Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Tuesday, December 09, 2008

Selamat Hari Raya aidliadha.Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Walau pun dunia ku masih berlalu dan hidupku masih berjalan lancar... aku sangat terganggu dengan kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa tempoh hari. Pada aku, patutkah sesuatu perkara seperti itu masih berlaku di dalam zaman serba modern yang kita alami ini. Tidakkah kita belajar apa apa dari kecuaian kita sewaktu highland towers dulu... Tidakkah badan-badan tertentu mengambil apa-apa tindakan untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi....

Aku rasa mereka- yang tinggal di banglo yang tertimbus itu ... semestinya tak menyangka yang rumah yang mereka anggap sebagai tempat paling selamat itu sebenarnya akan akhirnya menjadi perangkap pabila kejadian itu berlaku. Kenapa???... Kenapa sampai kita sekarang ni tak boleh rasa selamat, walaupun dalam persekitaran rumah kita sendiri. Aku bingung , marah dan sedih.

Yang sangat mengganggu aku adalah kenapa kejadian ini tidak di beri coverage meluas oleh siaran-siaran tv.... pada hari kejadian. Rancangan tv semua masih lagi happy-happy dan takde urgency untuk melaporkan malapetaka yang amat penting itu. Hari ini barulah ada liputan diakhbar-akhbar... tetapi apa sudah berlaku dengan siaran-siaran tv gempak kita? Tak cukup pentingkah tragedi ini... sehingga hari ini baru nak keluar tv.... TNB hanya akan hantar generator pada hari selasa petang... untuk penduduk-penduduk yang terperangkap. APa ni???. Kenapa lama sangat??...

takziah kepada yang telah kehilangan... doaku sentiasa bersama mu ketika ini.

Power to you people....

Afdlin SHauki

24 comments:

alifstyle said...
This comment has been removed by the author.
alifstyle said...

kawasan di situ sangat tenteram dan saya ada menyimpan impian mahu tinggal di kawasan itu 7 tahun lagi. Tidak sangka... kejadian tanah runtuh boleh berlaku di situ.

Saya juga masyarakat moden yang masih keliru. Awal tahun lalu... kampung pasir berlaku tanah runtuh. Beberapa bulan kemudian, bukit antarabangsa pula.

Dekat sangat jarak masanya. Masih terkenang takbir raya bergema ketika usaha bantuan kecemasan dilakukan di sana.

deennasour said...

"tak ada untung" kata orang kuat tv2 semalaysia......

al-fatihah buat yg terkorban.

Ms Nur Mizly said...

isu ni bagi saya
isu hangat-hangat taik ayam... (bagi dorang yang ada title)
saya marah dgn orang yang bila da jadik baru nak terngadah..
bosan dengan sikap lepas tangan dan "POYO" jadi hero di masa kita susah.
p/s : lakukan sesuatu...nyawa manusia bkn mainan hidup.

azimask said...

apa nak buat.. betol kata dennasour... perkara yang tak mendatangkan untung bg org tv.. bg depa wat pa depa nak kecoh kecoh kan.... bik letak citer best best sesambil tuh leh naikkan rating tv memasing... emmm apalah nak jadik manusia zaman skarang nieh.....
apa pun takziah buat yang terkorban...

nurdaniella said...

rasanya masa kejadian tu berlaku, pada sabtu lepas, TV3 buat liputan setiap setengah jam sekali [kalau tak silap la].. teringat masa highland towers dulu.. itulah puncanya ada berita terkini di TV3..

sEmut said...

liputan untuk shah rukh khan lagi penting.



cis!

Jalal said...

Lu marah guar lagi marah bro. diaorang tak mahu sedar diri... ni semua sebab rasuah banyak sangat, ada duit semua jadi, inilah hasilnya. Depa kat situ pun cam buat keje tak buat keje... cam tak sure ada mati ke ada hidup ke. Takkan 13 buah rumah tak de orang terperangkap! Anyway doakan semua ok. To myfrens up there... be strong. To cipkodok hope ur Los&Fuan..faun sukses!

DELETED ACCOUNT said...

betul kata abg Afdlin tue..xrmai yg ambil berat pasal kejadian itu..sy ckup simpati pada suma mangsa..harap seluruh rakyat Malaysia turut prihatin dan bagi bantuan pd mereka..suke tgk abg dlm Wanita Hari Ini pg tadi..(",)

Unknown said...

Mungkin ade pihak yg cube munutup malu di atas berlakunya kejadian ini..

wan hussin said...

kita serahkan segala2nya kepada Yang Esa.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Kita hanya mampu membantu ringankan tangan dan menderma untuk mengurangkan beban mangsa bencana...

Pocket said...

Setuju ngan chief kodok bahawa liputan masih lagi kurang.
Di tv masih lagu happy dan ceria ngan rancangan aidiladha nya.

tapi yg disana merana siapa yg tahu.
katanya ada restoran giving free foods to the working personnel there. apa lah yg pocket leh wat yer?
nak gi tolong jadi sukarelawan tu tak mampu la plak pocket.
sekadar menderma dari jauh memoga duit tu sampai ke tangan yg memerlukan. (Berape sen la sangat pun)

Cipkodok said...

'ikhlas tapi jauh' namanya tu....

Zaimah Zakaria said...

Alfatihah buat yg terkorban dan pada mangsa tanah runtuh dibukit antarabangsa.

Zaimah Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Darling Pya said...

Al Fatihah utk yg terborban...

kingpahat said...

u is talented among the best.
http://kingpahat.blogspot.com/

aidah said...

Askum saudara...saya sangat setuju dgn apa yg saudara utarakan...kenapa la insan2 itu masih mampu bergembira dan menutup mata dan melengah-lengahkan bantuan...kejamnya...

Kencana said...

x dapat ku bayangkan keadaan mangsa ketika ianya berlaku.. terperangkap di sebalik runtuhan yg tidak d duga.. menanti ketibaan ajal yg mungkin menyeksakn..

ibarat di tanam hidup2 dlm keadaan sedar.. Apa yg sdg terbayang d fikiran mereka? Apa yg mereka hrpkn? Apa yg mereka cuba lakukn? ketika itu... Argghhhhh...

Fared Raihan Ahmad said...

askm bang.

saya dah tengok Los and Faun
kureng sket lah. Lakonon cam di buat buat lawaknye.

tp saya suke watak Rahman. hehe.

Truskan berkarya...

aimin said...

wa best ape...

Anonymous said...

al fatihah untuk yg telah terkorban...

tapi bagaimana pula dengan golongan yg tidak mahu menerima pertolongan murah...
seperti makanan yg ditinggalkan di tong sampah...
adakah pertolongan juga mengikut darjat seseorg....hurm[curious???]

aiMo0o said...

salam, i'm one of the victims there..
to tell u d truth, i am quite sad to noe that there is not much coverage about the disaster on the media.. there are even celebrities who are trapped with us that day, but suprisingly there are none of the stories on papers or magazines..they are more interested in celibrities' divorce cases and engagement parties..

but we are blessed to have a very determined and helpful rescue team and volunteers who came and help us during that time.. thank u 4 ur concern..

Aree Tone WoW said...

Aku tak tau bro..cam mana aku minat sangat kat hang gemok gedempol ni bro..tapi hang punya karektor hebatttttt..