...

Best gler orang2 comel mengacarakan AIM 16 tu. You all mmg gandingan yg mantap dan terbaik. Congrats!!!

pye:rudz said...

lu taknak buat album lagi ke bro? takkan fuyoo je? compilekan lagu-lagu filem lu pun ok jugak ape?

Unknown said...

NAk sangat tahu komen abang Afdlin dengan Tomok yang baru menang satu juta... Hmmm...

Samsiah Abd Shukor said...

aku tgk aim tu sbb pengacaranya je. best giler dan tidak mengecewakan.

respek pd shiela majid punya show

roket said...

TOTOLLY, agreed.
kalau beli cetak rompak negara luar punye movies takpe la kan, HAHA tapi local punye beli la ori punya, ou yeah!
:B

Anonymous said...

Yes bro.. sokong sangat... be the best bro...

Gua Tak Peduli said...

yeah, supaya kompeni vernakular kaya raya.

Zulfahmi said...

U rocked the nite dude...

but the hairstyle, come on...
tak hensem la...


but still, U rocked the nite dude...

joegrimjow said...

mau mantep
jumpe ku
lalala~

A.I.Z.A.T said...

wah, 1st time saya baca blog bro ni.
but all the things u said is true, no doubt..mungkin budaya peminat2 sendiri yang menghancurkan industri ni. ye ar, berapa sgt la yang betul2 minat dengan 1 artis/band ni then dorang beli album??

saya tgk la kan, perempuan lagi cenderung dalam hal2 beli album ni, laki cam kureng sket ar..

sy lak terkecuali, muzik Malaysia ni agak kurang didengar, tapi filem bro wa sentiasa tgk wayang.
dan slalunye sy akan ulang tonton..

Baik punye cilok, sy tgk wyg 4 kali, buli 2x, los dan faun 2 kali, sumolah 2x, cuci 3 kali..

ye, sy sokong industri filem tempatan, tapi hanya yang berkualiti je, stakat cite sembilu 1-10, atau anak mami 1-15, sorry!

keep up de good work bro!

Led said...

lain dari yg lain appearance bro kita ni time AIM......

Anonymous said...

AIM makin lama makin suram...
personally, aku lagi suka zaman afdlin jadi hos aim secara solo sebelum digandingkan dengan bob lokman...
afdlin sorang pun dah cukup best!
nampak lebih berprestij sebab dihoskan salah seorang pengacara terbaik asia...
fuh!
bob ngan adibah jgn kecik hati ye... hehe

Anonymous said...

gogogo!
hepi besday bro!

Wan said...

perghh..lu memang otai bro..kelakar nak pecah perut..hahahah

Semut Api said...

oi cip.. bila nak buat 'Malam di Muzium Negara' versi Malaysia...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Makkk lama nya tak hapdate? dan dekat sebulan... busy ker??

Unknown said...

bro ape citer baru ni?
aku nampak ade praduan berlakon..www.kuatberlakon.com
bro knp tak bg tau..aku nk star dlm filem bro yg sterusnya
ni aku kena dgr dari kawan aku lagi...hampehhh...

TooTsem said...

Hallo! I just saw you on tele and I think you mumble too much. You should enunciate more methinks.

Okay that's all. Keep up the good work.

nayt said...

Bro!! Awat lu tak promote kuatberlakon.com kat sini?? Sonyap jo..

Yusoff Zaky Omar said...

Bro.. dalam filem bro akan datang bagi la satu part kat saya sebab saya minat nak berlakun ni. Tak payah bayar pun tak pa.. bagi makan cukup la. Saya dah jadi pelakun sepanjang idup saya.. bro tak percaya bro pi la tengok lakunan saya kat http://yusoffzaky.blogspot.com di rata-rata tempat saya merantau.. ke london, milan, melbourne, laos, indonesia dan rata-rata di Malaysia. Saya jadi tukang cuci, waiter, bellman, officer, manager, buruh kasar, kawan dgn dato-dato, kawan dgn budak2 cuci kasut, tukang masak, buat projek mega siap masuk paper hari-hari sampai mb kedah syed razak pun sesak nafas dengar nama saya(kat blog ada semua paper cutting tu), saya boleh jadi orang tua, budak bodoh, orang alim, businessman dan kat sekolah selalu champion antara sekolah kedah. Bro bagi saya berlakon sekali sebab kalau mati pejam mata rapat sebab dapat la juga sampai hajat. Saya patut study cinematography tapi orang tua suruh buat engineering.. tu yang masalah tu.

Saya memang tabik dekat bro ni.

Yusoff Zaky Omar said...

Assalamualaikum.. tadi lupa bagi salam.

Bro pi blog yang tajuk Yusoff Zaky Omar sebab blog lain tu tak berkenaan cuma dok try buat internet marketing..

Walaikumsalam (ni jawab salam bro).

minyakangin said...

aku setuju gak... sengal tul suke lagu English ngan indon...

aku pn da lame tinggalkan... baik layan stesen x-fresh fm...

tp yg aku frust, dj nye... dl punye r semangat melaungkan xlayan lagu asing, alih2 bile tuka stesen layan gak kan?

kekadang tu, bukan salah kami sbg pendengar tp salah org dlm industri gak... buat keje tuk duit je... bkn nye betul2 nak pejuangkan industri muzik tempatan...

bende paling dekat stesen radio r... kalu diorg pn hipokrit, kami yang menerime ni absorb je r...

tp aku mmg x taw lagu latest (lagu asing)... aku pun layan lagu tempatan je...

semoga band di malaysia terus mantap...

minyakangin said...

adoiyai... aku da tertaip lagu english... layan je r... sure korang paham... ngeee

admin said...

huk3....
memang klakar la rmbut tu...huk3...

hassaidi love prank
Thanks

Anonymous said...

SOKONG banteras cetak rompak..
kesian kat org yang dah bekerja keras..tapi hasilnya diambil oleh org lain..rezeki itu utk keluarga dan anak mereka...

Tak mampu...kongsi ramai2 n share ikut giliran...