Pelikat Pants Designer

Pelikat Pants Designer
Number 1 Pelikat Pants Maker in the World!

Wednesday, February 20, 2008

Alhamdulillah. Dah dapat pengurus baru.

Afdlin bersama dua bintang filemnya yang akan datang Steven Rahman 'LOS dan FAUN' dan Liyana Jasmay 'PAPADOM'.

Thank you, to those of you who applied for the 'pengurus' post. As it was quite an urgent matter, we managed to fill that position when i met up with an old acquaintance who use to do marketing for me during BULI BALIK. Her name is Aina and she will be handling my matters from now on. Once everything is cleared, i will be posting her new number for anyone who needs to get in touch with me.

The internship is however still on, so those of you interested to work with me on my next movie please write in. The experience will be priceless i promise u that. Either u will love movie making or u will hate it.

Saya amat excited sekali, menghadapi Pilihanraya 8hb Mac ini dan saya menyarankan semua rakyat malaysia to make a difference and VOTE, this should be the most important thing in your agenda as a Malaysian this year. Seperti yang pernah dikatakan oleh kawan saya sewaktu ketika dahulu. if you don't vote, then you don't complain. because you let others decide who gets to be in power. jangan mempersiakan voting right anda. on the 8th of march, the power is truly in your hands.

POWER TO THE PEOPLE

AFDLIN SHAUKI

Tuesday, February 19, 2008

INTERNSHIP

Perkara Pertama
Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar selok belok dunia perfileman dan television dari saya, sila hubungi email saya di selambakodok@yahoo.com, berikan CV serta gambar terbaru anda dan tulis subjek 'INteRnSHip' pada email anda.

Perkara Kedua
juga, i am looking for a dynamic, fun and trustworthy person to become my personal manager. a lot of travelling will be involved and the hours are long but if done well you will gain much insight and experience on how the film industry works. must be able to use the computer (not just myspace) and good communication skills. Must be rajin and hardworking. If interested please email me aT selambakodok@yahoo.com dan berikan CV serta gambar terbaru anda dan tulis subjek 'Pengurus' pada email anda.

POwer to the people

march ini jangan lupa mengundi.

afdlin

Monday, February 11, 2008

Shooting filem Khabir Bahtia, 'STAMP' sekitar KUALA LUMPUR dan MELAKA.

Khabir briefing me.
I story u ok, actually the story like dis.
Panas macam babi... Indi sebagai pailang baru keluar jail
Bersama Jay... makeup artis filem STAMP.
Nani (wardrobe dresser), Jay (makeup), Razif (assistant Line Producer) dan Wawa (wardrobe)

Aku sekarang ni tengah melalui perjalanan penggambaran sebuah filem berjudul 'STAMP'. Filem ini diarah oleh sahabat lama aku dari zaman Bila Larut Malam aku, Khabir Bahtia. Khabir is an Indian director from india who moved to Malaysia during the Antah UTV days and fell in love with Malaysia (or maybe the possibility of work here was higher, heehee...), got married here and never went back. A very talented director, it was just a matter of time before he started directing films, i used to tell myself that, because of his vision, he will definitely make a fine filmmaker and sure enough, his first break came when he was offered to direct 'CINTA'. Love it or hate it, the movie won accolades and another star was born in the Malaysian Film industry. He is now directing his fourth feature after CINTA (LOVE) versi Indonesia and SEPI (in which i had the pleasure to work with him too). Not only has He got a great eye for story telling but his strength also lies in his ability towork with actors well. STAMP is a really fun story ala OCEAN 11, meets lock, stock and two smoking barrels macam tu la. It stars Me, Rashidi Ishak (my buddy from my first acting gig with Shuhaimi Baba, 'MIMPI MOON'), His wife; the wonderful Vanidah Imran, Que Haider, Indi Nadarajah (from 'Indi and Alan' fame and last seen as Mr Leong in Hans Isaac's CUCI). It was supposed to star MAYA KARIN as well but she pulled out due to scheduling Issues. Personally i think it is going to turn out to be a great film.

BUt a lot goes into making a movie and to get an amalgam of ideas to become one huge cohesive feature film requires a lot of effort and sacrifice. As an Actor , i question wether i still have what it takes to layan the trials and tribulations of making a movie. The truth is, although i can do the work, i am not happy being on this set. I am not sure wether age has made me a crankier person or having been doing this for a while, i really have expected a certain standard or level of treatment for actors, Who for the large part of the entertainment industry are treated like crap by producers. To make it worse, They get no respect from anyone; The public, corporations, the government. No laws protect or help regulate wages for actors. People want entertainment but do not respect the people who make it. As creative people, our Intelectual Property rights in this country is a big joke and currently resides in the longkang. So, after all that, is it wrong that we ask for a little politeness and thoughtfullness at our work space.

I am feeling kind of strained and stressed out being on set and working with some of his production team who doesn't seem to have any inkling on how to handle people on set. This is the first time i have actually felt like murdering somebody for being rude and inept. I however take a lesson from all this, which is, getting a good team to work with is a priceless thing

Maybe its time to hang up the acting boots and concentrate on directing. That i really love.

Wednesday, February 06, 2008

Jangan lupakan beliau. Ceritakan tentang kebaikan budinya, kehebatan ilhamnya yang pernah beliau kongsi dengan kita. LOLOQ dalam memori.


Rasanya baru sahaja tahun baru bermula, tapi pada bulan januari sahaja sudah berberapa kali ku jenguktanah perkuburan orang islam sekitar bandaraya. Memberi peringatan kepada aku yang akan datang masanya yang aku pun akan meninggalkan semua benda yang kuanggap penting dalam hidup ini. Kenalan ku LOLOQ (ROSLI bin KHAMIS) adalah yang terbaru untuk meninggalkan kita. Kami sempat berbual mengenai penulisan lirik semasa beliau masih ada dan aku sempat jugak berlakon dalam filem DIVA POPULAR arahan Erma Fatima bersama beliau. Mungkin ramai yang merasai, sekumpulan mengingat dan segelintir tak ambik pot pun, tapi hakikatnya adalah salah satu tenaga kreatif terbaik negara ini sudah tiiada. Beliau menulis lirik yang menjadi nyanyian berjuta rakyat negara ini. Harapan aku adalah kita jangan biarkan legasinya pergi begitu sahaja. Mari kita sedekahkan beliau Al-fatihah dan kenang beliau dalam doa kita. Mari kita ceritakan kepada anak, cucu kita tentang kehebatannya satu hari dahulu.

"Dulu ada seorang penulis lirik hebat kat Malaysia ni, Loloq namanya. Madah didalam liriknya amat menusuk kalbu... cuba kau dengarkan lagu nyanyian semua penyanyi hebat negara ini... kesemuanya pernah bekerja dengan hamba allah ini." kata seorang bapa kepada anaknya apabila mendengar sebuah lagu dendangan M.Nasir.

Ya kita semua akan mati,tapi ini tak bermakna aku akan duduk sahaja menunggu ketika itu, aku akan terus berjuang untuk melakukan kerja-kerja terbaik agar mungkin ianya boleh memanafaatkan orang yang memerlukannya.

Aku akan mementingkan famili aku. Kerana mereka amat penting bagiku. lebih penting dari wang ringgit dan kekayaan dunia. Pabila ada di antara orang diluar memandang aku sebagai satu BENDA, mereka senentiasa memandang aku sebagai CINTA.
Korang semua boleh kata apa-apa pun. Itu hak korang berkata apa-apa, berfikir apa jua. Tapi jangan kacau hak aku. Jangan bagi susah perjalanan seni ku. Jangan mendengki ku. Berikan aku kritikan untuk aku menjadi lebih baik, aku menyukainya tapi kalau kau kurang ajar... terimalah reaksi ikhlasku.

Loloq aku tabik kau, aku hormati kau kerana sanggup hidup dan mati sebagai anak seni. jasamu pada bangsamu takkan ku lupai. Rehatlah sekarang sahabat.

Loloq is survived by wife Hariah Yaacob and 3 children - Krsty Nur, 11, Jaevn Nur, 8 dan Yasha Nur, 6.
He was buried Wednesday, 31st Januari, at the Muslim cemetery in Bandar Baru Sungai Buloh.

Power to the people
Afdlin Shauki

Sunday, January 27, 2008

Alhamdulillah... Cuci pecah panggung. CUCI JANGAN TAK CUCI

Me and my brothers want to thank you for your support. we love all of you, who have taken time out to watch the movie.
Me and my brothers at the press preview.

Bro gua Hans sedang menggeletaq kerana nak tahu result cerita cuci dia. Rata rata orang bagi feedback bagus. Jadi kena terus support kerja seni kami ni geng dengan membawa rakan-rakan, keluarga, saudara mara, ke panggung untuk enjoy filem ni. tujuan kami nak bagi you all have a good time as well as feel the sense of patriotism without sounding like a pesanan dari kerajaan type message. So mari kita sokong filem -filem tempatan dan support orang yang betul-betul cuba memberi sesuatu kelainan kepada rakyat Malaysia.

Aku ada impian untuk menjadikan filem malaysia disegani dan dibangai oleh rakyat tempatan dan rakyat dunia.

Aku sekarang merindui laut dan pasti akan pergi diving lagi bersama fellow DECO DIVERS ku selepas ini


Percaya pada dirimu dan kamu akan terbang!!!!

CHOICE IS POWER
Afdlin

Friday, January 25, 2008

Hidup kita tak lama, jangan dipersia... jangan buang masa!

Semalam aku pergi melawat sahabatku Rosyam Nor yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Aku melihat mukanya tenang bila menyalam tangannya, tapi bila kudakap dirinya dapat ku rasa sebak didadanya. Aku ucapkan takziah kepada beliau serta Naa Murad dan JIt Murad yang juga kehilangan ayah mereka. Mari kita sedekahkan Al Fatihah bagi mereka.
Aku tertanya diriku sudahkah ku bersedia untuk melihat sesiapa dalam keluargaku pergi. Satu persatu wajah mereka muncul dari ayah ku, ke ibuku, ke adik-adik ku, ke keluargaku sendiri adakah aku cukup kuat untuk melihat mereka pergi. jawapannya tidak. Aku masih belum sanggup melihat sesiapa pergi kerana rasanya belum cukup masa yang dapat ku bersama diri mereka... Apa yang boleh aku lakukan?.... STOP TAKING LIFE FOR GRANTED.... bila-bila masa aje kita boleh jalan. so kenalah buat persediaan dan jangan buang peluang yang kita masih ada untuk menghargai apa yang kita ada dan jika ada sesuatu yang kita nak capai , let's do it now rather than tomorrow or later.... because we donno wether we got tomorrow or not.
I feel your loss bro Rosyam, Naa and Jit and may god bless their soul (cucuri rahmat ke atas roh mereka).

Monday, January 21, 2008

Selamat Tahun Baru. Aku sudah tahu apa aku mahu capai tahun ni.

Susah betul rasanya nak mula blogging tahun ini. berat jariku nak menaip abjad-abjad di laptop powerbook g4 aku ni.
Jiwa kacau. Banyak benda bermain di minda. Aku fikirkan semula apa niat aku adakan blog ini sebenarnya. Aku pertimbangkan apa yang penting bagi hidup aku. Adakah sekadar mahu berkongsi informasi ataupun mahu meransang perbincangan sihat. Pada usia aku yang meningkat ni, sanggupkah lagi aku nak melayankan karenah orang-orang yang sengal dan selalunya anonymous.Aku bukan seorang yang senang marah but i know i have a mean streak in me bila i am pushed into a corner. Saya tak suka berdendam atau menyimpan benci di dalam hati, kerana 'Benci' itu membuat kita jadi orang yang kecil dan tidak dapat maju di dalam hidup kita. Tak memberi reaksi emosi bukan bermakna aku tak kisah. Aku cuma lebih suka memikirkan jalan penyelesaian daripada memberi fokus kepada masaalah atau cemuhan itu sendiri.Apa dah jadi dengan negara aku. Aku cinta negaraku. Tapi aku rasa dah makin tak selamat, terutama sekali bagi anak-anak kita. Aku ingat dulu, mak bapak aku benarkan aku explore dunia ni... dengan bermain di padang tanpa kawalan mereka, jalan-jalan di pasar malam itu salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kami sebagai kanak-kanak. Tahun baru disambut dengan berita yang mengacau ketenteraman jiwa, benazir bhutto dibunuh, satu lagi anak kecil 'Sharlinie' hilang, hindraf dan ancaman rusuhan, menteri kesihatan kena skodeng, Lingam dan handphonenya, faizal tahir bukak baju (ini pun boleh jadi hal) dan lain-lain lagi.
Kadang-kadang aku berfikir adakah semakin maju negara kita ni, semakin jahanam perangai penduduknya ataupun memang selama ni dah jahanam cuma sekarang ni baru keluar media dan baru sampai kat telinga kita, ATAUPUN kita telah menjadi orang yang suka mencari keburukan orang lain dan lupa untuk menggunakan masa kita dengan bersyukur kepada tuhan kerana pemberiannya.
Kalau kita asyik fokus pada benda buruk aje memang dah takde maknalah usaha kita didunia ni. Jadi, walaupun masih peka pada apa yang berlaku, aku akan memberi fokus kepada benda-benda yang positif dan insya'allah aku akan dapat menyebar keceriaan kepada sesiapa yang mencarinya.
Selamat tahun baru kawan-kawanku, cekalkan hatimu untuk menghadapi tahun yang baru. Terimakasih kerana terus menyokong perjuangan seni aku. masih banyak yang aku nak capai dalam hidup ini, masih banyak benda perlu aku pelajari. Dan aku akan terus maju dan tidak membuang masa dengan komplen aje tentang apa benda yang aku tak puas hati tapi sebaliknya melakukan sesuatu tentangnya. Kita kena buat sesuatu.
Janga lupa tengok filem arahan kawan aku 'CUCI' januari 24 ini. Satu percubaan yang bagus untuk kali pertama.
Susah betul rasa nak mula blogging tahun ni. Tapi sekarang aku dah mula. Aku akan terus .....

POWER TO THE PEOPLE
AFDLIN

Thursday, November 01, 2007

Bismillahhirahmannirahhim.



Insya'allah pada hari sabtu 3 hb november ini akan bermulalah satu lagi perjalanan sebuah filem yang saya rasa mungkin menjadi salah sebuah filem terpenting saya, kerana topiknya amat dekat di hati saya iaitu perhubungan di antara seorang bapa dengan seorang anak. Kisah-kisah tentang kekejaman ke atas anak-anak kita telah mendorong saya untuk melihat semula perhubungan saya dengan keluarga dan membuat saya menilai betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dalam hidup saya.

Papadom adalah kisah mengenai seorang bapa 'workoholic' yang bekerja keras untuk memberi kesenangan dunia kepada keluarganya tetapi satu hari kehilangan isterinya. Sebelum isterinya meninggal dunia beliau membuat suaminya berjanji agar beliau akan menjaga anak mereka sepertimana dia menjaga kerjanya. Dari situ bapa itu berubah dan menumpukan sepenuh masanya terhadap menjaga anaknya. Beliau menjadi seorang bapa yang terover misalinya.

Satu berita yang amat menarik dan menakjubkan juga adalah filem thai saya BRAVE ataupun BERANI telah pun mendapat penjual dari Amerika dan sekarang ini sedang di tayang di American Filem Market di Los Angeles untuk pengedar-pengedar disana. Untuk Mklumat lanjut mengenai BRAVE sila layari.

  • http://bravethemovie.com


  • Check it out! Menarik Tertarik Website ni memang the bomb. Trailernya pun dapat anda lihat.

    POWER TO THE PEOPLE

    Afdlin Shauki

    Saturday, October 20, 2007

    P.RAMLEE THE MUSICAL. Another proud moment for Malaysians.



    It's not a malaysian going to space (i still however feel very strongly that it should have been me in that Soyuz) but this is to me an equally as important landmark in the history of malaysian arts. P.RAMLEE THE MUSICAL WAS SOLD OUT FOR THE WHOLE RUN ON THE NIGHT IT OPENED.
    Berduyun-duyun people came for the opening night

    Needless to say being a musical slut myself, I've seen it twice and all i can say is that, the more i see it, the more i love it and my love affair with our very own legend P.RAMLEE is rekindled again. A man who was leaps and bounds ahead of his time. He knew what he wanted to see in a Malay Movie and he gave his movies all a special something (regardless wether it was one of his better work or his worst). This musical is a celebration of the legend and also a brief insight into his life's journey. The directors did an outstanding job briinging to life the story. Many clever cinematic like techniques were employed for the massive istana budaya stage. I am in awe and forever will be a fan of the outstanding mind belonging to Adlin Aman Ramli and Zahim Al Bakri. Kudos also to the Production designer , Raja Malek for his wonderful set designs and clever staging of them. These are the same people who helped conceptualise PGL the musical. I predict they will all get their respective datukships within the next five years if they keep this up.

    As Adlin said while we were talking about the play the other day, it was a daunting task for him to intertwine a script about P. Ramlee's life and his journey through it with his 4 loves within a 3 hour time frame. In my view he did a fine job an no one scene was more memorable than those with his final muse SALOMA played by the wonderful Liza Hanim. Oh my god Liza Hanim is so gila babi good ok! There are moments she even looks like saloma from afar.The directors have done a fine job with her. I look forward for Liza's star in acting to shine even brighter with performances like those.









    Power to P.Ramlee the musical.

    Afdlin Shauki

    Sunday, October 14, 2007

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

    Pertama sekali ingin saya memohon ampun dan maaf kepada kesemua pembaca blog saya jika ada terkasar bahasa dan tutur kata. Selamat Hari raya and maaf zahir batin jika ada perbuatan diri ku mengacau mindamu, membengkakkan hatimu dan menghiris emosimu. Sememangnya aku hanya manusia biasa yang banyak kelemahan dan yang senantiasa sedang mempelajari ilmu hidup. Have a great raya guys. .

    Kini ku persembahkan agar sentiasa kekal abadi di mindaku, berberapa babak dari rumah terbuka saya yang ala kadar semalam.

    Ako, Yazlan, Hans and Gua
    Producer PAPADOM dan BAIK PUNYA CILOK , Gayathri along with bulat and heil at the smokers corner aka creative nak termuntah corner.
    David Teoh tengah meracun minda DOP gua Heil.
    Nell making her grand entrance.... in other words, she came late la.
    Joanna , Priscilla and June. Bunch of Posers
    My sister and her inconsoleable child.
    My sister and sister in-law posing maut.
    Cikgu diving gua. Capten Nizar and chewren!
    Nurul and NOT HER boyfriend ... rrrr.
    Joanna , Sharmaine and Zona. Women and their bags.
    The Legendary director Mr. Othman Hafsham telan mamam.
    Suasana meriah dimajlis ala kadar ku.
    Kavin (pusher action figures gua) punya wife...HOT!
    C Locco and Mr. Tech yang rap on SUMOlah tu
    My Bonda and Joanna Bessey
    Saw Teong Hin , Kai and Hans
    pia contemplating the lemang.
    my bro and budding entrepreneur.

    Semoga semua selamat dan berbahagia di hari raya ni. love you all.

    Peace on earth! Power to the people.

    Afdlin Shauki

    Monday, October 08, 2007

    Terimakasih kodok-kodok semua!

    Thank you to Anne and the rest of the gang for organising the kodoks buka puasa at the great eastern mall semalam. Memang seronok gua dapat berjumpa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa. Thanks to Amylea AF dan Aizat AF kerana datang juga. You all memang kodok. Macam gua jugak. heehee. Gua also harap you all enjoy the gifts yang gua dapat bagi hari tu sebagai kenang-kenangan hari berbahagia itu.

    Untuk mereka yang tak dapat datang semalam, esok ada satu aksi rambang berbuka dengan cipkodok lagi, tapi yang ni ala ringkas dekat NZ CURRY house dekat dengan office gua. Masa, sebelum buka ler... kalau tak tahu waktu buka... tanyala kengkawan yang berpuasa...

    Anyway my life currently is back in full gear. LOS dan FAUN sudah siap edit dan sudah bersedia untuk dubbing DAN lepas raya gua akan memulakan penggambaran filem terbaru gua yang berjudul PAPADOM. Kisah seorang pengusaha Nasi Kandar di Pulau Pinang yang terlalu kuat bekerja sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami, akhirnya satu tragedi memaksanya mengubah caranya dan menjadi bapa terlampau misali. Nantikanlah dia di gerai-gerai vcd cetak rompak berhampiran jika tidak berperikemanusiaan.

    Power to the People
    Afdlin Shauki

    Sunday, September 30, 2007

    ONLY FOR KODOKS and WANNABE KODOKS! IMPORTANT MESSAGE.

    Buka puasa dengan friends and fans di fukuoka
    Me and one of the festival volunteers

    Hey gang, its about that time again when we meet up somewhere and berbuka sesama. To check the details please go this link.
    Makan bayar sendiri-sendiri (we go dutch ok!) but I will bring some really cool limited sumolah merchandise and Kodok stuff to give away (and some to buy! if you guys wantlah) so check it out buyakasha!!

    http://www.facebook.com/event.php?eid=5789889391

    but basically macam ni..

    Tarikh: 6th October 2007 (Sabtu)
    Tempat: Chitralada Restaurant, Great Eastern Mall, KL
    Time: 6.30 ptg
    Buffet Price: RM38.80++ per pax

    Sesiapa yg nk join, please rsvp to Cik Anne by sending her your name, contact no & no of pax before 4th October 2007 to anne.khalid@gmail.com. Tapi kena cepat pasal seats are quite limited.


    Sekarang ni terlalu kerap layan FACEBOOK sampai blog pun di anaktirikan. Alangkah nyamanya jika blog gua boleh ada kat facebook?.... hmmm siapa ada jalan dia? hubungi gua diemail gua selambakodok@gmail.com

    Anyway, kalau u guys dapat sama memang kewl.

    Power to the People

    Adlin Shauki

    Monday, September 17, 2007

    Moshi! Moshi!

    Basikal. Main mode of transportation
    Stesyen keretapi near my hotel

    Hi there it has been an interesting trip to fukuoka thus far because there have been loads of stuff happening. Besides the film festival there is also a cultural exchange programme with thailand and India.... really cool. So everyday ada dance and other performances there.
    El Gala Hall in the background. In the foreground the fukuoka people celebrate asian cultural diversity
    Thai meets India in japan
    Interview with J-COM tv... out in the open, in front of city hall

    Some really great movies from Asia, termasuk juga some from iran and iraq. Memang menarik melihat filem diorang kerana ianya memberi gua sedikit insight on how they think and since their movies are mostly about human issues, a little bit how the people live in that part of the world. Walaupun iraq sedang menghadapi kesusahan gua amat kagum yang karyawan mereka tak give up berkarya. More power to them.
    Next to me a member of the Fukuoka film commision yang banyak membantu kita dalam penggambaran SUMO di Jepun.
    A Malaysian student in Fukuoka who helped us out during the shoot dulu in a clip they played on J-COM tv live.
    Cun jugak presenter jepun yg baju pink ni. nasib baik puasa.
    Haha gua dapat elmo untuk Anais!!!
    Depa kata ada Typhoon coming .... tak taula macam mana


    Sekarang ni gua nak menjemput sesiapa rakyat Malaysia (student or otherwise) yang berada di Fukuoka dan yang belum sempat menonton filem Sumolah untuk datang esok ke El' Gala Hall 17 hb September, pukul 7.00pm. Sebuah lagi filem dari malaysia arahan Deepak Kumaran Menon 'Dancing Bells' akan dimainkan pukul 10.30am on the 18th, juga di El Gala Hall. Sumollah ataupun LET's SUMO (japanese title) juga akan di mainkan on the 21st September di Solaria Cinema 1 at 4.00pm and again on the 24th Sept at the Nishitetsu Hall at 1.15pm

    Kodok-kodok di Malaysia kalau u all ada member kat sini... please holla kat depa kalau nak tengok something from home. If they come tomorrow, we can meet up and borak or buka sesama.
    Today i watched the presentation of 'Season's Change' from Thailand at the Solaria cinema
    Gua dan orang-orang jepun yang mukanya blur.
    Aktres filem Thai 'Season's change'
    Inilah Solaria Cinema hall 1 yang dipenuhi about 200 people yang menonton filem thai itu
    Gua di depan lokasi 'kelab jiwa luka, tempat' gua, pacai dan awie selalu lepak lepas shooting dan berkongsi masaalah. di seberang jalang Nishitetsu Grand Hotel.

    Miss my family at home. Hope everyone is ok. My phone charger still belum sampai mama.
    Hope the rest of you are all safe and happy. Chow chin chow. Assalamualaikum.

    Power to the People

    Afdlin