Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Monday, January 21, 2008

Selamat Tahun Baru. Aku sudah tahu apa aku mahu capai tahun ni.

Susah betul rasanya nak mula blogging tahun ini. berat jariku nak menaip abjad-abjad di laptop powerbook g4 aku ni.
Jiwa kacau. Banyak benda bermain di minda. Aku fikirkan semula apa niat aku adakan blog ini sebenarnya. Aku pertimbangkan apa yang penting bagi hidup aku. Adakah sekadar mahu berkongsi informasi ataupun mahu meransang perbincangan sihat. Pada usia aku yang meningkat ni, sanggupkah lagi aku nak melayankan karenah orang-orang yang sengal dan selalunya anonymous.Aku bukan seorang yang senang marah but i know i have a mean streak in me bila i am pushed into a corner. Saya tak suka berdendam atau menyimpan benci di dalam hati, kerana 'Benci' itu membuat kita jadi orang yang kecil dan tidak dapat maju di dalam hidup kita. Tak memberi reaksi emosi bukan bermakna aku tak kisah. Aku cuma lebih suka memikirkan jalan penyelesaian daripada memberi fokus kepada masaalah atau cemuhan itu sendiri.Apa dah jadi dengan negara aku. Aku cinta negaraku. Tapi aku rasa dah makin tak selamat, terutama sekali bagi anak-anak kita. Aku ingat dulu, mak bapak aku benarkan aku explore dunia ni... dengan bermain di padang tanpa kawalan mereka, jalan-jalan di pasar malam itu salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kami sebagai kanak-kanak. Tahun baru disambut dengan berita yang mengacau ketenteraman jiwa, benazir bhutto dibunuh, satu lagi anak kecil 'Sharlinie' hilang, hindraf dan ancaman rusuhan, menteri kesihatan kena skodeng, Lingam dan handphonenya, faizal tahir bukak baju (ini pun boleh jadi hal) dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang aku berfikir adakah semakin maju negara kita ni, semakin jahanam perangai penduduknya ataupun memang selama ni dah jahanam cuma sekarang ni baru keluar media dan baru sampai kat telinga kita, ATAUPUN kita telah menjadi orang yang suka mencari keburukan orang lain dan lupa untuk menggunakan masa kita dengan bersyukur kepada tuhan kerana pemberiannya.
Kalau kita asyik fokus pada benda buruk aje memang dah takde maknalah usaha kita didunia ni. Jadi, walaupun masih peka pada apa yang berlaku, aku akan memberi fokus kepada benda-benda yang positif dan insya'allah aku akan dapat menyebar keceriaan kepada sesiapa yang mencarinya.
Selamat tahun baru kawan-kawanku, cekalkan hatimu untuk menghadapi tahun yang baru. Terimakasih kerana terus menyokong perjuangan seni aku. masih banyak yang aku nak capai dalam hidup ini, masih banyak benda perlu aku pelajari. Dan aku akan terus maju dan tidak membuang masa dengan komplen aje tentang apa benda yang aku tak puas hati tapi sebaliknya melakukan sesuatu tentangnya. Kita kena buat sesuatu.
Janga lupa tengok filem arahan kawan aku 'CUCI' januari 24 ini. Satu percubaan yang bagus untuk kali pertama.
Susah betul rasa nak mula blogging tahun ni. Tapi sekarang aku dah mula. Aku akan terus .....

POWER TO THE PEOPLE
AFDLIN

54 comments:

Zamri Mohamad said...

Tuan Afdlin,
Dalam masa sebulan macam-macam boleh terjadi. Tunggang terbalik kita dengan isu sekarang.

Blog Tuan Afdlin ini satu perspektif penting bagi kami belajar mengenai dunia karyawan filem. Jika Tuan tidak berblog, nanti jadi Tuan perlu jadi orang politik, guna televisyen dan radio untuk buat kenyataan rasmi.

Permulaan 2008 yang tidak menyeronokkan, tetapi fokus hidup kena dikembangkan. Negativiti memang perkara yang selalu sangat mengekori kita semua.

Tetapi tahun ini masih ada harapan!

Teruskan berblogging Tuan Afdlin!
24 Januari saya akan menonton CUCI. Papadom bila pula ya?

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
www.motivasimindamu.blogspot.com

AK said...

dunia makin gila... sejak ada pengkritik kat af, sume nak jadi pengkritik... sume lupa diri masing2 manusia... err just an opinion...

gud luck 4 cuci n papadom! will go n watch cuci tis 24!

blackpurple @ jowopinter said...

Jangan tinggalkan berblogging bro'

Tengok bro' bawak watak Bob dlm cerekarama, syahdu. Tengok bro' jadi juri OIAM pulak, lawak! Hahaha!

Lepas ni boleh tengok CUCI pulak. Ha ha!

Anonymous said...

sayang abang afdlin!!!:D

f a r i n a said...

Saya setuju dengan semua katamu. Semoga minda masyarakat kita semakin terbuka dan semakin waras dgn pertambahan usia, bukan semakin kusut mengusut.
Perspektif orang lain sukar untuk diubah, tapi perspektif kita, kita yang tentukan. Hopefully by letting ppl know ur perspective on things, would make the rethink and reevaluate their own. Keep on blogging bro.

p/s: pasal kes faizal tahir, is it just me or it's really been blown out of proportion?

Anonymous said...

Abg Afdlin,

I lap u lah. heheh. taktau nak tulis ape just love to read ur blog, untuk mengetahui ape dalam kapla seorang Afdlin
shauki yang ku sangat minatiiiiii.. TAk sabo nak tgk CUCI. Mana gambo yg snap kat AC disini aritu, tepek la sini!

chiow!

Anonymous said...

Bro Afdlin..

Saya tabek spring ar kt bro.. Dgn kata lain, anda mempunyai perspektif yang kreatif, inovatif and ciri-ciri lain yang istimewa. Tak sabar rasanya nak tengok film Brave.

Sekian, terima kasih..

Phone give you money

Anonymous said...

Bro. Apa di atas? Nama wa akey. Berkhidmat dgn Kem Pelajaran Malaysia. Last n first wa met lu time RAP artis buat show kat SK Ulu Klang. Rasanya lu tak ingat wa kot pasal masa tu wa ngajar kat sane dan wa tak hensem. Anyway wa salute lu pasal sumer filem lu BOOm! Ape kate lu try buat kisah cikgu lak lepas movie Nasik Kandag tu. Adios.. semoga terus jadi pengarah tersohor.

Anonymous said...

Hi Bruv..

Aku pun asyik terfikir panjang..salah kee faisal tahir tu bukak baju buat show sampai 8TV kena punish. Melalut betul la...kalau camtu aku sure lepas ni cerita SUMOLAH tak bole main kat TV hehe... jokes.~

Anonymous said...

Selamat kembali ke dunia blogging, bro. Rindu rasanya hendak membaca penulisan bro, tapi rasanya tahu, masa tidak mengizinkan untuk u kekadang mencoret kata-kata dan pendapat...biarpun sebaris ayat.

Malaysia dah kurang selamat?! Kenapa agaknya?! Sedangkan ia sebuah negara Islam yg mengamalkan sistem democratic and free-of-speech, bukan macam negara 'ehem' - yg setiap demostrasi tidak mendapat permit, dan setiap kata-kata harus ditapis kerana takut ada mata-mata ISA yg ketok pintu jam 3 pagi dan seret kita ke kem bawah tanah.

Tapi mungkinkan kerana, too much of freedom of speech and democracy, causes its people to think they can do watever they want, irregardless of whether it's right or wrong...just because it's a free country?!

Apapun, teruskan penulisanmu.

Irma said...

Bro Afdlin,

nape website www.cucithemovie x bleh masuk?

TERRY GALLYOT - MR ASIA. said...

Dude,with such chaos or madness out there,sometimes it is soothing for many,myself included to read blogs such as yours.You never know who's reading your blog and how much impact it has on others.Never know,maybe you words actually help subconciosly.Waaat daa hell am i toking kok la...WELCOME BACK BRO!

Anonymous said...

Akhirnyaaaaa..... hehehe!

masa cip dtg alor star with 'cuci' teams last saturday, gua sempat gak berborak dlm stgh jam with cipster, hans & awie... gua tanya cip, bila nk start blogging balik, then he said,"malam nih gua masuk bro... takpun sok pagi... heeheehee!"

ternyata malam tu cip cuba nk mengotakan janji dia sbb gua YM dia menyala, namun gua kehampaan bila refresh tp takde kisah terbaru dr beliau. tp gua faham, sebenarnya beliau mencoba, tp mungkin otak beliau blank sampai laaa semlm, beliau akhirnya berjaya jugak menjelma kembali....

Welcome back Cip... i'm going down to KL 30th January till 1st Feb. Any flashmob for 'CUCI' on that time?

Anonymous said...

Brother Adflin,

Glad to see an update. It has been a while :). Happy 2008 to you and your family.

Keep up the good work ! Looking forward to "Cuci"

Cheers,

Anonymous said...

dear bro...

welcome back.. missssss u so much!!

dgn ader nyer blog anda.. terasa diri nie dkt dgn anda..

xsabar nk tunggu citer2 anda selepas ini...


-d Y L a-
-P E A C E-

Ajami Hashim said...

Salaam bro..

ptg karang saya jumpa bro kat tayangan perdana filem kawan bro itu.. c u!

good luck & peace bro!

p/s:

http://bicaraskrip.blogspot.com/

*pun saya jugak ler tuh :-)

Anonymous said...

Quote "Aku ingat dulu, mak bapak aku benarkan aku explore dunia ni... dengan bermain di padang tanpa kawalan mereka, jalan-jalan di pasar malam itu salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kami sebagai kanak-kanak."

Definately rite, agree wif u! Benda yg selalu aku sembangkn dgn kwn2 dan wife aku. Sememangnya merungsingkan..

Tak kan nak jaga anak2 kita dgn letak dorg depan tv atau ngadap PS2 yg akan lebih 'melemakkan' dorg dari menjadi lebih produktif & aktif.

Anonymous said...

wat a start to new year a..but its okae cos sememangnya dalam dunia ini nothing is perfect..and so we just have to accept things as they come..no doubt it wld be best if we can all do our lil part to make things better as every small action can create a ripple effect and i believe that WE are definitely capable of doing so bro..ur fans will be behind u all the way..semoga berjaya!

p.s: some ppl just nvr learn i guess..mayb u shud seriously block all the idiots out there hu leave nonsensical comments and refuse to own up..

regards

Anonymous said...

Bro...

Glad u r back again.....
Semoga sihat slalu bro...
Kompem I will watch CUCI...
N stay positive bro...

said...

You have a extremely interesting blog.

Adam Kulim said...

waaa..best2...cip dah update blog..mari kita sama2 tgk filem CUCI!!!!!

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang telah ditulis. Apa yang dapat saya lihat, akhir-akhir ini ramai yang lebih suka mencari atau menulis mengenai keburukkan orang lain. Ramai artist-artist di Malaysia 'or should I say' melayu kita yang menjadi mangsa.

Mereka lebih suka mendengar hal-hal peribadi seseorang artist itu. Lebih suka mendengar berita kejatuhan seseorang artist itu dari yang sebaliknya.

'This is just so sick'. Boleh dikatakan semua filem-filem melayu tidak lepas dari kritikan. Lebih menyedihkan kritikan yang membunuh adalah lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan yang membina.

'If only I have the power to change their mindset'.

~ChEnTa~ said...

all the best to u afdlin! ;D

Tremologuy said...

Criticism comes with the job description when you signed up remember? As a musician, I know how hard it is to accept that sometimes we're wrong about something. It is hard to agree with what other people say sometimes. But you have to agree to the fact that the criticism helps you to avoid the same pitfalls in your future releases. And the fact that some criticism are directed towards you shows that people recognize you as somebody who can provide that change. You said that people should act rather than criticize, but what do we act upon if we turn our ears away and keep feeding our egos with compliments and praises? Too much butter makes the toast soggy.. no one want to want to eat d...

paes said...

pergh, baru sehari dah dekat 30 comments? tu maknanye ramai orang tertunggu-tunggu abg Afdlin punya update..

don't worry man, you've got supporters out there..

PahNur said...

Welcome to the real world. Inilah harga yang harus dibayar oleh negara membangun, yang masih dalam pencarian identiti, unlike negara negara lain yang tamadunnya dah lama established, good, or bad.


But as long as kita realise yang there is something wrong with the system, instead of choosing to be obtuse, then there is hope indeed. The first steps towards improvement is realisation. Kesedaran tentang kekurangan. Jangan jadi bangsa yang, "he who knows not and knows not he knows not". At least, kita dalam kategori,"he who knows he knows not"....so the answer to the solution is "learn, from our mistakes, from our experiences, from our differences etc ".

Gratitute. Bersyukur kepada Allah terhadap apa yang kita ada. To obtain something, you have got to be close to the source of the giver. And who else is Maha Memberi melainkan Allah.

Bak kata michael jackson, yang entah kemana menghilang (follow what he say, not what he did), let's all start with the man in the mirror.

As for yang "anonymous" tu, afdlin, just jerit kat depa,"kalau kau anak jantan sejati, mari lah turun ke tanah kita berlawan seperti lelaki. Jangan menyorok di belakang nama "anonymous" mu...cis!!!"

"Selamat Tahun Baru mat saleh, calender islam, calender india and kalender cina". May this year, and the year ahead be your year. We will be there to watch "Cuci".

Zacharias said...

Bro, I am not in any way trying to tell you what to do or what not to do, but I think maybe better if you stop allowing those anonymouses leaving comments on the blog.

Takde la nak pening kepala.

Zacharias

Anonymous said...

I like your telemovie "Tuhan Yang Tahu" on tv3 a few weeks ago....
It's a true story ek...
i like see-ing u act something different frm wht u normally do..

THE OTHER SIDE OF AFDLIN...

Anonymous said...

http://juneblur.blogs.friendster.com/blurrs_blog/

Anonymous said...

Peh..Kene time aku nie..Lame tak lawat blog nie tetibe tgk ade update..
Wa caya sama lu bro..

Anonymous said...

bila tuan afdlin nak buat movie kat moscow??

Anonymous said...

satu lagi issue pasal filem melayu sekarang ni. Adegan peluk memeluk cukup banyak, terutama sekali dalam cerita anak halal. Aku rasa kalau FINAS tu kasik adegan cium ... aku rasa penoh adegan cium dalam tu. Apa nak jadik ngan filem melayu sekarang. Ni yang anak muda esok nak tiru2 ni kang.

Aku salahkan satellite tv utk semua segala isu yang afdlin maksudkan ... semoga kita balik balik ke zaman tv dengan 3 channels.

sekian ...

N a d i a said...

hi, met u while u guys were in aloq staq recently ("i thot ur name is NST"...). hehe..anyway, lotsa luck for u throughout 2008.

Anonymous said...

Kita jangan salahkan sesiapa. Kita diberi akal untuk berfikir dan memilih. Kalau kita melihat orang merompak bank adakah kita harus ikut rompak bank walaupun kita tahu perbuatan itu salah? Kalau ada seseorang itu mahu menegakkan Islam dengan mengebom bangunan-bangunan awam dan membunuh mereka-mereka yang tidak berdosa haruskah kita menyokong mereka-mereka yang sedemikian rupa? Fikirkanlah. Jangan asyik nak salahkan pengaruh luar.

TheVoicesInsideMe said...

we dont get what we want;
but to receive what we need most;
life never seems to be the way we want it;
but we live it the best way we can;
there is no perfect life;
but we can fill it with perfect moments...

luv u afdlin!!!

Anonymous said...

bestnyer afdlin dah kembaliii..mmg selalu tggu new updates kt sini...biasela bro hidup ni mcm roda..anything can happen..kekdg kt atas kekdg kt bwh..kekdg pancit terus..kene selalu bersyukur and kuatkan semangat bile kite down tu..all the best to you this year n many more years to come..
go afdlin go!!

take care!!muahssss

orangrawa said...

selambakodok, welcome back.
tunggu punya tunggu drama bob ko ari tu, alih-alih aku tak dapat tengok sbb ada hal.
bila agaknya repeat dia?

Totin Jamain said...

harini nak tengok cuci!!!
ok byeeee!~

THECORESYSTEM said...

selamat 2008 buat Afdlin...bila nak balik Ipoh?...semoga terus berlakon dan mengarah film!!!!

Rainy said...

keep blogging ye afdlin...

love your work!

yaya said...

jgn laa malas blogging abg afdlin.

i think people's mentality macam da parah je.. media pun suka bawak citer2 yg orang suka tengok bukan yg educating people, sebab nak untung. mungkin kerana otak mereka sudah bernanah dipenuhi pikiran kotor barangkali..

tp yg faizal bukak baju itew.. hamba rasa small matter jek. itu pun nak jadi issue. da takde benda laen mau pk agaknye.

Anonymous said...

Hai abg afdlin.....enjoy dgn dgn geng cuci...join u all kat care4 seberang perai aritu hilang tension study sebentar....good job bro..malangnya hans baling poster kena muka saya...tp poster tu direbut org lain..ape pun good luck utk cuci....insyaAllah ada masa sy akan ke panggung untuk tonton cuci...Good Luck :)

Hijabista2u said...

dunia maken penoh dgn manusia desperate laa bro.....sabtu nih gwa nak layan cuci bersama dgn kala malam bulan mengambang.....

Unknown said...

Memang tahun nie bertemakan 'KACAU'.

2 days ago Heath Ledger, Hari nie Tan Sri Megat Junid Megat Ayub meninggal...

Kacau and tragis

Anonymous said...

tumpang lalu tumpang promosi.. harap anda semua dan cip dapat kunjung ke http://amp.channelv.com/infinatez untuk pra dengar single terbaru kumpulan Infinatez, finalist gangstarz dan juga pemegang role paparazzi dalam teater P Ramlee the Musical.

lagu yg di rekemen:

Ada Masa
Paparazzi
Sayang Kinabalu

(pendek kata semua lah! ehehehe)

sekian.. ampun di pinta kerana mengacau dan menyibuks!

wasalammmm

Adline Writes said...

Dear Afdlin,

I suka betul baca blog you, entah kenapa. Terima kasih kerana berkongsi pendapat you yang bernas2 belaka.
Please don't stop blogging! This is just an idea, but you should publish our selambakodok-isms ;)

Anonymous said...

hey, your story today so great!!!

Anonymous said...

it's your life, your blog. u can do whatever you want. anonymous means coward and judgmental.they only see other ppl's mistake. if you leave, they'll fell that u'll finally listen to them.well, you are not gonna give them that satisfactory are you? :) do take care

Anonymous said...

*they will feel that u finally listen to them.. sorry. typo error.. :)

Mieza's Penny said...

gd luck to you abg afdlin...semoga filem2 akan dtg bwk lbh byak sukses..

Aree Tone WoW said...

Bro,

Wa cakap lu ,semakin usia kita meningkat banyak pengalaman yang dapat kita salurkan kepada generasi muda, Bro lu punya umur ngan wa hampir sama cuma wa banyak experience perang and lubikin filem,kalau lu nak bikin filem perang ke lu boleh contact wa,wa pernah duduk Bosnia Herzegovina hampir 9 bulan and macam macam wan nampak kat situ. Wa nak ingatkan semua masyarakat agar bersyukur tinggal dan hidup di Malaysia ni kerana segala-galanya ada.
Nak tengok filem CUCI senang-senang je boleh pi panggung tapi kalau kat Bosnia dulu tu jangan harap, nak makan pun miss sorru.
Bersyukurlah dan sembah sujudlah pada Allah atas nikmat dan limpah kurnianya kepada Negara Kita malaysia, ingatilah Allah sentiasa, ingatlah siksaan kubur, bersembahyang lima waktu jangan tinggal, berpuasa cukupkanlah, berdermalah sekiranya mampu, doakanlah Al-fatihah kepada LOLOQ> AL FATIHAH> AMIN.

kfaisal said...

go on bro!!
keep up the work!!

per'setan'kan kata2 nista..

nixirafarra said...

uncle afdlin. memg sriously, ur one of my fav actor, plus comedian and singer.
haha
ske tgk dlm actorlympics!
sori la, aritu xsmpt g tgk cuci.
but anyway, love uncle kodok byk2!
teruskan usha dlm bidang seni!

Dyan Homestay said...

perghhhhh...mmg bez uncle afdlin ni...filem pertama yang buat sy tertarik dgn afdlin ni,SOAL HATI..huuuhhhhh...mmg bez die nye ayat...kadang2 ada gak try gune,die nya style time ngorat dlu...ada jugak la awek yg sangkut...sume mcm era fazira...haha...wa caya sama lu...