Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Wednesday, September 13, 2006

Hidup gua setakat ini.




warga KL sempat bergelak-ketawa dengan kitorang dan saya nak ucp thank you to all the KODOKs yang sudi menghadirkan diri ke Actor's studio tempoh hari... u guys are the best friends and fans a kodok can have. Yang penting gua harap you all enjoyed yourselves.

Pada ketika yang sama gua betul-betul bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan untuk mengurniakan gua dengan anugerah filem pilihan kaki wayang anugerah ERA untuk' baik punya cilok' dan anugerah-anugerah yang telah gua menang untuk filem festival lepas. Syukur alhamdulillah yang ramai orang sudah membuka mata dan minda mereka yang kerja filem ini bukanlah industri untuk yang plastik dan cosmetik sahaja. Dunia filem melibatkan karyawan-karyawan serius dan jujur ingin menghibur sambil berkarya naskah-naskah yang boleh mengubah persepsi rakyat Malaysia, meluaskan paradigma dan memajukan industri kita. Gua percaya, dalam masa terdekat, satu hari, kita juga boleh berbangga dengan karya-karya kita bila ianya menjadi suatu regional ataupun global hit. Bukan sekadar di festival-festival sahaja, tetapi memenuhkan pawagam-pawagam luar negara. Berikanlah sokongan anda kepada penggiat-penggiat filem kita kerana lebih tinggi sokongan anda, lebih semangat kami untuk memberi produk-produk yang bagus and groundbreaking. Impian gua adalah filem kita mengatasi market share daripada filem hollywood di negara kita sendiri (kenapa kingkong boleh dapat kutipan sebanyak 12 juta ringgit dan filem rempit hanya 4 juta?) dan memenangi sebuah Academy Award ataupun anugerah best filem di Cannes Film Festival. Kepada mereka yang tak suka tengok filem Malaysia, cubalah.... ada banyak pengarah-pengarah baru dan berkaliber yang sedang cuba membawa perubahan, walaupun filem yang palat-palat tu masih ada juga, tapi semakin berkurangan, ini adalah kerana kuasa anda untuk menentukan filem mana yang berjaya dan yang mana tidak.

Pada ketika ini, gua sedang melakukan pasca produksi untuk kedua- dua filem gua iaitu 'SUMOLAH' dan 'LOS dan FAUN' jadi tiap malam bersengkang mata untuk menyiapkan produk-produk yang mempunyai cita-cita besar dan insya'allah yang terbaik dari gua setakat ini.

Mula-mula orang gemuk menang award, Tahun depan yang tak cukup tinggi, tahun yang lagi satu terlalu gelap, terkurang rambut, terlebih jari tangan dan lain-lain lagi..... bakat menjadi ukuran! bukan paras rupa dan dengan siapa kita kena cium bontot dan bahagian-bahagian yang sewaktu dengannya.

power to the people.

Actorlympics berakhir dengan jayanya. Banyak
afdlin shauki

14 comments:

outkhai said...

cool bruddah!

Anonymous said...

encik afdlin..semoga terus maju jaya dan berjaya dengan jayanya...

Anonymous said...

cayaalah..(baca dgn nada suara dalam era)

Anonymous said...

caya ah..
fileh hasilan razak mmg palat

Anonymous said...

congratulations for baik punya cilok at a.e06
keep it up

Unknown said...

Double post lagi la bro

mmg betul..filem yang "palat-palat" tu dah kurang...hope this trend stays on and we'll have a mature and a truly entertaining entertainment industry.

Till that day comes, as you have tuthfully said, Power to the People!

Anonymous said...

well done bro..just wonderinglah...i kind of nak sngt2 tgk citer melayu yg memartabatkan malaysia n at the same time ada ciri islam,hopefully it will come out.

Jalal said...

anyway bro still ada group palat ni yang tak suka dengan kumpulan generasi baru ni. walaupun makin kurang filem palat tapi aku rasa diaorang ni suka main politik dan rasa diaorang la yang best. tapi diaorang tak sedar diaorang tu palat!

so bro keep it up. i hope all's well with you. can't wait to watch LOS dan FAUN dan SUMOlah with you!

Power to the people

jalaluddin

Anonymous said...

frendly speking la kan bro..
gua ngan kengkawan layan filem melayu yang di narahkan oleh AFDLIN SHAUKI je...

buat mase ni ar...
Good luck Mr. Afdlin!
May Allah bless your family



-shark fin-

Al said...

what you're doing is honourable and amirable at most,keep on making those films-and i bet you,one day,maybe not an oscar or even a debut at some isolated film festival,but even better.

Junaidi said...

bro is the best... mesti layan punyerlah...

mamabio said...

congratulatoss!!

Anonymous said...

tahniah... kalo dulu ajak member tgk citer melayu.. diorg kata "mls arr..asyik2 pengarah tu jer.....mesti jln citer yg sm..."

tapi skrg nie, diorg plak yang ajak.."jom tgk citer afdlin.. mesti best.."

bangga plak rasanya.. skrg nie dh ramai pengarah melayu yg kuar dari kepompong.. dah jadi ramai2 yg cantik dan berwarna-warni... 'n ure on of them...

keep a good work.. jgn lupa asal usul kita, agama kita, negara kita...

tahniah cip, u rock the world forever..

Anonymous said...

sorry eh .. terlambat setapak .
apsal gurmit singh ader dalam ini gambar ??