Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Friday, August 05, 2005

Los dan Faun - a murder mystery in the making!

Projek ini akan bermula pre-produksinya pada 14hb August dan start shoot awal September. Memang gila schedule yang diorang bagi, tapi aku memang ramai orang kata gila pun. Nak tahu siapakah pemain-pemainnya? hasrat dihati ada seorang pelakon yang selepas gua bekerja dengan dia dalam BULI BALIK, dan gua teramat kagum dgn. kebolehan dan hati kering beliau ialah ADLIN AMAN RAMLI sebagai FAUN....

dan LOS pula adalah Hans Isaac kerana LOS merupakan seorang budak serani keturunan Portugis (gua macam dah sain mati dengan Hans ni kan?!). Ada beberapa kawan baru seperti Khir Rahman (member futsal gua) yang juga gua ingin ketengahkan.

DOP nya pula Kemungkinan Heil (juga geng futsal gua). Sebenarnya memang untung bermain futsal dgn. pengarah filem ni, kalau ayat power, mungkin sangkut satu job. hee...hee.. YASMIN KENAPA KAU TAK PANGGIL AKU BERLAKON GUBRA??!!!
DAN... Kalau dia sudi, saya juga amat berminat ingin berkerja dengan pak ahmad Yatim.
Ada dua orang yang gua tengah cuba nak risik berlakon filem ni, iaitu Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim. Kalau dapat Syukur alhamdullilah.
Anyway kepada semua yang melawat blog ini, teruskan niat-niat murnimu.... bagitahulah satu kampung, biar kita kasi pecah blog site ni...Ha...Ha...Ha.

Afdlin aka selambakodok

9 comments:

muteaudio said...

Ahmad Yatim? Kalau dpt mesti best. Dah lama X tengok dia beraksi.

Azwad said...

Hi. Betul ke awak nak buat filem ni? Saya suka filem awak. Buatlah banyak lagi. Saya bukan orang dalam industri hiburan tapi saya minat filem juga sikit-sikit. Bagus dapat jumpa blog awak, dapat update from the real source. just like yasmin ahmad's blog.

Cipkodok said...

Okay gua bukak - open house untuk semua kasi pecah ini blog.

Cipkodok said...

Mega, awak nak pegang saya pun boleh.

Anonymous said...

Los dan Faun!!!

Terkesima gua beberapa minit tak paham... last² pickup gak... nih sedara belah sepupu adik punya kembar punya adik punya posmen dengan lost and found la nih..

waa... ada chance sure hebat.. esp dgn si 'hati kering' -ADLIN AMAN RAMLI-

Incube said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Incube said...

wahh selambakodok sudah ada blog.. bagus.. teruskan berkarya.. akuk sukak tenguk ceritak kau. sungguh meriah.

Btw akuk slaluk nampak kau memakan kat nz...office kat area sana ka? bilak ah-ha musim terbaru nak keluar ?

naiza said...

saya mauk kasi pecah ini blog jugak... aja aja fighting!! (gara2 marathon tgk citer fullhouse 6 episode) :D

Kampung Gal said...

Wahhh..... kat blogosphere dah ada kodok. Best best.

FYI I love Buli. It's the best-written Malaysian movie I have ever seen.

Saya juga berikrar akan menghebohkan kehadiran selambakodok di blogosphere.