Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Saturday, May 02, 2009

Jangan Lupa Malam ni AIM ke 16!!!

Industri muzik adalah sesuatu yang amat dekat di hati gua. Gua di lahirkan dengan hasil muzik bapa gua yang merupakan seorang pemuzik jazz lama punya yang bermain keyboard dan piano. Penglibatan gua secara professional dalam industri muzik juga adalah sebagai Penyanyi. Menyanyi bersama Shiela Majid, Zainal Abidin, Allayarham Zubir Ali, Amir Yusoff, Azman Warren dan Prema Lucas. Di situ jugalah gua bertemu dengan member baik gua PACAI, bekas pemain bass ekamatra.

Pendek kata kalau industri muzik ini boleh menampung keluarga gua, mungkin gua tak masuk dalam bidang perfileman. Dan sebab itu juga semua filem gua, gua mengambil kesempatan untuk menulis sekurang-kurangnya satu lagu agar dapat melepaskan rindu terhadap dunia yang memang gua sayang sangat.

U-wei pernah berkata pada gua masa dia tengok gua perform at one of the clubs in KL dulu (sewaktu tu gua belum lagi terfikir pun nak jadi filmmaker), Apa you boleh capai sebagai pemuzik dalam 5 minit, aku perlukan 2 jam untuk menyampainya kepada penonton. Sekarang ni aku dah jadi macam dia.

Tapi fikirkan the POWER of a good song dan bagaimana ia boleh memberi efek kepada mood kita, keperibadian kita, serta semangat kita. Ia trbukti yang lebih ramai orang lebih minat mendengar muzik daripada ceramah. Sebab itulah kerajaan mengambil keputusan untuk ban lagu-lagu yang bersifat terlalu politikal, ekstremis serta boleh menyonsangkan .... tetapi malangnya kita punyai budaya yang tak suka menghargai apa yang kita suka, sehinggalah ianya tiada pada suatu hari nanti. Band-band seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, Estranged dan banyak lagi akan pupus kerana tidak ada sokongan sepertimana band-band baik seperti Innuendo, VE dan banyak lagi. Jadi bila0 kita dah tak ada band-band ini barulah lengkap dominasi muzik luar dalam negara ini dan syarikat-syarikat rakaman gergasi di Malaysia ini akhirnya berjaya dalam objektif mereka yaitu untuk menjual artis-artis antarabangsa sahaja.

pada ketika inilah kita patut mencontohi industri muzik indonesia dan thailand yang walaupun apa berlaku, apresiasi mereka pada industri tempatan mereka amat kuat. We can do it too.

Beli muzik tempatan yang anda suka! jangan beli cetak rompak! Jangan muat turun secara haram, kalau betul minat sokonglah member-member gua dalam industri muzik. KITA BOLEH MELAKUKANNYA DAN BANGKIT DARI KEMELUT INI.

LOVE OUR MUZIK.

One Malaysia, POWER TO THE PEOPLE!

Afdlin Shauki