Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Sunday, August 21, 2005

ACTORLYMPICS at Actor's Studio, Bangsar Shopping Centre

Satu perkara menarik yang akan berlaku minggu depan (selain dari PROJECT : AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL!) dgn gua, member gua harith, Ida Nerina, Edwin Sumun dan ramai lagi adalah kitorang akan membuat satu persembahan live di actor's studio bangsar dari

25hb august hinggalah 28hb august.
setiap malam pukul 8.00pm
dan sabtu dan ahad ada extra show pada pukul 3.00 petang

Harga tiket adalah
a) RM37 b) RM 32 c) RM27 untuk pelajar dan warga tua

Jemputlah datang beramai-ramai tengok ACTORLYMPICS!

Maybe you are asking yourself right now, "What the jadah is Actorlympics?"

Well kengkawan, Actorlympics datangnya daripada perkahwinan perkataan ACTOR dan OLYMPICS. Ianya merupakan sebuah persembahan lakonan komedi yang di improvisasikan.

Soalan kedua anda. "What the jadah is lakonan komedi yang di improvisasikan?"

Well kengkawan, Improv adalah apabila pelakon tidak membuat sebarang persiapan apa-apa dan akan membuat lakonan sketsa-sketsa on the spot based on whatever the audience suggestions are. Kita (pelakon) akan melakukan apa saja yang di cadangkan oleh audiens. contohnya

The Translation game.
Selalu kita tengok Miss Universe kan pabila tiba part soal-jawab aje miss venezuela confirm akan panggil seorang jurubahasa. Soalannya macammana kita tahu yang jurubahasa tu cakap apa yang miss venezuela tu cakap? kalau dia torak kita hidup-hidup pun kita tak tahu. Jadi permainan sketsa ini telah di buat untuk prove this point.
1. Penonton akan memanggil dua pelakon untuk melakukan sketsa ini.
2. Penonton akan memilih topic lecture yang akan di translatekan contohnya : Padah menghisap rokok sambil menyelam.
3. Seorang pelakon akan menjadi lecturer dan seorang lagi translater. lecturer ini akan bercakap dalam bahasa planet asing
dan pelakon yang lagi satu akan cuba menceritakan maknanya sebaik mungkin.

Karaoke Muzik video director game.
Semua orang tahu yang muzik video karaoke kat malaysia ni poyo-poyo belaka. Visual dia memang takde kena mengena dengan lagu. In honor of Malaysian Karaoke Music videos we designed this game.
1. Penonton akan memanggil seorang pelakon ke tengah pentas dan menyuruh beliau membuat berberapa pergerakan yang pelik-pelik di atas pentas.
2. Sebuah lagu akan dimainkan secara rawak dan pelakon kena menyesuaikan pergerakan pelik-pelik yang baru beliau pelajari itu dengan lagu karaoke yang akan dinyanyikan oleh pelakon lain.

senang cerita, macam Whose line is it anyway la.

BUKA MINDA ANDA dan cuba try tengok show ACTORLYMPICS ni. Tapi hati-hati, It's quite addictive. Layan beb.

Kalau berminat dan nak tempah tiket bolehlah call : 03 2094 0400 / 1400 (Actor's Studio)

sebelum gua chow, gua ada quote yang gua percaya sangat dan memberi inspirasi kepada gua yang gua nak share dengan semua.

Never forget that life can only be nobly inspired and rightly lived if you take it bravely and gallantly, as a splendid adventure in which you are setting out into an unknown country, to meet many a journeys"

-Annie Besant

34 comments:

mosh said...

wish u having the actorlympics here in jb..aku memang suka who line is it anyway. bile?bile?nak buat kat jb?

n still waiting for the CD Fuuyo!
autograph sekali leh?

ok. have a great week ahead n keep on writin!

Rem said...

Alamak, bro Afdlin kita dah pakai verification system la. Cerita pasal persembahan live cam ni, tak ada rancangan nak buat compilation untuk live live performance ke? Terbit dalam bentuk VCD ke? Kesian orang-orang yang duduk kat 'ulu' macam kitorang ni. Bukannya dapat ke kolumpo selalu. Bila datang pula, tak ader pula show! Huk.. huk.. macam nak nangis..

Klez said...

adoi.. tak sempat pulak nak pi tgk ACTORLYMPICS.. nak balik kampung.. cuti sem.. lain kali ada tak? begitu tidak best sekali diriku ini tidak pernah pi Actors Studio Bangsar.. :(

faux diamante said...

buat la satu kat singapore jugak...please please please.

pssst pssst...kat sini tak cukup tukang lawak yang cerdik(mati aku kena buang negeri)..secret tau?

dJ phuturecybersonique said...

Gonna be there, dude! Cuma jangan duduk atas gua lagi lah! :P

Afiq said...

No... I cannot watch it because tgh mid-term break. Aisey!. *Dissapointed*..

faux diamante said...

gua pun dah link lu pya kerja gila kat gua pya blog.harap2 kakak2 dan makcik2 sentraal station teruja nak order kegilaan lu.

jemput ke :www.nazrahayu.blogspot.com

Artz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
jamrihusen said...

nanti ah gua datang. klu tak lawak siap ko kodok. (cilakak, malas tul aku nak tulis word verification kat bawah tu. dah banyak kali fail ni)

tapau said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tapau said...

Aiseyman..kena daftar blog plak. Tak pasal2 aku ada blog sendiri...pasni aku akan berusaha meroyan sorang2 kt blog aku tuh.
wish that tambang kapalterbang KK-KL cuma 50 sen..tiap2 hari aku turun tengok "Whose line is it anyway" version actorlympics korang. Kalau buat Improvisasi benda2 pelik tu pun lawak jugak beb...cuma kalau idea2 berbentuk "tut' pastinya perlu censored.
Wish you all the best!
ps:umie menjelma jadi tapau

samprit said...

"Semua orang tahu yang muzik video karaoke kat malaysia ni poyo-poyo belaka"

abang afdlin, bukan setakat kat Malaysia, kat Jepun ni hah pun muzik video karaoke dia cam sampah. Kira Malaysia setaraflah dengan Jepun.

Nong said...

abe mok...
gua nak datang tengok.
tapikan sebelom tuh gua nak tanya luh satu soalan lah...

kalau nak buwat vidio karaoke...
Scene koridor boleh pergi jauh tak?

ok go.

Frances said...

know what,you ROCK brader!

caya lu.

a dreamer said...

sangat2 nak pegi, tapi jauh...
saya kat penang, buatla di penang ke...

shamaine said...

kat Australia best....video karaoke dia takde visual langsung....just the words aje....Afdlin you never fail to crack me up!!!

Nkkd Lv said...

omigod!!! thats what actorlympics is all about?!! ingatkan ape dulu. i'll be there for sure!!!

Shafira Hanim said...

dah banyak kali missed actorlympics..hope this time boleh pergi tgk.

walkthrulife.blogdrive.com

rez said...

woo afdlin shoki dah ada blog aa! hebat hebat

ikanblues said...

Ini macam "Whose line is it anyway?" itu ke?

Macam best ajer..

nak

nak

nak

mega said...

Hi.. kita dah tgk yg dulu punya.. Memang kelakar tahap gaban. Kalau ada rezeki, insya'Allah yg kali nie kita dtg jugak ehh..
All d best!!

LMj said...

Never heard before, it sounds nice and dunno whether true or not, but also sound quite similar to Who's Line Is It show, if im not mistaken

muteaudio said...

No wonder lah Miss Venezuela selalu menang Mis Universe. Agaknya wakil Malaysia kena pakai translator utk menang.
"Semua orang tahu yang muzik video karaoke kat malaysia ni poyo-poyo belaka."
Shooting kat padang lalang, lepas tu drummer duduk atas kerusi sambil pukul angin. LOL

ku E said...

alamak masaalahnya business i ni punya lar bz time cuti sekolah. anyway i'll try my very best! kalau tak, maybe next time lar nampak gayanya.

Hanifeeza said...

Actorlympics? wah, bunyinya menarik..

Jamrihusen: relaks la brader.. eh, agak2 afdlin boleh ajak mawi buat lawak sekali tak? muhahahahahaha

Adam said...

Aduihh..brader afdlin...org dh balik melaka dah ni...ish..nk kena balik kl balik ni nx week...dush2..

mega said...

muteaudio - hahahahahaha... lawak la hang nie.

anisism said...

giler lah, terba'araka'atin sunggoh lah! gempak betul lah artis mesia sekarang ni eh. sure it will be a blast kan. all the best nanti.

akira said...

ihikss terjumpa blog ni dari blog unsung hero. best jugakk ;-)

b4n4 said...

yo..yo.. kena datang dari 25 till 28 ker ??? cam lelain jer dari 25 till 28 tu ?? kan ?? kan.. kan. ?? kan.. lain hari lain scene kan ??? :-?

thoyol said...

Ola..

Does the Actorlympics is in Malay or English. Since i'm inviting my foreigners friends to watch it. Kang diorg tak paham, berbuih mulut nak translate. Haha.. Jawab cepat skit abg afdlin. Hehe..

jewel said...

I went to watch Actorlympics TWICEEEEEE!!!!! It was out of this world.. heheh.. macam UFO gitu2..

Too bad Afdlin, poor my expatriate friends.. they were kinda lost when some of u guys were using Malay language.

Anyway, keep up d good work!!

-jewel-

Khairi said...

I saw the first show. Came with the whole family(except for my underaged daughter) all the way from JB. It was hilarious. Never had so much laughs at one sitting. Congratulations to all the casts. WE are a great fan of AHA and to see Afdlin and Harith in person is a bomb. Ida Nerina, Edwin and the other guy were cool too. The sketch of Batman and Robin at Ayah Pin's was particularly funny. There were a few Mat Salehs as well and they seems to be enjoying themselves. Keep it up guys and bring the show to JB.

Anonymous said...

actorlympics...mmg best sgt2!i went for the previous show, sometime dec last yr..it was worth going.congrats afdlin n da geng..u all did a good job!bravo!glory glory actorlympics.. :)