ME dan Partner di dalam dewan Grand Lumiere, untuk menonton Ocean's 13 buat pertama kalinya. Saya mengaku ada macam jakun sikit perangai pasal amat excited.
Walaupun besar gila dewan ini, ianya penuh sampai tersendat, kerana tengok free! tapi masuk hanya kalau kita ada jemputan. DAN KITA ADA!
Cita-cita gua dan ramai pembikin filem dunia untuk diiktiraf di Cannes dengan menerima Palme D'or. Cita-cita biar tinggi, dapat tak dapat belakang kira.
Di luar panggung Du Monde yang dikhaskan untuk filem-filem tidak bertanding. Kebanyakan filem kali ini dari negara-negara Afrika.
Di Belakang Palais (tempat Marche Du Film di jalankan) ni pula ada tempat parking bot mewah dan ianya dihuni oleh orang-orang kaya yang khabarnya bersedia untuk mengeluarkan wang untuk projek-projek filem yang menarik.
Huru-hara manusia berebut nak cuba masuk ke dewan tayangan.
Transformers juga berada di Cannes dan Trailer terbarunya yang memang meletop juga dimainkan. Di depan hotel intercontinental ini sejarah berlaku bila Don Johnson dengan selamba lalu didepan gua. GUA MINAT DIA masa Miami Vice dulu la. haha.
On the rad carpet going into the grand lumiere.
Poster utama festival filem Cannes ke 60.
kawasan red carpet di mana press photocall di lakukan. Memang banyak sejarah di sini. Bila agaknya masa seorang Anak MAlaysia tak kiralah sesiapapun yang akan mengharumkan nama NEGARA apabila filemnya di mainkan in competition dan di yangkan di grand lumiere ini.Impian tu amat berkuasa dan dengan izinNya apa saja mungkin kita capai. insya allah.
Power to the People
Afdlin Shauki













